10 Tips Ibu Menyusu Di Bulan Puasa Supaya Susu Tak Dropped

17:40 0 Comments A+ a-

Lebih kurang 2 bulan lagi umat Islam nak menyambut puasa. Tak lama dah tu. Pejam celik pejam celik dah puasa. Opss! Kaum wanita dah habis qada' puasa ke? Almaklum la kita kan ada cuti khas sebulan sekali. Ada juga kaum ibu menyusu terpaksa melepaskan beberapa hari di bulan puasa kerana faktor penyusuan. Kalau diteruskan penyusuan dikhuatiri memudaratkan kesihatan pulak. Jadi pada entry kali ini, Tinie nak bagi beberapa tips ibu menyusu di bulan puasa supaya susu tak dropped. 




Antara yang menjadi igauan ibu-ibu di bulan puasa adalah susu drop atau kurang kan? Kesian pulak si kecil tak cukup susu atau tak kenyang sebab susu cair. Jom kita tengok tips-tips yang boleh membantu ibu menyusu supaya susu tak drop di bulan puasa.

1. Mind set


Set fikiran betul-betul. Sentiasa positif tentang penyusuan.

Apa yang kita fikir, apa yang kita cakap, apa yang kita rasa, apa yang kita buat... adalah hantaran doa kepada Allah. Allah mengikut sangkaan hamba-Nya.

Sentiasa POSITIF bahawa susu ibu pasti ada dan CUKUP untuk si comel kita.

Doa seorang ibu adalah doa yang senang makbul. Apa sahaja yang kita lintaskan di hati pasti jadi kenyataan jika Allah ingin memakbulkannya, tak perlu menanti duduk bertelekung di sejadah menadah tangan.

Bukankah apabila Allah berkata kun (jadilah) fayakun (maka jadilah)? Jika Allah izinkan ia berlaku, bila-bila masa sahaja apa yang anda hajatkan akan jadi kenyataan.

So, be careful with what you wish for, mommies! KEEP POSITIVE!

2. Kekerapan mengepam


Tambahkan kekerapan mengepam (dan konsisten dengan jadual ini) sebulan sebelum bulan Ramadhan. Ini untuk mewujudkan demand yang tinggi terhadap susu ibu. Ironinya, jika kurang kekerapan maka kuranglah penghasilan susu.

Dengan menambah kekerapan menyusu/ memerah sebulan atau sekurang-kurangnya seminggu sebelum menjalani puasa, anda meningkatkan kadar hormon prolaktin dalam tubuh. Apabila kilang susu mengenalpasti demand tinggi, maka supply turut meningkat.

*Hormon prolaktin kerjanya menggalakkan kilang susu menghasilkan lebih banyak susu.

3. Jadual mengepam


Pastikan ibu mematuhi jadual mengepam setiap hari seperti biasa sepanjang bulan puasa untuk memastikan demand susu yang berterusan.

Berikut adalah contoh jadual mengepam di bulan puasa (bagi ibu yang masih buntu atau belum ada jadual mengepam yang konsisten):

Sesi 1

Selepas sahur atau sebelum Subuh. Pada masa ini, hormon prolaktin tinggi, biasanya kuantiti susu lebih meriah berbanding waktu lain. 


Sesi 2

Pam pada waktu tengahari, jam 12.


Sesi 3

Pada belah petang sebelum pulang ke rumah.


Sesi 4

Sebelum tidur (agak-agak jam 11/12 malam)


*Jika ibu rasa terlalu letih untuk mengepam pada siang hari, tambahkan sesi mengepam pada waktu malam.

PERINGATAN: Banyak demand, banyaklah supply!

4. Tandem pumping


Bagi membantu anda menjayakan penyusuan sepanjang bulan puasa, pada masa yang sama mendapatkan stok yang cukup untuk bayi sewaktu anda bekerja, saya galakkan anda mengamalkan tandem pumping bila sahaja anda bersama bayi anda. Walaupun pada waktu malam.

Selain melengkapkan penyusuan dan bonding session bersama bayi anda (kerana inilah tujuan utama kita breastfeeding ya mommies), anda masih boleh mengumpul stok dengan cepat. Sambil menyelam minum air lah katanya.

Tandem Pumping

*Tandem pumping tu sebelah menyusu, sebelah memerah ya mommies. Gunakan posisi football hold supaya bayi dan ibu selesa.

TEKNIK PENYUSUAN SUSU IBU KEPADA BAYI DENGAN BETUL DAN SELAMAT

5. Powerpumping seminggu sekali


Buat powerpumping sekali seminggu untuk hasilkan demand kepada payudara ibu (untuk hantar signal kepada badan hasilkan susu yang lebih banyak). Waktu ideal adalah antara jam 12 malam hingga 6 pagi. Ibu pilihlah waktu yang paling lapang dan sesuai dengan ibu. 

Pada waktu ini hormon prolaktin sangat tinggi, jadi kita nak take advantage pada kehadirannya yang 'ramai' tu, maka kilang susu lebih produktif!

Power Pumping


# Habis powerpumping, boleh tunaikan Tahajjud atau Qiam pula kan? 😊

6. Pengambilan air


Kandungan utama susu ibu adalah air. Pastikan ibu minum air yang cukup dari tempoh selepas berbuka puasa sehingga ke waktu bersahur. Ibu digalakkan meminum AIR SUAM dan jika boleh elakkan ais ya! Air suam membantu percepatkan pengaliran bendalir dalam badan.

Listen to your body mommies. Periksa warna urin anda untuk menentukan anda cukup air atau tidak. Tanda cukup air, urin berwarna jernih dan tidak berbau. Jika urin berwarna keruh dan berbau, bermaksud anda tidak cukup air dalam badan. Hati-hati kerana ia boleh buat anda pitam dan pening kepala pada siang hari.

*Untuk elakkan dehydration pada bulan puasa, minum air suam sebelum & selepas menyusu/mengepam pada waktu malam. Seeloknya, minum 1 gelas air suam, setiap 1 jam. 1 gelas air = 250-350ml sahaja, dan mengikut saiz tubuh sendiri juga (bukan 1 liter air sekali minum).


7. Juada berbuka / pemakanan


Hati-hati dalam memilih juadah berbuka. Elakkan makanan berminyak dan terlalu pedas. Seeloknya banyakkan makanan yang dimasak dengan cara panggang, rebus atau stim. Ini kerana badan kita akan mengesan makanan berminyak, pedas dan berempah sebagai makanan yang sukar dicernakan.

Selain mengambil masa yang lama untuk diproses, ia juga akan menggunakan banyak air dalam tubuh kita. Jadi, air yang kita nak reserve untuk buat susu tu dah diguna dulu untuk cerna makanan-makanan ni. Maka, ia menyebabkan kita kekurangan air.

Elakkan mengamalkan diet keras seperti menghentikan pengambilan karbohidrat dan protein pada bulan puasa kerana ianya nutrisi penting untuk menghasilkan susu ibu.

Tambahkan dengan pengambilan buah-buahan pada waktu malam kerana buah-buahan tinggi kandungan fiber dan mempunyai kandungan jus atau airnya.

8. Kurma


Kurma adalah buah syurga yang amat ajaib untuk ibu mengandung dan menyusu. Banyakkan memakan kurma selepas berbuka puasa sehingga waktu sahur untuk tenaga berpanjangan.

Buat macam snack pun sedap. Breast cepat rasa penuh. InshaAllah. Berikut tips pengambilan kurma semasa bulan Ramadhan:
  • 3 biji semasa berbuka puasa.
  • 3-5 biji semasa moreh - skip kuih-muih manis-manis tu yer.
  • 1-2 biji semasa bangun menyusu waktu malam - sebelum tidur sediakan 1 bekas berisi buah kurma dan 1 bekas berisi air suam. 
  • 3 biji sebagai penutup sahur - saya suka buat kurma milkshake untuk sahur.



# Kurma memang bagus untuk di amalkan oleh ibu mengandung dan menyusu. Dalam Al-Quran pun ada sebut tentang kelebihannya. 

9. Bersahur


Amalkan sahur setiap hari. Lambatkan sahur supaya makanan yang diambil semasa sahur menjadi sumber simpanan tenaga untuk meneruskan penyusuan dan puasa dengan baik pada siang hari.

Makanan yang amat sesuai untuk ibu menyusu semasa sahur adalah seperti:
  • nasi
  • kentang
  • kurma
  • roti
  • pisang
  • oats
  • sup

Kurangkan makanan / lauk yang tinggi kandungan garam, pedas, berminyak dan berempah kerana makanan seperti menjadikan anda cepat merasa dahaga dan letih.

10. Refill & recover


Anda telah kehilangan banyak tenaga dan air setiap kali selepas menyusu dan memerah. Jadi setiap kali selepas menyusu/memerah, anda digalakkan makan dan minum. Amalkan ini pada bermula waktu berbuka sehingga waktu sahur.

Makanan yang perlu diambil tidak semestinya 2 pinggan nasi lemak atau 3 mangkuk laksa (ini proses menambah lemak dalam badan. Hihihi). Memadai dengan meminum susu/horlicks/ milo panas bersama roti, pun dah ok ya.

Breast akan cepat refill selepas makan dan minum kerana paras air dan tenaga yang hilang tadi sudah ditingkatkan semula.

Dalam proses pemulihan ni juga ibu-ibu harus pastikan tubuh ibu dibekalkan dengan nutrisi yang secukupnya supaya kekal bertenaga dan dapat menghasilkan susu yang cukup. Pengambilan supplement juga sangat penting untuk menampung lompong-lompong dalam diet seharian ibu.

Tinie mencadangkan Set Penyusuan Shaklee yang telah membantu ramai ibu-ibu di luar sana mengatasi dilema susu drop sepanjang proses penyusuan. Selain merancakkan pengeluaran susu, susu yang dihasilkan lebih pekat membuatkan si comel cepat kenyang. 



Sekian dulu tips ibu menyusu di bulan puasa daripada Tinie. Tips ini boleh juga diamalkan selain dari bulan puasa yer. Tinie harap dengan 10 tips yang Tinie kongsikan di sini dapat menjadi panduan kepada ibu-ibu di luar sana terutama ibu yang pertama kali menyusu supaya proses penyusuan tidak terganggu sepanjang bulan puasa.

Untuk boost up lagi penghasilan susu, Tinie sangat cadangkan pengambilan supplement seperti Set Penyusuan Shaklee supaya si comel cepat kenyang dan tidak meragam sepanjang bulan puasa. Kalau susu tak cukup dan cair, kesian pula pada si comel. Tak pasal-pasal dia kena puasa sekali.

Selamat menempuh ibadah puasa ibu-ibu sekalian!

Salam Sayang,
Tinie Muhammad
0137796796

Baca juga :