PENYAKIT ASMA ATAU LELAH : PUNCA-PUNCA ASMA DAN CARA ATASINYA
Penyakit Asma / Lelah
Penyakit asma / lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit.
Asma adalah ketidakaturan atau gangguan keradangan yang kronik yang
melibatkan saluran udara. Saluran udara ini merupakan laluan bagi udara yang
disedut untuk memasuki paru-paru. Bagi penyakit asma, saluran udara yang
mengalami keradangan adalah sangat sensitif bila terdedah kepada pelbagai
ransangan atau "pencetus". Ia akan menjadi sempit, menyebabkan kesukaran
untuk bernafas.
Semasa serangan asma
berlaku, saluran udara mengalami beberapa perubahan, termasuklah:
• Bronkospasma (otot licin dari dinding bronkus mengalami kekejangan/
spasma)
• Penghasilan mukus yang berlebihan
• Keradangan atau inflamasi. Proses ini memburukkan lagi penyempitan
saluran udara.
Terdapat dua jenis asma:
- asma alahan
- asma bukan alahan.
Seseorang itu berkemungkinan untuk mempunyai kedua-dua jenis asma ini.
Asma alahan
Asma jenis ini juga dikenali sebagai Asma Ekstrinsik (luaran) atau Asma Atopik. Ia terhasil apabila berlakunya penyedutan bahan-bahan yang pada kebiasaannya tidak membahayakan individu yang sihat. Hanya mereka yang alah atau alergik kepada bahan tersebut akan mendapat asma jenis ini.
Contoh bahan-bahan tersebut termasuklah debunga, spora kulat, hama, bulu haiwan dan juga bahan alergen lain dalam makanan. Asma jenis ini biasanya bermula sejak zaman kanak-kanak lagi. Asma alahan ini selalunya disertai dengan gangguan alahan-alahan lain seperti Dermatitis,Urtikaria dan Rinitis
Asma bukan alahan
Ia juga dikenali sebagai Asma Intrinsik (dalaman). Kaum wanita lebih mudah mendapat penyakit ini berbanding dengan kaum lelaki dan ia adalah kronik. Cuaca sejuk, asap rokok, bau cat dan gasolin, infeksi atau jangkitan dan tekanan psikologi adalah antara faktor-faktor yang boleh mencetus atau memburukkan lagi keadaan asma jenis ini.
Serangan asma ini boleh berlaku dalam bentuk yang ringan sehingga kepada yang lebih teruk dan boleh berterusan dari beberapa minit hingga ke beberapa hari. Ia juga boleh berulang setiap beberapa jam.
Tanda - Tanda Dan Gejala
Penghidap Asma mengalami gejala-gejala yang disebabkan oleh perubahan yang berlaku pada saluran udara.
- Semasa keradangan, penghasilan mukus akan meningkat. Pesakit akan batuk untuk membuang mukus tersebut. Batuk merupakan mekanisma semulajadi untuk membuang bendasing yang tidak diperlukan di dalam sistem penafasan.
- Keradangan juga menyempitkan lagi saluran udara dan menyebabkannya spasma (kejang). Ini menyebabkan penghidap Asma mengalami kesesakan nafas dan penyempitan dada. Bunyi ronkus dihasilkan apabila udara melalui saluran udara yang sempit.
- Apabila kurang udara memasuki paru-paru, maka kuranglah oksigen yang dibekalkan. Kekurangan oksigen ini menyebabkan muka dan bibir pesakit asma berubah menjadi pucat dan kebiruan dan nadi pesakit juga akan meningkat. Apabila gejala ini muncul, beri rawatan pertolongan cemas dan dapatkan bantuan dengan segera.
Gejala penyakit asma / lelah adalah seperti berikut:
- sesak nafas
- batuk berkahak dan berpanjangan serta nafas berbunyi
- saluran pernafasan mereka menjadi sempit kerana bahagian-bahagian tertentu ditutupi ataupun diliputi oleh kahak
- sakit dada yang teramat sangat sehingga mereka berasa tidak boleh bernafas dan bibir mereka akan kelihatan pucat kebiruan
- wajah menjadi pucat dan denyutan nadi menjadi laju.
Punca-punca penyakit asma / lelah
Asma alahan disebabkan oleh alergen (pencetus alergi). Alergen ini biasanya mencetus gejala asma sewaktu penghidap asma bernafas. Saluran udara yang begitu sensitif akan mengalami pencerutan apabila alergen memasuki sistem penafasan melalui hidung.
- Debunga, kulat dan hama adalah di antara alergen yang selalu hadir di udara. Kadangkala seseorang yang alah atau alergik boleh mendapat serangan asma apabila tertelan alergen. Contohnya seperti perisa makanan dan ubat-ubatan.
Untuk asma yang bukan alahan, pencetusnya tidak ada kaitannya dengan alahan tetapi masih mampu menimbulkan perubahan pada laluan udara sebagaimana tindakan alergen. Contoh-contoh pencetus bukan alergen ialah:
- Agen Bawaan Udara - sebatian yang bercampur dengan udara seperti wasap dan wap dan asap. Agen atau bahan yang yang boleh mencetus gejala asma ini boleh wujud di dalam dan di luar rumah. Satu contoh bahan yang boleh wujud di luar rumah ialah gas karbon monoksida dari asap kenderaan. Contoh-contoh bahan bawaan udara yang wujud di dalam rumah termasuklah asap dari dapur dan wap dari cat aerosol.
- Jangkitan pada sistem penafasan - terutamanya demam dan selsema. Kuman-kuman virus akan menyerang pengalas saluran udara dengan merangsang hujungan saraf menyebabkan otot yang menyelaputi saluran udara semakin tercerut.
- Senaman dan juga lain-lain aktiviti fizikal mampu menyebabkan pesakit asma terpaksa bernafas dengan lebih cepat. Sesetengah individu menghidap asma yang teraruh oleh senaman. Ini bermaksud, mereka hanya mengalami gejala asma ketika bersenam.
- Udara yang sejuk atau perubahan cuaca boleh mencetus asma kerana otot di sekitar saluran udara akan mengalami pencerutan sebagai tindak balas terhadap suhu udara.
- Emosi dan stres juga mampu mempengaruhi kekerapan dan keterukan asma. Desakan udara yang melalui saluran udara ketika marah dan resah mampu mencetuskan asma.
Risiko penyakit asma / lelah
Sekiranya tidak dirawat, gejala mungkin menjadi lebih teruk dan menjadi lebih rumit untuk dikawal.
Pesakit juga berdepan dengan risiko sakit mendadak, terpaksa dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia.
Asma dianggap isu kesihatan awam serius dan melibatkan lebih 70 juta orang di Asia dan angka ini semakin meningkat.
Pesakit juga berdepan dengan risiko sakit mendadak, terpaksa dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia.
Asma dianggap isu kesihatan awam serius dan melibatkan lebih 70 juta orang di Asia dan angka ini semakin meningkat.
Siapa berisiko mendapat asma / lelah?
Pencemaran udara
Mereka yang mudah terdedah kepada pencemaran udara mempunyai
risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit ini. Ini termasuklah mereka
yang tinggal di kawasan bandar, tinggal bersama-sama perokok dan yang
bekerja di persekitaran yang tercemar. Udara yang tercemar
mengandungi pelbagai pencetus asma seperti asap dan wasap. Biasanya, ibu bapa yang mengidap Asma mempunyai 6 kali ganda risiko untuk
memperolehi anak yang menghidap asma.
Bayi pramatang
Bayi pramatang juga memiliki risiko yang tinggi untuk menghidap Asma
apabila umur mereka meningkat kelak. Ini kerana, sewaktu mereka
dilahirkan, sistem respirasi mereka masih belum matang dan masih belum
mampu berfungsi sepenuhnya. Golongan ini mudah menghidap Asma
kerana mereka menghadapi masalah untuk menyedut dan menghembus
udara keluar dari paru-paru.
Merokok
Rokok mengandungi asap tembakau. Asap tembakau mengandungi
pelbagai sebatian kimia yang boleh menyebabkan berlakunya keradangan
pada saluran udara dan seterusnya menyebabkan asma.
Penyakit asma dapat menyerang siapa saja, tidak peduli anak-anak maupun orang dewasa. Namun ada beberapa golongan yang mempunyai risiko lebih besar untuk mendapat asma / lelah.
Rawatan penyakit asma / lelah
Alat sedutan pengawal biasanya digunakan dua kali sehari untuk mencegah gejala serta membantu inflamasi dalam saluran udara.
Sementara itu, alat sedutan penahan berfungsi untuk melega dan meluaskan otot saluran udara tetapi bukan untuk inflamasi.
Ramai yang menderita asma tidak menguruskan penyakit mereka secara berkesan kerana kekurangan ilmu dan masalah kewangan.
Faktor pendidikan adalah penting untuk menyekat masalah ini dengan mewujudkan kesedaran awal bahaya asma / lelah di kalangan pesakit.
Berikut adalah beberapa cara rawatan bagi pesakit asma / lelah:
- rawatan bagi penyakit asma adalah melalui pengambilan ubat yang berterusan dengan cara yang betul.
- pesakit perlu elakkan faktor-faktor alahan.
- setiap pesakit adalah berbeza rawatan nya dengan pesakit yang lain.
- tujuan ubat ialah untuk rawatan semasa serangan dan rawatan
- terdapat beberapa jenis ubat seperti ubat sedutan, ubat makan dan ubat suntikan.
Kesan sampingan ubat yang diambil secara penyedutan termasuklah:
• Sakit kerongkong/tekak
• Jangkitan pada mulut
• Denyutan jantung yang cepat
• Sakit kepala
• Perengsaan di perut
• Gangguan selera makan
• Boleh menyebabkan gangguan proses tumbesaran
Bagaimana untuk mendapatkan Set Asma Shaklee?
Boleh hubungi saya seperti di bawah:
Suzaitini Muhammad (ID : 1071549) - Pengedar Shaklee Batu Pahat
Page: Healthy Beauty House
No Tel: 0137796796
Email: suzaitini@gmail.com