6 Tips Atasi Kulit Muka Kering Supaya Tak Cepat Nampak Tua

03:55 0 Comments A+ a-

Kulit muka anda kering? Masalah ni. Kulit muka kering lebih cenderung untuk dapat kulit kusam, jeragat dan garis kedut! Ish.. siapa yang nak kulit kedut sebelum waktunya kan? Umur 30an dah mula timbul garis-garis halus di bahagian mata tu. Ada sesetengah individu mengalami kulit kering kronik sehingga mengelupas dan berkeruping. Jadi. macam mana nak atasi kulit muka kering agar lebih bermaya bak Luna Maya? (eh??)

Ok, jika anda betul-betul sayangkan kulit muka anda, jom baca 6 tips daripada Tinie untuk atasi masalah kulit muka kering, Tapi kalau nak biarkan terus kering bak padang tandus di musim kemarau terserah pada anda. Kulit muka masing-masing kan? 😉 6 tips mudah jer. Tak rugi luangkan masa kejap baca sampai habis.

Atasi kulit muka kering




Sebelum Tinie teruskan dengan tips atasi kulit muka kering, jom kita belek dulu kulit muka masing-masing, Betul ke kering?


Ciri-ciri kulit muka kering


  1. Kulit wajah kasar kusam dan biasanya sedikit bersisik.
  2. Pori-pori sangat kecil. Hampir tidak nampak.
  3. Banyak garis-garis halus atau kerutan yang sangat nipis.
  4. Kulit selalu mengelupas 
  5. Kulit berasa gatal-gatal
  6. Terdapat tompok merah dan radang pada kulit
Dah belek muka masing-masing? Ada tak antara ciri-ciri di atas pada kulit anda. Jika ya, jom kita tengok apa tips yang boleh kita amalkan untuk atasi kulit muka kering.


6 Tips Atasi Kulit Muka Kering Agar Lebih Bermaya



Tips #1 : Elakkan pemakaian sabun seperti berikut :

  • Sabun yang mengandungi terlalu banyak buih dan detergent
  • Sabun yang keras seperti sabun sulfur atau antiseptik
  • Sabun yang mengandungi alkohol, pewangi buatan, pengawet dan pewarna. 

Semua sabun-sabun jenis tersebut menyebabkan kulit kering dan semaking kering. Ini kerana sabun yang banyak mengandungi bahan-bahan seperti di atas dapat mengikis minyak semulajadi dari wajah. Yang paling bahaya adalah sabun yang mengandungi banyak detergent boleh menyebabkan kulit mengalami iritasi.



Tips #2 : Sebaiknya menggunakan air suam ketika mencuci muka. Ini kerana air suam dapat merangsang penghasilan minyak semulajadi pada kulit muka.

Tips #3 : Lindungi kulit muka dari terdedah secara langsung sinar matahari. Sinar matahari boleh menyebabkan bahagian paling luar kulit menjadi rosak dan kering.


Tips #4 : Banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi asam lemak seperti ikan, serta makanan yang banyak mengandungi omega-3. Makanan tinggi omega-3 dapat membantu memberi nutrisi kepada kulit serta meningkatkan kelembapan kulit.




Tips #5 : Amalkan masker semulajadi untuk melembapkan kulit seperti masker daripada betik, timun dan tomato. Nak lagi mudah? Cuba resepi masker seperti dalam gambar di bawah. Vitamin E memang sangat bagus untuk kulit terutama kulit kering! Tak perlu susah payah nak kupas buah.😊



Tips #6 : Amalkan pengambilan supplement untuk kulit. Tips ini adalah antara tips paling mudah untuk anda amalkan. Selain dapat atasi masalah kulit kering, supplement juga sangat bagus untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita. 






Macam mana? Senang kan 6 tips yang Tinie bagi ni? Sangat mudah untuk kita amalkan setiap hari. Kalau kulit kering jangan berlengah lagi. Kulit kering ni banyak sangat kesan buruknya. Senang dapat jeragat, senang kusam, senang berkedut. Pendek kata cepat tua! Nak ke? Kalau dah tua sampai waktu ok lagi. Tapi kalau 30an dah kedut sini sana macam mana? Suami segak bergaya lagi. Tup-tup isteri dah mula kedut. Then kalau dah timbul jeragat, lagi tua la jadinya. Susah tau nak hilangkan jeragat tu. Umur 30an ada pakej jeragat + kedut. Amacam? 

Jadi jangan lengah-lengah lagi. Wasap nombor ni 0137796796 cepat dan dapatkan Set Penjagaan Kulit anda sekarang! Tinie sedia konsult anda secara percuma selepas anda terima set kulit anda nanti. 

Salam sayang,
Tinie Muhammad
0137796796

Anda Sedang Mencari :

kulit muka kering
kulit muka kering mengelupas
kulit muka kering dan kusam
atasi kulit muka kering 
atasi masalah kulit muka kering
cara mengatasi kulit wajah kering dan mengelupas
masker untuk kulit kering mengelupas
cara menghilangkan kulit mengelupas dengan cepat
petua kulit muka kering dan mengelupas
produk untuk kulit muka kering mengelupas