Hari Sukaneka Mak & Anak Taman Universiti, Parit Raja. Meriah sangat!

21:05 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum,

Hi semua! Buat apa hujung minggu ni? Hari ni Tinie nak kongsikan dengan anda semua kisah pagi semalam. Hari Sukaneka Mak-Mak & Anak-Anak di Taman Universiti Parit Raja. Taman Tinie la tu... Meriah uolls! Lagi-lagi bila melibatkan mak & anak jer. Kaum bapak jaga rumah la semalam. Hehe. Dan sebagai salah seorang AJK yang terlibat, of course la Tinie antara yang mem'busy'kan diri semalam. 😅

hari sukaneka taman
Sebelum mula kita selfie dulu!

Tinie kena jadi emcee bidan terjun A.K.A pengacara majlis. Tapi sebab program sukaneka tu jenis happy-happy santai jer, redah jer la kan. So tak risau nak jadi pengacara. Tak ada VIP pun.



Sebelum jam 8 pagi kami-kami ahli AJK dah mula buat persiapan apa yang patut sebelum kedatangan penduduk taman. Mula-mula cadang nak buat dekat padang, tapi malam sebelum hari kejadian hujan lebat pulak. Padang becak. So program dialihkan ke dewan terbuka di sebelah padang tu. Nasib baik jugak ada dewan terbuka tu. Kalau tak, habis la mak-mak orang ni bergasak dalam becak. 😁

Warm up dulu sebelum poco-poco

Penduduk mula berkumpul di dewan seawal jam 8 pagi. Anak-anak kecik pun ramai yang ikut pagi tu. Excited tau diorang ni. Almaklumkan jarang sangat ada sukaneka. Sukaneka untuk kaum ibu & anak ni pun julung-julung kali kami adakan. So semua memang bersemangat waja la. Sampai jer di dewan semua mula daftar kehadiran. Rugi tak daftar. Ada cabutan bertuah tu... 😋 Sambil-sambil tunggu acara bermula, semua pakat ambil peluang isi nama untuk acara sukaneka yang kami sediakan.

Ewah-ewah hakak kita sempat berposing sakan yer


Ini senarai permainan untuk kaum ibu :

  1.  Kupas buah epal
  2.  Masukkan benang dalam jarum
  3.  Pertandingan anyam ketupat
  4.  Bowling padang
  5.  Pancing botol
  6.  Baling tin susu
  7.  Sambut belon isi air
  8.  Isi air dalam botol
  9. Kerusi beracun
Pancing botol


Pertandingan anyam ketupat


Ini pulak senarai permainan untuk kanak-kanak
  1.  Rebut gula-gula
  2.  Tiup belon sampai pecah
  3.  Bawa bola pingpong dalam sudu
  4.  Bowling padang
  5.  Pancing botol
  6.  Baling tin
  7.  Isi air dalam botol

Mak tak masuk acara. Wakil anak jer la... hehe

Haaaa.... banyak tak permainan?  Naik semput memanggil peserta-peserta untuk main sukaneka. Tambah semput bila sistem PA asyik padam jer. Fuh! Nak terkeluar anak tekak ni melontarkan vokal. Haha. Tapi alhamdulillah sistem PA gantian sampai tak lama lepas tu. Selamaaattt....

Bila dah sibuk jadi pengacara, memang tak sempat la nak join permainan kan.. Tapi alhamdulillah jugak sebab dapat hadiah cabutan bertuah. Ada la jugak hadiah nak bawak balik rumah. Yang kelakar tu, masa permainan masukkan benang dalam jarum nak mula. Kebetulan tengah free sikit. So menyelit la cakap nak masuk. Siap mintak jarum dan benang. Get ready tajamkan benang siap-siap. Pengadil tiup wisel jer, terus bersungguh fokus kat jarum tu. Benang terus masuk! Apa lagi, melompat la cakap dah menang. Orang lain terkial-kial lagi tu.. (mesti yang lain tensen. hahaha) Pastu bila pengadil mintak nama, rupanya namaku tak tersenarai dalam senarai peserta. Hampesssss! Excited sangat kan. Main terjah jer. Apa daaaaa.... Kan dah tensen sendiri. 😩

Antara hadiah hari sukaneka 😍

Dah tengah hari, masa orang sibuk dengan cabutan bertuah pusingan akhir tiba-tiba anak yang sulung datang. Siap pegang siku muka berkerut. Rupanya dia jatuh atas jalan tar. Luka kat siku. Lutut dua-dua bercalar. Nasib baik seluar tak koyak. Kalau tak mesti lagi teruk lukanya. Fiil anakku yang sulung ni pulak, kalau luka sikit pun meraungnya macam luka parah! Haish! Dan bertambah nasib baik jugak masa tu AJK lain yang tengah uruskan cabutan bertuah. Apa lagi, packing barang dan salam semua orang untuk keberangkatan pulang la. Tunggu lama lagi ada yang meraung satu dewan pulak nanti. Huhuhu.

Walaupun agak suka dapat balik awal sebab tak kena mengemas (ngelat kan?), tapi ralat jugak la sebab tak dapat bergambar sama-sama ahli AJK lain. Dah la gambar semasa program tu tak ada sangat. Harapkan gambar selfie 2-3 ketul jer. Nak buat macam mana, tak ada rezeki nampaknya. Kesiankan anak lagipun.

Balik rumah, tak boleh relek lagi. Sebab ada jemputan kawin. So, sampai rumah terus la kerah askar-askar mandi terus. Siapkan baju diorang. Lepas solat terus bersiap. Kebetulan suami pun belum sampai sebab balik rumah mentua. Kalau tak ada jemputan kompem-kompem la dah landing lepas mandi. Hahahah. Busy betul hujung minggu kan.

Sekian dulu coretan bebelan Tinie di hujung minggu. Sebagai penutup, meh Tinie belanja selfie sekeping. Selfie on the way ke jemputan kahwin. Hehehe.. 

Kesian askar ku kepenatan ;)