PANDUAN KEKAL CERGAS DALAM BERPANTANG. PENTING UNTUK SEMUA IBU-IBU.
TAHNIAH! ANDA KINI BERGELAR IBU :)
Bila bercerita jer tentang sakit nak bersalin, semua tarik napas panjang-panjang dulu. Boleh dikatakan setiap kali nak bersalin tu mesti yang dah angkat tangan tak nak bersalin lagi. Serik katanya. Sakit wooo bersalin. Mana yang jenis mudah tu memang rezeki la. Sakit 5 minit jer dah bersalin. Tapi pada yang susah bersalin ni macam mana? Sakit berjam-jam, bukaan baru 2cm. Air ketuban belum pecah lagi tapi rasanya macam nak bersalin dah. Sakit tu memang susah la gambarkan. Genggam tangan cik abang kat sebelah sampai merah pun kita dah tak perasan kan? Sebab tu la orang tua-tua cakap, perempuan ni banyak urat putus masa bersalin. Duk menahan kesakitan sepanjang proses bersalin tu memang susah nak gambarkan.
Tapi bila keluar je baby, dapat peluk dia terus kita lupa sakit tadi. Serius rasa lega sangat. Tambah-tambah bila tengok muka baby yang cute macam ibunya tu... hehe. Sampai kita lupa apa yang kita alami berjam-jam tadi. Kita lupa betapa kuat badan kita berjuang tadi. Begitu nikmat memandang baby tu susah ditafsirkan.
Maka bermula episod berpantang dalam rutin harian kita. Ada yang masih mengikut cara tradisional dalam berpantang. Namun ada juga yang berpantang dengan cara moden. Dengan cara apa sekalipun, apa yang harus kita ingat adalah, TEMPOH BERPANTANG ADALAH TEMPOH UNTUK MEMULIHKAN TUBUH BADAN. Jadi, apa cara sekalipun, harus diingat bahawa kesihatan adalah yang paling utama waktu itu.
Jadi di sini saya akan berkongsi dengan anda semua tentang panduan kekal cergas dalam berpantang.
PANDUAN KEKAL CERGAS DALAM BERPANTANG
Pemakanan
Keperluan paling utama bagi ibu-ibu dalam berpantang adalah dari segi pemakanan. Dalam kekalutan untuk kembali kepada bentuk badan dan berat ketika sebelum hamil, ibu-ibu kadang-kala tidak menyedari bahawa sekatan pemakanan yang berlebihan dalah tidak sesuai. Malah boleh membahayakan kesihatan ibu itu sendiri.
Sesetengah ibu hanya menjalani diet seperti bubur nasi cair dengan campuran ikan bilis dan halia. Ada juga antaranya di larang mengambil buah-buahan dan sayuran tertentu ekoran dikhuatiri akan menyebabkan perut dimasuki angin. Tambah memburukkan keaadan, ada segelintir yang melupakan rutin kehamilan seperti mengambil makanan tambahan yang diperlukan dan disyorkan oleh doktor. Apa jua amalan pemakanan sebegini samada berpantang cara moden atau tradisional, tidak mencukupi.
Semasa bersalin, badan kita mungkin telah kehilangan sejumlah besar darah. Tisu-tisu perlu diperbaiki dan biasanya tenaga dan kekuatan perlu ditambah semula. Ini hanya boleh dicapai dengan mengamalkan pengambilan diet yang teratur ketika sedang berpantang.
Karbohidrat dan intipati lelemak diperlukan dalam membekalkan tenaga dan juga proses-proses metabolik yang lain. Vitamin dan mineral yang terdapat dalam kebanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan, juga berkepentingan dalam menyokong semua proses penyembuhan badan. Malahan, ibu-ibu yang berterusan mengambil makanan tambahan ini akan pulih lebih cepat dan akan menikmati pengalaman keibuan yang lebih baik.
Terdapat beberapa amalan berpantang tempatan yang menyekat pengambilan air kerana takut menggalakkan perut mengembung. Melainkan terdapat sebarang kontraindikasi ketara (seperti yang dinasihatkan oleh doktor anda), cuba untuk kekal terhidrat secukupnya dengan meminum sejumlah air yang dicadangkan , kerana ini dapat memberi manfaat kepada ibu dan bayi. Tambahan pula, ibu-ibu yang menyusukan anak secara terus, akan segera kembali langsing dan ini akan menjadi alasan dan motivasi yang cukup baik bagi anda untuk makan dan minum dengan teratur dan menyusu-badan pada masa yang sama.
Senaman
Tidak dinafikan, proses bersalin secara normal adalah memenatkan dan akan menyebabkan anda berasa keletihan. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja anda mempunyai tenaga dan atas cadangan doktor anda untuk berbuat demikian, cubalah untuk menggabungkan beberapa senaman yang teratur yang menggerakkan otot teras anda. Otot teras yang kukuh pasti akan memberi kesan yang lebih kekal daripada mana-mana korset atau bengkung badan. Ini tidak tidak termasuk ibu-ibu yang telah melalui C-Seksyen. Sebaik sahaja doktor anda memberi kebenaran, luangkan masa untuk membina otot dan stamina, dan bentuk badan yang diimpikan, dapat dicapai.
Kebanyakan pengamal kesihatan akan mengesyorkan untuk memulakan senaman selepas 6 minggu bersalin. Ini harus dimulakan dengan beberapa aktiviti ringan untuk membiasakan diri anda dengan latihan fizikal. Kekuatan akan terbina secara beransur-ansur dan dengan penggabungan diet yang betul anda akan kelihatan ramping dalam sedikit masa lagi. Walau bagaimanapun, harus diingatkan bahawa, senaman itu adalah sangat penting.
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma dan adangan kombinasi Set Berpantang Shaklee yang bersesuaian dengan bajet anda.
Pembelian Set Berpantang Shaklee di sini melayakkan anda untuk mendapat khidmat kaunseling PERCUMA berpantang dan penyusuan dari saya.
Anda juga berpeluang mendapat penjimatan sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli melalui saya.
Anda juga berpeluang mendapat penjimatan sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli melalui saya.
WhatsApp / SMS / Call: 0137796796
Email : suzaitini@gmail.com