Pengalaman Berpantang Sendiri Dengan Set Pantang Paling Best. Anda Mesti Cuba!

12:47 0 Comments A+ a-

Hari ni tengok adik update status facebook makan sarapan hasil air tangan mak. Dia dah 26 hari berpantang. Dalam hati terdetik rasa cemburu. Dulu Tinie pantang sendiri jer. Masak nasi sendiri. Siang ikan sendiri. Bakar ikan sendiri. Rasa nak menitik air mata kalau kenang balik. Tapi tak pe la. Pengalaman berharga kan. Dapat berdikari.

Sejak anak ke 2 Tinie dah berpantang sendiri. Mak mertua ada datang jenguk juga tapi kebanyakan kita buat sendiri. Masak sendiri. Urus anak kecil sendiri.


Bukan tak nak duduk dengan mertua, tapi mungkin lebih selesa di rumah sendiri. Cara berpantang kami pun berbeza. Tinie berpantang cara orang pantai timur. Makan kering-kering jer. Dah lama sikit baru la berkuah. Nak balik kampung? Suami izinkan. Tapi kasihan kan mak sebab jaga abah sakit. Tak nak susahkan. Kesiankan suami juga sebab kena ulang-alik setiap minggu.

Jadi memang struggle sangat waktu berpantang. Pernah juga menangis sendiri. Tapi kuatkan juga semangat. Sebab Tinie nak duduk rumah sendiri kan. Mak Tinie tak boleh teman sebab jaga abah yang sakit.

Dalam seminggu pertama mungkin ringan sikit sebab suami cuti. Lepas tu memang berdikari. Rasa sedih ke sunyi ke tolak tepi sebab tak nak layan. Takut juga kalau kena meroyan. Lagi susah.

Masa berpantang dulu kena rengat. Nurse cakap sebab rahim kita sedang mengecut. Sebab tu sakit. Tapi memang sakit giler. Lagi-lagi waktu menyusukan baby. Serius nak nangis. Sakit giler!

Berpantang anak ke 4 baru Tinie ambil supplement. Sebelum-sebelum tu ambil ubat tradisional jer. Then kalau anak tak tahan kena stop dulu sebab jamu-jamu ni panas kan. Lepas berpantang anak ke 3 Tinie kenal Shaklee. Masa tu sebab nak tambah susu. Tinie cuba ESP dan alfalfa. Alhamdulillah susu banyak. Anak pun cepat kenyang.

So bila pregnant anak ke 4 (Tinie anak 5 tau 😉) Tinie start dengan set berpantang Shaklee. Tinie kumpul duit ambil full set. Walaupun orang cakap mahal, tapi nekad kumpul duit sebab nak jugak. Tinie tak susahkan suruh suami bayarkan sebab Tinie yang nak. So guna duit sendiri. Ketepikan dulu nafsu nak shopping beg atau baju cantik. Hahah.

Alhamdulillah nampak perbezaan selepas amalkan set hamil shaklee tu. Tenaga lebih cergas. Waktu pregnant anak ke 4 tu Tinie berulang ke tempat kerja jauh tau. Drive sendiri setiap pagi sejam lebih. Petang balik lagi sejam lebih. Kalau ikutkan waktu tu memang tak larat. Tapi entah macam mana tenaga tu ada. Kerja pula kawasan tapak pembinaan. Jalan masuk ke ofis confirm la tak rata. Melantun-lantun. Nasib baby kuat. Hehehe.

Selain tenaga, lagi satu perubahan Tinie rasa adalah krem kaki. Selalu orang panggil simpul biawak atau simpul mengkarung. Tak pasti kenapa biawak dan mengkarung boleh terjebak. Hahaha. Pregnant dulu-dulu memang selalu kena krem kaki. Selalunya waktu malam. Tengah tidur. Tiba-tiba kaki kejang. Keras. Sakit giler. Sampai nak cakap dengan suami pun tak boleh. Hanya mampu tunjuk kaki je. Lepas suami urut sikit-sikit baru boleh bengkokkan kaki. Tak sakit dah. Memang igauan setiap kali pregnant bab krem ni.

Konsisten set hamil pun alhamdulillah bacaan HB cantik. Tak la teruk macam sebelum-sebelum tu. Asyik merah je buku pink tu. Sampai doktor bagi ubat tambah darah tu. Besar gedabak. Serius tak leh telan.

Banyak la perbezaan yang boleh nampak sebelum dan selepas guna  set hamil shaklee tu. Selepas bersalin anak ke 4 Tinie teruskan set berpantang pula. Tapi masa tu belom ambil vivix. Almaklumla mahal kan. Telan air liur tengok botol merah tu. Tapi alhamdulillah walaupun pantang baby ke 4, kena jaga anak-anak lain lagi. Tinie ok. Tak penat. Tak lesu.

Waktu pantang selalunya Tinie train anak tu bukak pampers. Waktu tu je kita ada kat rumah 24 jam kan. Nak train waktu biasa nanti kesian kat anak konfius. Kat rumah buka pampers. Rumah pengasuh kena pakai pula. Kita kalau boleh tak nak susahkan pengasuh. Betul tak. Fuh. Memang mencabar. Asyik keluar masuk bilik air je. Then kalau dia terlepas dalam seluar, kena lap lantai pulak. Kalau dulu Tinie buat macam tu rasanya dan bentan kot. Dah menggigil dalam selimut. Selepas konsisten supplement (set pantang masa tu) rasa badan kuat. Rasa boleh handle 3 anak + baby baru lahir.

Selepas positif pregnant anak ke 5 Tinie pasang niat nak pantang dengan set pantang + vivix kali ni. So memang berjimat. Ada offer vivix, Tinie beli. main kutu vivix. Share vivix promosi dengan kawan-kawan. Macam-macam lah. Tapi betul la orang kata. Kalau kita nak sesuatu tu kita akan usahakan juga sampai dapat. Alhamdulillah berderet vivix dalam peti ais tu. Sepanjang pantang Tinie habiskan 5 botol.

Seriously memang best pantang dengan vivix ni. Luka cepat baik, tak ada sakit rengat, tak ada krem kaki, rahim kecut, susu banyak, tak lesu, tak pucat. Badan rasa ringan sangat. Train anak ke 4 bukak pampers pun tak penat. Banyak lagi la yang best. Sekarang ni anak dah setahun. Tinie dah capai semula berat ideal. 49kg. Mak anak 5 berat 49kg.. Ramai makan hati. 😂

Panjang pulak ngomel pasal pantang ni. Kalau korang nak tau apa yang Tinie makan sepanjang pregnant dan berpantang, Tinie share kat bawah ni ok. Tinie harap korang dapat lalui pengalaman hamil dan berpantang yang best macam Tinie. Time pantang tak nak moodie-moodie. Nak happy-happy je.


Ini dia set yang Tinie ambil sepanjang pregnant. Ada 6 jenis iaitu:
- Bcomplex
- Omega
- ESP
- Vitalea
- Vitamin C
- Ostematrix

Untuk tau khasiat setiap produk boleh klik KEPERLUAN NUTRISI LENGKAP IBU HAMIL

Selepas bersalin Tinie amalkan set hamil ni juga sebab keperluan nutrisina lebih kurang sama dengan berpantang. Cuma tambah alfalfa waktu berpantang. Set pantang ni jugak adalah sama dengan set menyusu. Targetnya adalah untuk bagi ibu dan anak nutrisi yang diperlukan untuk sihat dan bertenaga. Juga untuk tambah susu ibu.


Klik SET MENYUSU PREMIUM SHAKLEE

Nak tau kenapa Tinie tergoda tambah vivix untuk pantang anak ke 5. 5 kali bersalin kan. Mesti lagi banyak urat putus. Banyak sel nak kena repair. Badan nak pakai lama. So kena jaga betul.

Ini antara kelebihan vivix untuk ibu berpantang.
  • Menyembuhkan organ peranakan.
  • Memulihkan kesihatan rahim selepas bersalin.
  • Memulihkan luka bersalin sama-ada luka luaran atau dalaman.
  • Mengembalikan kecantikan tubuh.
  • Mengelakkan stress atau gila meroyan.

Ramai yang dah berpantang. Tengok feedback semua puas hati. Sebab tu teringin sangat berpantang dengan si merah tu. Memang mahal sikit la. Tapi Tinie rasa lebih berbaloi daripada habiskan duit beli set pantang kat kedai tu. Sebab vivix ni memang terbukti jaga dalaman kita betul-betul.

Orang bersalin kan banyak urat putus. Banyak nak kena repair. So vivix je boleh buat. Biar cantik dalaman, insyaAllah luar pun cantik nanti. Tak nak la cantik luar tapi dalam banyak tak settle.

Selain Tinie, ramai puas hati sangat dengan vivix. Kat bawah ni antara feedback puas hati dengan vivix.






Banyak pulak Tinie membebel 😂. Memula tadi just nak share jeles kat adik jer. Teruja pulak cerita pasal pengalaman pregnant dan berpantang. Hahaha. Tak pe lah. Benda baik kita share moga dapat bagi kebaikan kepada orang lain apa salahnya.

Ok lah. Kepada sesiapa yang nak cuba set hamil dan berpantang Shaklee boleh hubungi Tinie. Detail semua ada kat bawah. Happy pregnancy & selamat berpantang uolls! 😍


DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DARI SAYA 😊

Shaklee Independent Distributor Suzaitini Muhammad ( 1071549)


Call/Sms : +6013-7796 796


Email : suzaitini@gmail.com

Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia

7 Sebab Utama Kenapa Kita Perlukan Makanan Tambahan. Anda Mesti Terkejut Dengan Sebab Ke 7!

23:32 0 Comments A+ a-

Apabila bercerita tentang makanan tambahan atau supplement, ramai yang fikir negatif dari positif. Ramai yang nampak kesan buruk dulu kan. Alasan utama, supplement akan menyebabkan buah pinggang rosak. Fakta ni ada yang betul dan ada jugak tak betulnya. Tak kurang juga supplement banyak membantu dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan.



7 Sebab Kita Perlu Ambil Makanan Tambahan


1. Penggunaan racun perosak, racun serangga dan baja kimia berlebihan

Sejak kecil kita diajar untuk mengambil makanan seimbang & berkhasiat. Terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran. Seiring dengan perkembangan teknologi, kualiti tanaman yang dihasilkan semakin baik dan cantik tanpa sedikit pun dicemari oleh ulat atau serangga perosak. Sedarkah kita bahawa kualiti ini sebenarnya banyak disumbang oleh penggunaan racun dan baja? Petua ada mengatakan, sayur yang selamat adalah sayur yang dimakan ulat. Jika ulat pun tidak mampu hidup selamat pada tanaman tersebut, selamatkah kita?

2. Gaya hidup kurang sihat

Amalan merokok, kurang bersenam, diet tidak seimbang, rehat dan tidur yang tidak mencukupi menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan yang kronik seperti sakit jantung, strok, dan diabetis.

3. Stress atau tekanan

Hidup di era yang serba maju dan berteknologi bukan sahaja memberi impak positif, malah boleh menjadi punca kepada tekanan hidup seharian. Persaingan yang semakin meningkat setiap hari menjadikan tubuh kita penat dan stress. Sedarkah bahawa keadaan ini mengakibatkan tubuh kita kehilangan vitamin B dan C setiap masa. Sedangkan kita perlukan vitamin ini untuk menjaga sistem pertahanan tubuh kita.

4. Kehilangan nutrisi semasa penyediaan makanan

Nutrisi di dalam sayuran berada ditahap terbaik dalam keadaan segar atau tanpa dimasak. Sebab itu kita digalakkan mengambil salad setiap hari. Apabila terdedah kepada haba, vitamin dan nutrisi di dalam sayuran semakin berkurangan. Menyebabkan tubuh kita tidak mendapat nutrisi yang cukup daripada makanan tersebut.

5. Menyokong sistem pertahanan tubuh

Dalam keadaan tertentu, tubuh kita berhadapan dengan kecederaan atau ancaman yang memerlukan tubuh bertindak untuk memperbaiki kerosakan sel dan menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat. Sebagai contoh, vitamin c dapat membantu menguatkan sistem imun tubuh, protein membantu menghasilkan sel kulit baru, vitamin e bertindak sebagai antioksida melawan radikal bebas dan kalsium menyokong kesihatan tulang.

6. Menampung keperluan nutrisi tubuh

Sedarkah kita bahawa wanita hamil dan menyusukan bayi memerlukan nutrisi yang lebih berbanding individu biasa yang lain? Ini kerana mereka memerlukan nutrisi untuk 2 tubuh yang berbeza. Kekurangan nutrisi menyebabkan tubuh si ibu lemah dan tidak bertenaga.

7. Pencemaran alam sekitar

Jika di fikir sepintas lalu, mungkin kita tidak sedar bahawa pencemaran alam sekitar di sekeliling kita juga menjadi faktor pentingnya pengambilan supplement setiap hari. Asap rokok, asap kenderaan, bau cat dan pemeluwapan dari bahan-bahan di dalam kereta menyumbang kepada serangan radikal bebas secara terus. Radikal bebas menyerang sistem pertahanan tubuh menjadi faktor utama penyebab pelbagai penyakit di dalam tubuh. Pengambilan supplement tinggi antioksidan seperti vitamin A, C, dan E dapat membantu tubuh dari dalaman.

SUPPLEMENT TERBAIK PALING SELAMAT!

Ramai yang masih ragu-ragu dalam pemilihan supplement yang selamat terutama apabila mengambil kira faktor keselamatan buah pinggang. Berikut adalah ciri-ciri supplement daripada produk Shaklee yang telah dijamin selamat dan berkesan untuk kesihatan tubuh badan anda.

Selamat

Produk yang selamat datangnya daripada bahan-bahan yang berkualiti, dan itulah yang Shaklee gunakan. Keselamatan mutlak amat penting di Shaklee, dan kami tegaskan bahawa standard Shaklee tiada tandingan.

Bahan-bahan untuk produk Shaklee dipilih secara teliti untuk memenuhi standard prestasi dan penyaringan yang tinggi. Malah, standard ketulenan Shaklee adalah antara yang paling ketat dalam industri nutrisi dan pemakanan berkhasiat untuk memberi jaminan bahawa semua produk Shaklee adalah selamat.

Terbukti

Para saintis kami sentiasa mencari bahan dan ramuan yang tulen dan mujarab dari alam semula jadi, semakan terbitan saintifik dan melakukan kajian mereka sendiri untuk mengesahkan keberkesanan dan kemujarabannya.

Berkesan

Kajian Suplemen Pemakanan Shaklee adalah kajian perintis mengenai pengguna suplemen pemakanan jangka panjang yang menunjukkan bahawa mereka yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik, berbanding mereka yang mengambil multivitamin jenama lain atau tiada multivitamin sama sekali.

Bagaimana nak dapatkan produk Shaklee?

Hubungi Tinie sekarang untuk mendapatkan produk Shaklee anda. Kita nak sihat kan? Bertindak sekarang. Tinie akan berikan konsultasi terbaik dan cara makan berkesan sebagai hadiah kepada setiap pelanggan Tinie.

Hubungi Tinie di 0137796796 atau anda boleh rujuk maklumat seperti di bawah.


DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DARI SAYA 😊

Shaklee Independent Distributor Suzaitini Muhammad ( 1071549)


Call/Sms : +6013-7796 796


Email : suzaitini@gmail.com