Anak Sembelit Sampai Trauma Nak Membuang : Macam Mana Nak Tolong ?

19:42 0 Comments A+ a-

Sembelit adalah antara masalah yang biasa dan selalu kanak-kanak hadapi sehingga trauma setiap kali nak membuang. Bila anak trauma, mereka akan cuba tahan sedaya mungkin untuk ke tandas. Keadaan ini akan memburukkan lagi keadaan jika najis bertambah keras dan semakin sukar untuk membuang. Ada beberapa sebab mengapa kanak-kanak sembelit. Antara punca utama adalah pemakanan yang tidak seimbang. Sebagai ibu bapa adalah penting untuk kita memastikan nutrisi si anak seimbang dan mengelakkan masalah sembelit berulang.





Walaupun sembelit bukanlah satu penyakit, namun masalah ini boleh membawa kesan yang tidak elok kepada individu termasuklah kanak-kanak. Teringat Tinie kisah seorang rakan yang anak istimewanya mengalami sembelit hampir sebulan. Hampir-hampir menjalani pembedahan untuk mengeluarkan najisnya. Sembelit sampai hampir kena bedah! Mintak jauh la kan. Selain perasaan trauma yang dialami oleh kanak-kanak akibat sembelit, kanak-kanak juga terdedah kepada toksin tinggi di dalam tubuh. Usus adalah antara kawasan yang berpotensi untuk mendapatkan pelbagai penyakit kerana selagi najis tidak keluar daripada tubuh, toksin akan diserap sepanjang masa.

Antara tanda kanak-kanak mengalami sembelit adalah menangis dan menunjukkan rasa resah atau tidak selesa ketika membuang air besar. Bagi kanak-kanak yang lebih besar akan mengadu rasa sakit atau mereka kelihatan meneran ketika sedang membuang air besar. Selain itu, najis mereka kelihatan keras, kering, berbiji-biji seperti kacang. Kentut dan najis juga mungkin lebih busuk.

Dalam kebanyakan kes, kanak-kanak mungkin mengalami sembelit apabila kanak-kanak itu hanya membuang air besar sebanyak tiga kali dalam seminggu. Ini menyebabkan mereka tiada selera makan dan perut menjadi kembung.



1. Susu Formula


Bagi bayi yang diberikan susu formula, mereka lebih mudah mendapat sembelit berbanding bayi yang diberikan susu ibu kerana susu formula sukar dihadamkan dan diserap masuk ke dalam usus.


2. Makanan pertama


Bayi yang mula diberikan makanan separuh pejal juga mudah sembelit. Usus mereka belum cukup matang untuk berfungsi dengan baik. Jadi ppastikan makanan separuh pejal yang hendak diberikan adalah makanan yang lembut dan mudah dihadam. Lebihkan kandungan air dalam makanan itu ketika menyediakannya.

3. Dehidrasi


Bayi dan kanak-kanak yang mengalami demam, selesema, jangkitan pada tekak dan mula tumbuh gigi juga mudah terkena sembelit kerana kekurangan air dalam badan (dehidrasi) akibat tiada selera makan. Bagi mengelakkan masalah dehidrasi yang berterusan,selalunya tubuh akan menyerap lebih banyak air dari najis bagi menampung kekurangan air dalam badan. Ini akan menyebabkan najis lebih kering dan keras. Akhirnya najis disimpan lebih lama dalam usus besar dan menyebabkan sembelit.

4. Kecacatan semasa lahir


Sembelit juga boleh berpunca disebabkan oleh penyakit kecacatan semasa lahir (congenital disease) yang disebut Hirschprung’s disease apabila lubang dubur agak ketat dan sukar membuang air beras. Begitu juga jika lubang dubur tidak dibentuk dengan sempurna seperti dalam kes penyakit anorectal malformation, spinal bifida dan cyctic fibrosis.

Jadi, apabila anak-anak mengalami sembelit, pastikan bawa untuk pemeriksaan doktor agar penyakit kecacatan semasa lahir seperti Hirschprung’s disease dapat dikenalpasi dengan lebih awal.

Cara elakkan sembelit tanpa ubat


Bagi ibu bapa yang mahu mengelakkan penggunaan ubat, boleh cuba lakukan cara seperti di bawah :


  • Baringkan bayi dengan kaki ke atas dan cuba lakukan pergerakan seperti sedang mengayuh basikal di udara. Pergerakan ini akan merangsang pergerakan najis dalam usus.
  • Jika bayi sudah mula makan dan menyusu susu formula, boleh berikan makanan separuh pepejal seperti lobak yang dikisar. Berikan pada jumlah yang berpatutan dan minta nasihat doktor. Ini akan menambah kandungan serat dalam pemakanan mereka dan memudahkan mereka membuang air besar dengan lebih mudah.
  • Kanak-kanak yang berumur satu tahun ke atas boleh diberikan air buah-buahan seperti tembikai atau air mineral suam dalam jumlah yang berpatutan. Minuman seperti jus betik yang dikisar sangat baik kerana mempunyai serat dan boleh meransang pergerakan usus.
  • Pengambilan supplement. Cara yang paling mudah adalah melalui pengambilan supplement.


Tinie mengesyorkan Meal Shakes Shaklee yang telah membantu ramai ibu bapa menyelesaikan masalah anak sembelit seawal 2 hari. Meal Shakes bertindak sebagai agen detoksifikasi yang mana Meal Shakes sangat kaya dengan serat larut bagi membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.

Meal Shakes Shaklee turut menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian dan diperbuat daripada bahan semulajadi, buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya.

Istimewanya Meal Shakes ni kerana ianya mengandungi lactalbumin - bahan yang terbaik dan mengandungi mikroorganisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga dewasa. Meal shakes turut mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya. Meal Shakes yang mudah dibancuh berperisa vanilla sangat disukai oleh kanak-kanak kerana rasanya yang sedap.

Haaa.. Meal Shakes ni bukan setakat menyelesaikan masalah sembelit pada anak-anak kita, dalam masa yang sama turut membekalkan nutrisi yang baik untuk menjadikan anak-anak kita lebih sihat dan cergas. Malah ada ibu bapa yang menyatakan selera makan anak-anak mereka lebih baik selepas mengamalkan Meal Shakes. Alhamdulillah...

Jom kita tengok manfaat Meal Shake yang sangat baik untuk mengatasi masalah sembelit.







Jadi, kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang mengalami masalah sembelit, jangan tunggu lagi. Dapatkan segera untuk kesihatan anak anda. Selain menyelesaikan masalah sembelit, meal shake mengandungi pelbagai khasiat yang sangat elok untuk tumbesaran anak-anak. Jangan biarkan masalah sembelit berlarutan, bimbang boleh memberi efek kepada usus dan mengundang masalah buasir. Mintak jauh la...

Jika anda nak dapatkan Meal Shakes, boleh hubungi saya seperti di bawah :

DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DARI SAYA ðŸ˜Š


Shaklee Independent Distributor Suzaitini Muhammad ( 1071549) 


Call/Whatsapp/Sms : +6013-7796 796

Email : suzaitini@gmail.com

Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia 

Saya akan konsult tentang cara penggunaan produk khas kepada para pelanggan-pelanggan saya. 😊


*****


Mahukan harga lebih jimat? Daftar saja sebagai ahli. Sekali untuk seumur hidup dan anda akan dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Anda juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan!


*** Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 .