Cara Atasi Asma / Lelah / Semput Sebelum Melarat Ancam Nyawa

22:56 0 Comments A+ a-

Asma di kalangan kanak-kanak adalah penyakit yang biasa dan ia melibatkan semua peringkat umur. 10 -14 % kanak-kanak sekolah menghidap asma. Walau bagaimanapun, banyak kajian menunjukkan bahawa penyakit ini semakin menular dan lebih serius di kalangan kanak-kanak.

Serangan asma boleh tergolong kepada serangan yang tidak serius, sederhana hingga ke tahap yang boleh mengancam nyawa. 

Asma terjadi kepada kanak-kanak sama ada mereka mempunyai sejarah asma dikalangan ahli keluarga ataupun tidak. Kanak-kanak yang ada sejarah asma di kalangan ahli keluarga dan penyakit alahan lain seperti ekzema, allergic rhinitis dan demam alah (hay fever) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat asma.



Apa itu Asma?


Asma / Lelah / Semput adalah masalah radang sistem pernafasan yang kronik boleh membuat anda sukar bernafas. Saluran udara menjadi sempit sehingga udara tidak boleh bergerak dengan bebas. Ia boleh menyebabkan berdenyut dan sesak nafas yang serius, yang dikenali sebagai serangan asma. 

Asma hanya boleh dikawal tetapi tidak boleh disembuhkan!

Sebahagian kanak-kanak pulih semasa usia meningkat remaja, manakala sebahagiannya mendapat gejala yang lebih teruk.

Ramai kanak-kanak akan bebas daripada asma, walau bagaimanapun ada gejala asma yang menyerang kembali di kemudian hari.

Asma menyebabkan salur pernafasan menjadi: 

  • Merah. 
  • Bengkak. 
  • Menghasilkan lendir berlebihan. 
  • Mudah terangsang (hypersensitive). 


Apa yang Menyebabkan Serangan Asma?


Penyebab tertentu boleh membuat keradangan salur pernafasan lebih teruk. Menyebabkan bengkak dan salur pernafasan menjadi lebih kecil. Pada masa yang sama, badan menghasilkan lendir tambahan yang menyumbat saluran udara tersebut. Menyebabkan udara semakin sukar untuk masuk dan keluar dari paru-paru sehingga sukar bernafas.



Ada beberapa faktor pencetus yang menyebabkan gejala asma.  Antara faktor pencetus asma adalah:
  1. Jangkitan virus pada sistem pernafasan.
  2. Merokok.
  3. Perubahan cuaca.
  4. Alahan pada debunga seperti house dust mile, kulat dan binatang peliharaan.
  5. Senaman.
  6. Bahan perangsang seperti minyak wangi, bau cat dan habuk lantai.
  7. Makanan dan perasa tambahan makanan.
  8. Ubat seperti aspirin atau lain-lain ubat tahan sakit (NSAIDs atau pain killer).
  9. Emosi.
  10. Gastro-oesophageal reflux (Pengaliran asid dari dalam perut ke atas).

Gejala Serangan Asma


Apabila diserang asma, apakah gejala utama yang boleh dikenalpasti sebelum melarat?

  • Batuk.
  • Batuk di waktu malam (waktu tidur).
  • Rasa ketat di dada (nafas berbunyi seperti wisel).
  • Susah bernafas.

Cara Menangani Masalah Asma / Lelah / Semput



1. Mencegah

Elakkan serangan asma dengan mengawal radang di sistem pernafasan. Ia bertindak dengan mengurangkan bengkak dan pembentukan lendir di sistem pernafasan.

- OMEGA GUARD -

Satu kajian di Universiti Indiana mendapati bahawa orang dewasa dengan asma berterusan yang mengambil satu suplemen minyak ikan Omega-3 yang kaya dengan setiap hari untuk tiga minggu menyebabkan fungsi paru paru mereka bertambah baik .

Kandungan DHA yang tinggi dalam Omega Guard Shaklee sudah tentu dapat mengurangkan keradangan yang berlaku untuk pengidap asma malah ia juga membantu untuk mengurangkan masalah kahak yang menyebabkan masalah sesak nafas.

- VITAMIN C -

Vitamin c mampu untuk mengurangkan penghasilan histamine seterusnya mengurangkan serangan asma.

Antioksida yang terdapat dalam vitamin C mampu untuk menjaga saluran penafasan dan paru-paru daripada radikal bebas yang terhasil daripada udara yang disedut daripada pencemaran udara.

2.  Melegakan

Mengendurkan otot-otot pernafasan dan ini seterusnya akan membuka salur pernafasan yang sempit.

- OSTEMATRIX -

Ostematrix Shaklee mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Ramai pakar nutrisi mencadangkan bahawa pengambilan extra vitamin D mampu untuk mengurangkan tahap asma yang kronik.

Magnesium pula sangat diperlukan oleh otot-otot yang berasa di sepanjang saluran ke paru-paru. Ia bertindak sebagai melegakan ataupun untuk bagi relaks pada otot-otot tersebut. So boleh bernafas dengan lebih lancar dan tenang bagi pengidap asma.

3. Mengawal

Mengendurkan otot pernafasan dan mengekalkan salur pernafasan dalam keadaan terbuka buat masa yang lama. Penting untuk kes serangan asma yang teruk.

- NUTRIFERON -

Penyakit asma berkait rapat dengan sistem imunisasi tubuh. Perubahan cuaca yang tidak menentu memberi kesan yang besar terutama kepada pesakit asma.

Nutriferon dapat membantu tubuh menghasilkan interferon sendiri yang dapat melindungi kita daripada terdedah kepada beribu ancaman penyakit dari luar.

=====================================

Kepada anda yang telah lama menanggung serangan asma, Tinie sangat mencadangkan pengambilan omega guard, vitamin c, ostematrix dan nutriferon daripada Shaklee ini. Set ini telah terbukti dalam membantu ramai pesakit asma keluar daripada derita asma dan pergantungan kepada inhaler.

Hubungi Tinie sekarang untuk mendapatkan vitamin anda sebelum masalah asma semakin melarat.

SUZAITINI MUHAMMAD
NO. TEL : 0137796796
FB : Suzaitini Muhammad

Vitamin Shaklee terbukti selamat & berkesan diamalkan untuk tahap kesihatan yang optimum.