Vitamin Untuk Kanak-Kanak : Elak Demam Dan Selsema

21:15 0 Comments A+ a-

Risau tak bila anak demam? Harus la risau kan. Kita sebagai ibu ni nak buat kerja apa pun susah. Tengok anak lemah jer terbaring. Kalau jenis anak yang nak melekat jer 24 jam, kita pun sama penat nanti. Tambah risau suhu badan semakin naik. Jangan la sampai kena sawan. Tak pasal-pasal kena warded pulak. Kalau anak seorang mungkin kita boleh bagi sepenuh perhatian pada dia, tapi kalau ada anak 2-3 orang? Bertambah kelam kabut jadinya. Mana nak jaga anak di hospital. Uruskan anak di rumah. Tinie anak empat. Kalau seorang anak tumbang, nak uruskan yang lagi 3 tu haru jugak. Sebab tu la Tinie sentiasa bekalkan vitamin untuk anak-anak. Kalau boleh cuba elakkan mereka demam dan selesema. Kalau demam pun tak kerap dan tak teruk. Bukan orang dewasa jer perlukan vitamin ni tau. Kanak-kanak pun perlukan vitamin untuk bantu mereka bina tubuh yang sihat sepanjang tumbesaran mereka.





Actually kanak-kanak bukan sahaja perlukan vitamin / supplement ni. Tapi mereka amat perlukan vitamin / supplement ni. Kalau kita tengok senario zaman moden sekarang, kanak-kanak semakin terdedah dengan pelbagai pencemaran yang boleh bagi kesan kepada tubuh mereka. Makanan ringan atau snek... makanan segera.. tambahan dengan udara yang berhabuk dan berdebu. Kita mungkin tak sedar. Kita fikir anak-anak telah mendapat zat daripada sayur dan buah-buahan yang mereka makan. Tapi jika fikir semula, berapa banyak baja dan racun serangga digunakan dalam proses pertanian? Adakah kita pasti 100% makanan kita bebas pencemaran sisa toksik?

Jadi, sebagai ibu bapa, kita yang bertanggungjawab memastikan mereka disiapkan dengan perisai yang kukuh supaya terhindar daripada radikal bebas yang menyerang setiap hari. Antara sebab itu lah Tinie memastikan anak-anak dibekalkan vitamin yang tubuh mereka perlukan untuk membesar dengan sihat.

Pada entry kali ini, Tinie nak kongsikan beberapa supplement yang Tinie bekalkan kepada anak-anak setiap hari elakkan demam dan selsema dengan kerap. Supplement yang Tinie pilih adalah semulajadi. tiada bahan sintetik, tiada bahan kimia dan pastinya telah disahkan halal. Rasanya pun sedaaaap. Anak-anak memang tak tolak lah! 😍


Model tak bertauliah sedang menggayakan vitamin feveret mereka 😅


MEAL SHAKES


Meal shakes bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, malah seisi keluarga. Macam-macam kebaikan Meal shakes ini. Ia sesuai juga untuk ibu yang menyusu, mengandung, mereka yang berdiet,atlit dan macam-macam lagi. Untuk anak-anak memang sangat sesuai la. Rasa pun sedap. Vanilla flavour.

Apa yang bagusnya meal shakes ni kepada kanak-kanak ?

1. Nutrisi Lengkap


Meal shakes menyediakan 24 jenis vitamin A-Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’. Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-Sel


Meal shakes kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya. Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa.

3. Untuk Pembesaran


Meal shakes mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.

4. Anti-oksida


Meal shakes mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk melawan radikal bebas yang menyerang setiap hari dan melindungi tubuh kanak-kanak dari jangkitan kuman.

5. Pemulihan Kulit


Mengandungi lengkap vitamin B-kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat.

6. Detox


Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut. Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.

Setiap pagi mesti bersarapan dengan meal shakes :)

OMEGA GUARD


Omega Guard bukan sahaja vitamin yang boleh dimakan oleh orang dewasa mahupun warga emas tetapi juga boleh diberi kepada kanak-kanak sejak dari umur 1 tahun ke atas. Pemakanan Omega Guard membantu otak kanak-kanak berkembang baik dan menjadikan mereka lebih fokus dalam pembelajaran serta membantu untuk masalah anak lambat membaca.

Shaklee Omega Guard di ekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Merupakan minyak ikan terbaik di dunia. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega dipasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA.

Asid lemak – omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan.

Faedah Omega Guard kepada kanak-kanak :


  • Membantu tumbesaran & perkembangan otak sejak janin dan membantu perkembangan memori – DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan tetina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migraine. Satu hidangan OmegaGuard dapat membekalkan 905mg asid-asid lemak omega-3 EPA dan HDA. 

  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru – mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang. 

  • Mencegah Insomnia dan membantu mengurangkan tekanan – Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan
    (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.


VITAMIN C


Vitamin C Shaklee ada 2 jenis. Chewable Vita-C Plus dan Sustained Release Vita-C Plus. Fungsinya hampir sama cuma chewable Vita-C Plus lebih mesra kanak-kanak kerana rasanya yang masam manis dan senang dikunyah / dikemam seperti gula-gula. Kandungan vitamin c nya juga berbeza.


Manfaat vitamin c pada kanak-kanak :

  • Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  • Membantu menguatkan tulang, gigi dan juga gusi yang sihat.
  • Meningkatkan system imun tubuh badan.
  • Kurang berisiko dari serangan selsema, batuk, demam dan juga sangat sangat bagus untuk penghidap ekcema, resdung dan juga sebarang alergic! 

Kanak kanak sangat digalakkan amalkan vitamin c kerana mereka mudah terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat.


NUTRIFERON - Interferon Melawan Kuman


Selain Meal Shakes, Omega Guard dan Vitamin C, Tinie juga memberikan nutriferon kepada anak-anak seminggu sekali untuk menguatkan sistem imun mereka.

Antara kebaikan nutriferon kepada kanak-kanak adalah seperti berikut :
  • Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari – ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh: T-cells, b-cells dan makrofag.
  • Melindungi dari influenza – Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selesema, alergi, inflamasi dan influenza.
  • Mengurangkan risiko jangkitan oleh pesakit-pesakit Hepatitis B dan C – Keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan, seperti kembung perut,rasa mual, muntah dan lain-lain.

Penggemar nutriferon

Jadi, jika anak-anak anda sering demam Tinie sangat syorkan untuk mengambil supplement untuk anak-anak untuk meningkatkan sistem imun mereka. Pendedahan kepada pelbagai faktor pencemaran setiap hari mengundang pelbagai kuman yang boleh menjejaskan pertahanan tubuh mereka. Terpulang kepada kita untuk memilih yang terbaik untuk kesihatan mereka. Kesian kalau anak selalu sangat demam. Jadual hidup pun boleh tunggang langgang jadinya kan?

Jom dapatkan vitamin semulajadi tanpa bahan sintetik yang terbukti selamat untuk anak-anak kita. 


DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DARI SAYA 😊


Shaklee Independent Distributor Suzaitini Muhammad ( 1071549) 


Call/Whatsapp/Sms : +6013-7796 796

Email : suzaitini@gmail.com

Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia 

Saya akan konsult tentang cara penggunaan produk khas kepada para pelanggan-pelanggan saya. 😊


*****

Mahukan harga lebih jimat? Daftar saja sebagai ahli. Sekali untuk seumur hidup dan anda akan dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Anda juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan!


*** Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.