Resepi Spaghetti Aglio Olio Paling Mudah Di Abad Ini

17:20 0 Comments A+ a-

Hai uolls! Semalam Johor cuti weekend. Tak tau nak masak apa tengah hari semalam. Nak ajak husband jalan-jalan cari makan pun macam malas jer nak bersiap. Ahaks! So, fikir punya fikir.. tengok lauk apa yang ada dalam peti ais tu. Teringin pulak nak cuba masak spaghetti aglio olio. Spaghetti pun ada tu. Dah lama peram. 🙈





Sebenarnya Tinie tak pernah masak aglio olio ni. Selalu buat bolognese jer. Orang cakap spaghetti aglio olio lagi senang dari bolognese. So teringin jugak nak cuba. Anak pun suka pasta-pasta nih. Sesekali tukar menu kan.. hehe. So Tinie mintak tolong pak cik google la apa lagi kan.. Baik pak cik google ni. Tak kedekut ilmu. 😉 Terjumpa la satu resepi spaghetti aglio olio paling mudah pada Tinie yang kurang rajin nih. Tapi nak mintak maaf banyak-banyak la sebab resepi yang dah mudah tu Tinie mudahkan lagi disebabkan kekurangan bahan. So Tinie campak mana yang ada jer yer.. Sebab tu la namanya jadi spaghetti aglio olio paling mudah di abad ini. 😂

Jom sediakan dulu bahan-bahannya supaya senang nak masak nanti.

Bahan-bahan adalah :


  1. 1/4 cawan minyak zaitun (Tak ada olive oil, Tinie durhaka belasah minyak masak jer)
  2. Bawang putih 5 ulas (dihiris halus)
  3. 2 tangkai cili kering (ikut suka kalau nak pedas boleh lebihkan)
  4. 1/2 kiub ayam
  5. Seafood (Tinie ada sotong & udang jer)
  6. Spageti yang dah siap rebus (Tinie rebus 3/4 masak dulu)
  7. Garam secukup rasa.
Haaaa.... bahan asas jer kan? Ko campak jer apa yang ada kat dapur tu. Tak kuasa plak nak keluar pergi kedai cari bahan-bahan lain. Tapi dalam hati tu risau jugak. Jadi ke idok spaghetti aglio olio aku nih. Doa la banyak-banyak harap menjadi.. Hehe.

Jom kita masak spaghetti aglio olio paling mudah di abad ini. Treng teng teng...

Cara masak spaghetti aglio olio :


  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih dan cili kering yang dah dipotong-potong.
  • Agak-agak dah naik bau dan bawang kekuningan, masukkan sedikit kiub ayam untuk elakkan bawang putih hangus.
  • Masukkan sotong dan udang. Goreng sampai separuh masak jer. Jangan lama-lama pulak. Liat nanti.
  • Masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Kacau sebati dengan bahan-bahan dalam kuali.
  • Taburkan baki kiub ayam & tambah garam jika kurang masin.
  • Siap untuk dihidang!
Amacam? Mudah sangat-sangat kan? Rasa nak masak ni jer hari-hari. Hati bertambah gumbira bila encik husband cakap sedap. Haaaa... tak payah pakai olive oil pun jadi spaghetti aglio olio ku. Yang penting rasanya ada. Cuma kalau nak resepi sihat sikit tu kena cari olive oil jugak la kan. 

Dan lagi penting, licin terus sekuali spaghetti aglio olio ku tengah hari semalam 😆

Pada korang yang nak resepi spaghetti aglio olio paling mudah tapi meletops boleh cuba resepi ni yer. 

Selamat mencuba!