7 Tips Elak Anak Tantrum Di Tempat Awam

21:07 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum,

Pernah dengar perkataan TANTRUM? Ataupun perkataan yang biasa dalam masyarakat kita adalah meragam atau cranky. Haaa... sekali anak tantrum, kena pulak di tempat awam mesti kaum mak ayah pening kan? Time anak tantrum selalunya memang agak susah dah kita nak ajak berbincang. Tunjuk gajah rimau pun dah tak layan. Hahaha... So, apa tips elak anak tantrum di tempat awam? 




Di sini Tinie nak kongsikan 7 tips yang harap dapat membantu kaum mak dan ayah mengawal keadaan anak sebelum mereka tantrum. Siapa sanggup tengok anak berguling atas lantai dalam shopping mall ye dak? Kalau tantrum kat rumah tu tak risau sangat sebab kita boleh bertukar hijau tanpa orang lain judge kita. Kat luar tu yang mintak jauh la sangat-sangat. Hehe.

Well you're not alone rakan-rakanku. Ramai yang seangkatan dengan kita. Dan memang normal la kalau anak tantrum kan. Itu memang antara proses perkembangan mereka dan proses ujian kesabaran buat kita as a parents. Anak-anak Tinie pun tak terkecuali dalam bab ni.

Nak hilangkan tantrum 100% memang mustahil la kan. Tapi kita boleh cuba elakkan semaksima mungkin. Kalau tak nanti kita yang jadi godzilla di tengah orang ramai. Oh no no no...

Jom kita tengok tips elak anak tantrum di tempat awam


1. Persediaan sebelum keluar rumah


Penting ni! Pastikan anak-anak dalam keadaan good in all conditions - cukup tidur, sihat, kenyang, selesa dan sebagainya lah. Kalau dah tau anak jenis cepat lapar atau suka mengunyah, standby kan siap-siap bekalan air, snek, biskut ke apa yang patut. Kalau tak, nanti belum sampai destinasi dah mengadu lapar la.. haus la bagai. Kalau jenis cepat bosan, standbykan toys diorang siap-siap.

Tak apa la ambil masa sikit siapkan semua keperluan tu. Nak jaga emosi anak-anak kan... hehe

2. Pre-warning


Haaa... ni Tinie selalu praktik. Almaklum la anak-anak kecik lagi kan. Sebelum keluar kena remind diorang siap-siap kita nak pegi mana. Sediakan psikologi anak-anak supaya mereka tak imagine atau berangan macam-macam. Selalunya bila dah mereka mengharap macam-macam kemudian tak dapat, itu yan muncul tantrum tahap gaban tu. 

So sebelum keluar warning diorang. "kejap lagi kita nak keluar pergi kedai. Ibu nak beli barang kejap. Tapi bukan beli mainan ye."

So bila dah sampai kedai, ulang balik ayat, "no toys ok." Cakap tu biar terang dan jelas. Bagi ayat penyata. Muka pun kena serius tau. Jangan sengih-sengih pulak. Nanti dalam hati mereka timbul "boleh bodek lagi ni..." Huhu...

3. Libatkan mereka dalam aktiviti kita


Contohnya kalau pergi grocery shopping. Kalau dah nama kana-kanak... mana maunya diorang nak duduk atau berdiri diam macam patung cendana. So daripada mereka berlari tak tentu arah, libatkan mereka sekali dalam aktiviti membeli-belah tu. 

Contohya, bila lalu kat rak sayur, beritahu anak... "ok ibu nak beli carrot. Boleh tolong ambilkan untuk ibu?" Kalau diorang tak kenal apa itu sejenis carrot, ini la masanya untuk diorang belajar kenal sayur kan? :) Nanti lama-lama diorang akan excited nak tolong & tanya macam-macam barang yang ada dalam kedai tu. Hehe.


4. Selalu berkomunikasi dengan anak


Kita nak elakkan anak tantrum kan? So pastikan sehabis baik mereka tak bosan. Jangan kita jer syok sendiri beli barang. Anak kat sebelah tunjuk muka 20 sen! Dah bosan la tu..

Contohnya dalam perjalanan dalam kereta. Selalunya parents layan lagu radio jer kan. So anak bosan. Last-last diorang bosan dan tantrum. Boleh bergolak kereta tu jadinya nanti. Hehe... jangan.. jangan.. mintak jauh la..

Dalam kereta kita boleh ajak mereka berbual. Cerita la apa-apa pasal permandangan luar ker.. pasal cita-cita diorang besar nanti ker.. asalkan diorang tak bosan. Biar letih sikit layan diorang bercakap dari letih layan karenah tantrum tu. Pengsan oiii!


5. Busy kan mereka dengan aktiviti kegemaran mereka


Itu pentingnya sediakan mainan mereka siap-siap. Kadang kita akan ter busy kejap bila berborak dengan orang lain.. atau bila-bila time yang kita tak boleh borak dengan diorang. Bekalkan mereka mainan. Tapi bukan ipad atau iphone atau segala mak nenek sejenis dengan tu tau. Kalau ada adik-beradik, sibukkan mereka bermain berdua.

6. Kalau tantrum jugak, sila jadi parents yang tegas


KAdang-kadang malang tau berbau kan. Dah segala macam kita buat untuk elak anak tantrum. Tapi at last jadi jugak. Biasa la anak-anak. Unexpected kan. So apa yang kita boleh buat? Jangan kau bertukar hijau kat depan orang ramai tu pulak. Kang tak pasal-pasal anak tantrum, mak meroyan. Malu oi malu...

So, cuba jadi firm dengan undang-undang yang kita buat. Contoh, anak meraung berguling kat lantai supermarket. Sila tarik nafas & cuba bertabah setabah-tabah mungkin yer. Jangan pedulikan orang sekeliling. Cakap secara tegas dengan anak-anak. "Ibu dah cakap tadi, no mainan. Kat rumah dah banyak mainan." Selalunya Tinie cakap macam tu dengan muka tak ada perasaan. So anak faham, ibu serius ni... (dalam hati, steady ibu steady...)

Sila jangan tewas dengan anak. Bila kita sendiri yang tetapkan undang-undang "no mainan" meaning no mainan. Sekali kita tertewas, mereka akan fikir "alah.. kalau ngamuk mesti dapat jugak mainan tu.."

7. Bila anak dah reda sikit, bawak bincang dengan anak


Explain semula kenapa kita buat undang-undang tu. Kenapa tak boleh beli mainan.. tak boleh beli jajan. Terangkan satu-satu. InsyaAllah bila mereka dalam keadaan tenang, senang diorang nak absorb apa yang kita cakap. Cakap masa tengah meragam memang buang air liur je la...

So itu sahaja perkongsian yang dapat Tinie kongsikan untuk elak anak tantrum. Terutamanya di tempat awam. Anak tantrum ni memang perkara biasa kalau ada anak. Normal la anak tantrum. Kalau diam jer risau jugak. Ada perasaan ke tidak anak aku ni? Hahaha... So parents, as I told before... you're not alone. Memang cenggitu la kalau dah ada anak kan. So layannnn...