Vitamin Wajib Ketika Bercuti : Kekal Cergas & Bertenaga Sepanjang Percutian
Minggu depan dah mula cuti sekolah. Pasti ramai yang sudah merancang untuk bawa family bercuti kan? Tak kisah la dalam negara atau luar negara. Yang penting anak-anak happy. Sesekali bawa anak-anak bercuti hilangkan penat belajar apa salahnya. Bawa balik kampung pun diorang dah seronok 😍.
Tapi jangan lupa buat persiapan betul-betul sebelum bercuti. Termasuklah semak tarikh luput pasport, booking tempat penginapan seawal mungkin, servis kenderaan, dan barang-barang yang hendak dibawa nanti. Dalam keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ni jangan lupakan vitamin sekali ok. Vitamin ketika bercuti sangat penting supaya kita kekal cergas dan bertenaga sepanjang percutian. Kalau lemah tak bermaya jer baik tak payah pergi bercuti ye tak? Buang masa & duit jer. Baik rehat kat rumah. Hehe...
So pada entry kali ni Tinie nak cadangkan kepada anda beberapa vitamin / supplement yang wajib (maksudnya sangat penting ada tapi tak la sampai jatuh hukum berdosa 😅). Jom kita tengok satu-satu vitamin apakah itu 😊.
VITAMIN KETIKA BERCUTI
VITAMIN C
Seperti yang kita tau vitamin c ni antara fungsinya adalah meningkatkan sistem imun kita. Jadi memang amat penting untuk bekalkan vitamin c ni ketika bercuti. Kalau boleh nak elakkan la demam atau selsema sepanjang bercuti. Stress oii bercuti dengan hidung sok sek sok sek hingus. Lagi stress bila tekak mula perit, mata dah panas semacam. Huh! Rasa nak tidur jer. Bila pergi bercuti (terutama tempat jauh), mesti la kita nak rasa makanan best yang ada di tempat tu kan? Tapi kalau tekak perit, telan apa pun rasa sama jer. Tak ada rasa! 😑
OSTEMATRIX
Ni pun antara vitamin wajib Tinie ketika bercuti. Teringat tahun lepas ikut mertua bercuti di Makassar Indonesia. Nak melawat adik ipar sebenarnya. Masa tu Tinie cuma bawa anak yang paling kecil, umur setahun lebih. Anak-anak yang lain kena tinggal dengan ayahnya la... hehe. Sepanjang 5 hari di sana, Tinie memang tak tinggal ostematrix. Bawa anak kecik, mesti la dia cepat penat berjalan kan. Tambahan anak Tinie ni tak jenis susah nak dengan orang lain. Dengan atoknya pun dia jual mahal! So bila dia dah penat, ibunya terpaksa la dukung kan. Bayang la bila jalan-jalan shopping (Makassar panas tau cuaca dia), sambil dukung anak kecik. Pergh.. rasa nak tercabut pinggang nih. Bila malam jer telan ostematrix. Bangun esok segar semula. Hilang habis lenguh-lenguh. Sambung shopping lagi! 😆
NUTRIFERON
Nutriferon ni kira macam ubat demam tanpa dadah la. Bagus ni. Wajib la bawak pergi mana pun. Rasa sedap. Anak pun suka. Tinie memang standby untuk anak-anak terutamanya. Bila bawak anak-anak bercuti, antara doa & harapan mak ayah ni adalah "jangan la anak-anak demam" Susah hati tau kalau anak demam masa bercuti. Kita nak buat aktiviti pun terbantut. Kalau baby lagi la mintak jauh. Asyik melekat dan merengek sepanjang percutian. Tak pasal-pasal aktiviti bercuti bertukar jadi aktiviti terperuk dalam bilik hotel. Huhu.
OMEGA GUARD
Banyak fungsi omega ni sebenarnya. Selain tingkatkan sistem imun, Omega ni bagus sebenarnya untuk bakar lemak. Almaklum la berjalan ke tempat baru. Semua makanan nak dicuba. Mana nak ingat kalori yang berlori-lori tu dah. Yang penting sedap. Hahaha... Selain tu, kalau ada anak yang jenis asma, memang wajib la bawak omega ni sekali. Elakkan serangan asma. Bila dah penat berjalan, risau pulak kena asma. Tak nak la...
HERBAL BLEND
Herbal Blend ni bukan vitamin tau. Dia sejenis krim serbaguna. Sangat-sangat serbaguna. Boleh sapu pada tempat terkena gigitan serangga, ruam, kulit kering, jerawat... nak turunkan panas demam anak pun bagus dengan herbal blend ni. Lumur je satu badan anak. InSyaaAllah turun panasnya.
So, korang dah get ready nak bercuti minggu depan? Anak-anak mesti la tak sabar menghitung hari kan? Sebagai ibu bapa, ini antara tanggungjawab kita terhadap anak-anak. Pastikan tubuh mereka sihat sepanjang percutian. Barulah mereka dapat absorb segala pengalaman sepanjang percutian tu dengan baik. Kita bawa mereka bercuti supaya mereka dapat pengalaman dan pembelajaran baru di luar sekolah. Jadi, kesihatan sangat-sangat lah penting supaya percutian itu menjadi pengalaman yang indah buat mereka. Jangan nanti pergi bercuti sihat, balik demam! Tak mau laaa...
Pada korang yang belum ada bekalan vitamin untuk bercuti, boleh hubungi Tinie 0137796796. Tinie ada semua vitamin tu khas untuk anda sekeluarga bercuti dengan gembira.
SELAMAT BERCUTI!!!
DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DARI SAYA 😊
Shaklee Independent Distributor Suzaitini Muhammad ( 1071549)
FB : Suzaitini Muhammad
Call/Whatsapp/Sms : +6013-7796 796
Email : suzaitini@gmail.com
Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia
Saya akan konsult tentang cara penggunaan produk berkesan khas kepada para pelanggan-pelanggan saya. 😊
*****
Mahukan harga lebih jimat? Daftar saja sebagai ahli. Sekali untuk seumur hidup dan anda akan dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Anda juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan!
*** Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.