Masalah Bercuti Dengan Anak Kecil : Apa Persediaan Mak Ayah ?
Cuti sekolah datang lagi! Amboi.. bukan main seronok lagi anak-anak dengan plan masing-masing. Tak kurang juga tunggu pengumuman dari mak ayah nak bercuti ke mana. Ini la masanya diorang nak happy-happy kan. Tapi, pada yang ada anak kecil tu macam mana? Apa persediaan kita untuk bawa anak kecil pergi bercuti? Mungkin juga ini percutian pertama mereka. So, banyak perkara unsangkarable boleh terjadi tau. Mak ayah kena get ready mental dan fizikal ! 😉Tahun lepas, buat pertama kali Tinie bawa anak kecil bercuti ke luar negara. Pertama kali naik kapal terbang. Dan pertama kali tanpa ayahnya pulak tu... Gigil jugak mula-mula, tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Boleh baca percutian Tinie dengan good girl di link bawah ni. 😃
DELEGASI CIK PIYADA KE MAKASSAR, SULAWESI SELATAN INDONESIA. YUK JALAN-JALAN!
Jadi, nak bawak kecil bercuti, kita kena bersedia dengan beberapa kemungkinan masalah yang mungkin timbul sewaktu percutian tersebut. Penting yer imaginasikan dulu masalah-masalah ni supaya kita tak kelam-kabut nanti. Tak la serik nak bawak anak bercuti lain kali. Ye tak ? 😉
Masalah Bercuti Dengan Anak Kecil
1. Tantrum di tempat umum
Hohohoho... boleh stress mak ayah kalau tiba-tiba anak tantrum tu tempat umum. Tempat asing pulak tu. So buat beberapa persediaan sebelum keluar rumah atau dari hotel tempat penginapan. Antaranya pastikan anak cukup tidur... cukup rehat. Tips2 lain boleh baca di bawah ni:
7 Tips Elak Anak Tantrum Di Tempat Awam
2. Merengek lapar dalam perjalanan
Mak ayah nak happy berjalan kena pastikan perut anak kenyang yer. Bila perut happy, mood InSyaaAllah bagus. Tak la anak merengek lapar nanti. Apa boleh kita buat ? Pastikan sentiasa ada bekalan makanan emergency waktu jalan-jalan. Biskut ke.. roti ke... air masak wajib ada sentiasa. Anak-anak ni cepat je haus. So standby air masak lebih.
3. Hilang daripada pandangan
Dah namanya anak kecil. Lagi-lagi kalau baru dapat kaki. Huhuhu.. part ni memang kena alert 150%! Pantang lepa, jap lagi ada la yang hilang dari pandangan. Diorang macam kita jugak. Nampak tempat baru, semua nak tengok kan? Sedar-sedar dah tak ada kat tepi. Kalau tak alert memang bahaya sangat. Kes culik budak banyak sekarang ni oii! Jangan buat pasal. Nanti bercuti tukar jadi tragedi pulak. 😰
4. Pakaian kotor
Kalau dah namanya budak. Baju tak kotor tak sah la... hehe. Kadang-kadang tertumpah makanan la.. jatuh la.. muntah la. Benda-benda macam ni kita tak boleh nak elak. Diorang tengah dalam proses explorasi. Jadi, bersedia awal-awal. Standby la baju untuk waktu-waktu kecemasan macam ni. Kalau kotor sikit-sikit boleh lap jer. Tapi kalau dah muntah, wajibulghunnah la kena tukar baju kan. Baunya... hurm...
5. Tiba-tiba nak ke tandas
Ini pun salah satu masalah kita kena bersedia awal. Tiba "ibu.. nak yak!.. Ibu nak kencing!" Dalam kereta tak ada tempat berhenti pulak tu. Ah sudah...Kalau boleh tahan sekejap ok la.. Kalau masa tu jugak nak keluar acaner? Jadi, sebelum keluar minta anak ke tandas dulu. Tak kisah la diorang ada rasa nak kencing ke tak. Dah dalam tandas nanti kompem-kompem la "terbuang jugak" 😜 Pada yang anak masih pakai pampers, siapkan bekalan pampers siap-siap. At least sekeping dalam handbeg. Handbeg ibu kan poket doraemon... macam-macam ada!
6. Tiba-tiba tak sihat
Tengah syok bercuti tiba-tiba badan anak dedar nak demam... tiba-tiba bersin banyak kali. Penat berjalan agaknya. Atau cuaca yang berubah-ubah. Tak best pulak anak demam waktu bercuti kan? Tambahan kalau anak kecil. Merengek jer. Jadi, jangan lupakan vitamin atau supplement untuk kuatkan imun anak. Halau jauh-jauh demam & selesema tu. 😙
7. Anak bosan!
Macam mana kalau dalam kereta atau kapal terbang tu anak bosan tahap gaban? Mana tahan anak kecil duduk diam lama-lama kan? Tak kan nak ikat pulak. Mesti mengamuk nanti. Lagi la kalau perjalanan ambil masa berjam-jam. Stanbykan mainan / toys anak. Penting ni untuk lekakan dia sementara nak sampai ke destinasi. Tak kan nak bagi smartphone 28 jam plak.
8. Anak masih menyusu ?
Bagi anak yang masih menyusu.. diorang bukan kisah pun kat mana atau bila masa pun. Yang penting masa haus, mesti nak susu jugak. Nak selak tempat orang ramai? Errr... kalau boleh sembunyi, kita sembunyi sikit la. Kalau tempatnya memang terbuka jer, terpaksa selak jugak kan. Hehe. Tapi jangan lupa pakai nursing cover. Tak la terdedah sangat kan. Ingat poket doraemon kita? Simpan dalam tu senang nak guna 😉
9. Anak terlalu aktif
Dah namanya budak kecil kan. Tengah aktif. Dan automatik penjagaan kena lebih. Ibu bapa mesti la cepat penat dan stress. Jadi sepanjang Tinie di Makassar dulu, Tinie sentiasa telan supplement untuk pastikan tubuh sentiasa recharge setiap hari. Antara supplement wajib tak boleh tinggal adalah ostematrix, vitamin c dan nutriferon.
Huh.. banyak jugak jangkaan masalah apabila nak bawa anak kecil bercuti kan? Tapi jangan la give up pulak. Semua tu learning process untuk kita sebagai ibu bapa. Takkan la nak kurung anak kat rumah jer. Tak berkembang minda anak tu nanti Kita enjoy jer setiap pengalaman kita semasa anak masih kecil. Nanti dah besar semua dah bawak haluan masing-masing rasa menyesal pulak.
Mungkin banyak lagi masalah-masalah unsangkarable yang mungkin timbul sewaktu bawa anak kecil bercuti. Just enjoy it! Stay cool & jangan gelabah ok! 😉
Selamat bercuti semua!