MANFAAT GLA COMPLEX SHAKLEE YANG PERLU ANDA TAHU UNTUK KESIHATAN TUBUH BADAN SECARA SEMULAJADI

23:43 0 Comments A+ a-

APA ITU GLA COMPLEX SHAKLEE?


GLA (Asid Gamma Linolenik) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara masalah kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglantin – iaitu

KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER : KOLAGEN HEBAT LAIN DARI YANG LAIN!

20:46 0 Comments A+ a-


Best kan tengok kulit baby? Gebu dan anjal jer. Alangkah bestnya kalau kulit kita macam tu jer sentiasa. Cantik jer. Tapi kenyataannya susah la nak kulit baby sampai ke tua. 😜😜😜

Sebab kulit kita ni akan mula menunjukkan tanda penuaan atau garis-garis halus seawal 25 tahun! Kenapa ye?

CARA ATASI MASALAH SENGGUGUT HANYA DENGAN 1 CARA RINGKAS

16:56 0 Comments A+ a-



Jangan pandang remeh masalah senggugut setiap bulan! Ia mungkin petanda masalah kesihatan yang lebih serius jika tidak di atasi di peringkat awal.

CARA ATASI JERAGAT DARI DALAM KULIT DENGAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER

16:22 0 Comments A+ a-



Selepas umur 25 tahun, kulit kita semakin kurang hasilkan kolagen. Kekurangan kolagen pada kulit mengakibatkan kulit semakin terdedah kepada sinar UV matahari. Ini menjadikan kulit tidak kuat. Sel-sel kulit senang rosak. Bila sel rosak, sel akan jadi hitam dan bintik jeragat mula terbentuk. 

Jadi, kolagen sangat penting untuk

ATASI MASALAH JERAGAT DENGAN SPOT WHITENING TREATMENT SHAKLEE. CUBA DAN ANDA AKAN TERKEJUT DENGAN HASILNYA!

16:03 0 Comments A+ a-

Dah banyak duit habis membeli pelbagai krim muka untuk hilangkan jeragat degil di muka?

Kecewa kan bila pelbagai usaha kita jumpa jalan buntu. Hari ini Tinie nak share dengan anda semua 1 krim muka keluaran Shaklee yang khusus untuk mencerah dan menghilangkan jeragat degil di muka. Ramai yang telah berpuas hati dengan kesannya yang sangat amazing!


KRIM UNTUK JERAGAT


Ramai yang terpengaruh dengan iklan 
“Sapu krim jeragat ini dan jeragat akan hilang!” 
Wow senangnya la kalau macam tu jer boleh hilangkan jeragat kan? 


Tapi habit yang suka cuba-cuba bermacam jenis krim jeragat di kedai jamu tu boleh mengundang risiko yang lebih bahaya sebenarnya. Kita tak tahu apa kandungan di dalam krim jeragat tersebut dan bagaimana proses krim jeragat itu berfungsi untuk hilangkan jeragat pada kulit. 


SPOT WHITENING TREATMENT SHAKLEE



NutriWhite Spot Whitening Treatment ialah sejenis krim jeragat semulajadi tanpa kesan sampingan pada kulit. 

NutriWhite Spot Whitening Treatment ini sangat tinggi anti oksidan yang membolehkannya menghilangkan jeragat degil dengan cepat dan berkesan. Penggunaan yang konsisten dapat membantu kulit wajah lebih cerah, bersinar dan berseri. 


BAGAIMANA SPOT WHITENING TREATMENT SHAKLEE MEMBANTU MENCERAH DAN MENGHILANGKAN JERAGAT DEGIL DI MUKA ?


  • Spot Whitening Treatment mengurangkan kemunculan bintik-bintik hitam agar kulit tampak lebih menawan.
  • Kepekatan optimum pati Likuoris dan Peony memberikan kuasa pencerahan botani yang sungguh mengagumkan.
  • Cats Claw berfungsi untuk menegangkan kulit.
  • Vitamin C aktif memperbaiki kulit, meratakan tona dan menghaluskan tekstur kulit.


KESAN PENGGUNAAN NUTRIWHITE SPOT WHITENING TREATMENT


  • Tompok jeragat jadi pudar dengan cepat.
  • Tiada lagi jeragat baru yang tumbuh.
  • Kulit di bahagian jeragat jadi cerah. Boleh juga digunakan pada keseluruhan wajah.
  • Menaikkan warna kulit semakin segar.
  • Kulit jadi halus dan lembut.
  • Kulit menjadi tegang kesan dari kandungan vitamin C semulajadi di dalamnya.
  • Kesan jeragat atau parut pulih dengan cepat. 


TESTIMONI



Shaklee Independent Distributor Suzaitini Muhammad ( 1071549) 


Call/Whatsapp/Sms : +6013-7796 796

Email : suzaitini@gmail.com

Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia 

Saya akan konsult tentang cara penggunaan produk khas kepada para pelanggan-pelanggan saya. 😊

Anda sedang mencari :

Cara hilangkan jeragat
Cara hilangkan jeragat dengan berkesan
Cara hilangkan jeragat di muka
Cara pudarkan jeragat dengan cepat
Cara pudarkan jeragat dengan selamat
Atasi masalah jeragat dengan cepat
Atasi masalah jeragat dengan berkesan
Atasi masalah jeragat secara semulajadi

Produk hilangkan jeragat
Krim jeragat

TEKNIK PENYUSUAN SUSU IBU KEPADA BAYI DENGAN BETUL DAN SELAMAT

01:24 0 Comments A+ a-



Ramai ibu-ibu yang masih tidak tahu bagaimana teknik penyusuan dengan betul dan mengakibatkan bayi tidak dapat menyusu dengan baik. Teknik penyusuan yang betul juga dapat mengelakkan ibu mengalami luka pada puting susu. Masalah ini banyak terjadi terutama di kalangan ibu-ibu muda yang belum mempunyai pengalaman menyusukan bayi.

SET MENYUSU BAJET SHAKLEE : SUSU IBU MERIAH DAN PEKAT

17:03 0 Comments A+ a-



"Saya nak sangat susukan bayi saya sepenuhnya dengan susu ibu."

Tapi....

MAKAN SUPPLIMENT PENYEBAB BUAH PINGGANG ROSAK ? BUKTI DALAM LANDMARK STUDY

12:08 0 Comments A+ a-

"Awak ni makan suppliment banyak2 ni bahaya tau. Rosak buah pinggang nanti!"


SAYA SETUJU DENGAN AYAT TU. MEMANG BETUL!

Tapi... 

Pernah tak anda selidik dulu suppliment apa yang anda makan? 

Apa kajian yang telah di buat sebelum sesuatu suppliment tu di hasilkan? 

Siapa pula yang mengkajinya? 

Dah berapa lama suppliment tu wujud?


APA NAK BUAT BILA ANAK DIJANGKITI CHICKEN POX ? SEDIKIT TIPS SUPAYA TIDAK BERJANGKIT

17:03 0 Comments A+ a-

Balik dari kampung baru-baru ni tengok anak nombor tiga tu ada bintik-bintik merah pada badannya. Mula-mula fikir kena gigit nyamuk. Tapi pelik sikit. Tak kan la sampai dalam seluar kena gigit kan?

Keesokan harinya tengok bintik merah makin banyak dan berair. Hmm... chicken pox ni. Tapi untuk kepastian, suami bawa anak untuk rujuk doktor jugak. Mana la tau kalau kes lain kan? Takut jugak.

Balik dari klinik, hmmmm...KOMPEM CHICKEN POX!

AMALAN MENJEMPUT REZEKI. JOM SHARE RAMAI-RAMAI DAN KITA CUBA AMALKAN

15:34 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum... 

Tadi terjumpa amalan menjemput rezeki yang bagus untuk diamalkan. Saya kongsikan di sini untuk sama-sama kita amalkan dan perbaiki diri. 😊

AL – FATIHAH


Sebelum memulai 20 amalan mulia yang akan anda mulai sesudah membaca amalan ini,
anda terlebih dahulu diharuskan untuk membaca Surah Al-Fatihah seperti di bawah setiap hari:


SET MENYUSU PREMIUM SHAKLEE : MEMBANTU IBU KEKAL BERTENAGA SEPANJANG TEMPOH PENYUSUAN & MEMBEKALKAN SUSU BERKUALITI UNTUK SI COMEL

23:42 0 Comments A+ a-

KENAPA IBU MENYUSU PERLUKAN SUPLIMEN ? 


Sejak hamil, ibu banyak kehilangan nutrisi dari tubuh kerana disalurkan untuk tumbesaran si bayi di dalam kandungan. Antara yang paling ketara ialah kalsium. Kekurangan kalsium si ibu boleh mengakibatkan ibu cepat berasa letih, sakit pinggang dan boleh memberi kesan kepada kekuatan tulang si ibu. Kerana itu lah lebih ramai dari kalangan wanita yang mengalami osteoporosis berbanding lelaki.

APA ITU HORMON DAN FUNGSINYA ? KENALI TANDA HORMON TIDAK STABIL DI DALAM TUBUH

00:36 0 Comments A+ a-

APA ITU HORMON ?


Hormon adalah zat kimia yang dihasilkan oleh organ tubuh tertentu dari kelenjar endokrin yang berguna merangsang fungsi organ tubuh tertentu. Istilah hormon berasal dari bahasa yunani yaitu hormein, yang berarti ransang,atau hormao berarti menggairahkan atau membangkitkan. Semua organisme yang bersifat multiseluler termasuk manusia, haiwan dan tumbuhan menghasilkan hormon.

Hormon memiliki peranan dalam

MINI PACK JERAGAT - MENGHILANGKAN JERAGAT DAN MENCERAHKAN KULIT SECARA SEMULAJADI

15:28 0 Comments A+ a-

Ramai yang buntu bila tidak berjaya menghilangkan jeragat yang terus menebal pada kulit terutama di wajah. Bagitu juga saya dahulu. Pelbagai produk saya gunakan tetapi tidak berjaya malah jeragat semakin banyak.

Alhamdulillah akhirnya saya berjumpa dengan 1 set produk yang berjaya menghilangkan jeragat yang bertapak di wajah.

hilangkan jeragat


VITA-LEA : MULTI VITAMIN-TERBAIK SEJAK 100 TAHUN DAHULU

12:41 0 Comments A+ a-

Vita-Lea Shaklee adalah muti-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-min", dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya daripada Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet ang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

APA ITU LECITHIN DAN KEISTIMEWAAN LECITHIN SHAKLEE

17:55 0 Comments A+ a-

APA ITU LECITHIN ?


Lecithin adalah sejenis lemak yang dipanggil PHOSPHOLIPID.
  • Ia terdiri daripada saturated & unsaturated fatty acids, phosphoric acid dan choline. 
  • Ia terdapat di membran sel semua benda hidup termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan. 
  • Ia mudah didapati daripada makanan harian kita. 
  • Ia terdapat dalam tubuh manusia iaitu hempedu dimana ia membantu memetabolisma kan lemak.

BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU HILANGKAN JERAGAT TEBAL DI MUKA DENGAN CEPAT ?

09:23 0 Comments A+ a-

Jeragat adalah sejenis inflamasi kulit. Secara asasnya, ia terjadi akibat kerosakan sel oleh kesan radikal bebas.

RADIKAL BEBAS???

DETOX PARASIT? APA PENTINGNYA DETOX PARASIT DAN KAITAN DETOX DAN KESIHATAN TUBUH BADAN

17:03 0 Comments A+ a-






Pagi-pagi dah keluar cerita pasal siput.

Siput sedut? Masak lemak cili api sedap tu... sruut sruut... ngidam plak haish! Tapi bos cakap tak makan sebab banyak parasit. Hadeh... saya orang kampung. Perut orang kampung macam saya ni mana boleh tahan godaan siput sedut masak lemak cili api... selagi tak nampak parasit menari-nari dalam pinggan tu memang saya sebat je la. Parasit? Pejam mata kejap.

CARA MENGATASI KULIT KUSAM TIDAK BERMAYA AGAR WAJAH SENTIASA BERSERI

00:00 1 Comments A+ a-


Kulit wajah yang sihat dan cantik ialah kulit yang berseri walaupun tidak memakai sebarang alat solek. Bak kata orang, 'natural beauty'. Kulit yang putih semata-mata juga tidak semestinya cantik jika kelihatan kering dan kusam. Umpama tiada seri.

Jadi, bagaimana nak menaikkan seri wajah dan mengatasi kulit kusam ini? 

CARA SEMULAJADI HILANGKAN JERAWAT DAN BEKAS JERAWAT DENGAN CEPAT

16:58 0 Comments A+ a-



Ada banyak cara untuk hilangkan jerawat dan bekas jerawat di wajah dengan cepat. Ada yang semulajadi, ada juga yang menggunakan bahan kimia. Semuanya boleh anda cuba tergantung kehendak masing-masing. Dengan cara kimia, biasanya akan lebih cepat, namun jika tidak sesuai, kulit muka berisiko untuk rosak dan menjadi lebih teruk.

TINGKATKAN SISTEM IMUN DENGAN NUTRIFERON : HASIL KAJIAN LEBIH 40 TAHUN OLEH PAKAR

23:53 0 Comments A+ a-


Kekuatan sistem imun tubuh menjadi antara faktor utama kesihatan kita. Sistem imun yang lemah menyebabkan badan mudah kalah dengan serangan virus yang mengakibatkan senang terkena penyakit. 

Sistem imun ialah bagaimana sistem badan kita melawan jangkitan kuman dan penyakit. Ini bermakna jika sistem imun tinggi maka lebih susah seseorang untuk mendapat penyakit. Sistem imun di dalam badan setiap orang adalah tidak sama. Ada yang kuat, ada juga sebaliknya. Banyak faktor yang menyebabkan sistem imun badan menjadi rendah.

Apakah faktor yang mempengaruhi sistem imun kita?

KENALI MIGRAIN : PETANDA, PENCETUS & LANGKAH MENGATASI MIGRAIN YANG MENYIKSAKAN

00:42 0 Comments A+ a-



Migrain adalah satu bentuk sakit kepala disebabkan oleh pembesaran saluran darah (vasodilatation) yang menyebabkan pelepasan bahan kimia daripada gentian saraf yang melilit arteri besar otak. Bahan kimia ini menyebabkan keradangan, kesakitan, dan pembesaran arteri. Pembesaran arteri menambahkan kesakitan migrain.

ALFALFA COMPLEX : TUMBUHAN PELBAGAI KHASIAT YANG MENAKJUBKAN

00:22 0 Comments A+ a-


Alfalfa Shaklee /Alfalfa Complex Shaklee merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950-an.

Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas

DETOX PARASIT DENGAN SET DETOX SHAKLEE. KENAPA PERLU DETOX PARASIT DAN KESAN KEPADA KESIHATAN BADAN KITA

13:49 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum,

Pagi-pagi dah keluar cerita pasal siput.


Siput sedut? Masak lemak cili api sedap tu... sruut sruut... ngidam plak haish! Tapi bos cakap tak makan sebab banyak PARASIT. Hadeh... saya orang kampung. Perut orang kampung macam saya ni mana boleh tahan godaan siput sedut masak lemak cili api... selagi tak nampak PARASIT menari-nari dalam pinggan tu memang saya sebat je la. PARASIT? Pejam mata kejap.

Sebut pasal PARASIT ni, sebelum joint Shaklee ni memang tak pernah amik tau pun. Asal badan rasa sihat ok la kan? Tapi rupanya daku silap pemikiran.

PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK PARIT RAJA I PENGHANTARAN TERUS KE RUMAH ANDA

23:56 0 Comments A+ a-

Hai! Saya Tini. Pengedar Shaklee PARIT RAJA BATU PAHAT, Johor.

Menyediakan perkhidmatan COD ke seluruh PARIT RAJA BATU PAHAT pada bila-bila masa sahaja!

Maklumlah dah rumah pun di PARIT RAJA BATU PAHAT, so kita boleh pusing PARIT RAJA BATU PAHAT anytime.

Mudah saja, kalau anda duduk di kawasan PARIT RAJA BATU PAHAT dan rasa nak beli Shaklee. Marilah hubungi saya di 0137796796.



SANGGUP TANGGUNG RISIKO UNTUK CANTIK? SIAPA SANGGUP?

17:23 0 Comments A+ a-

Tadi terbaca satu artikel di daradotcom. Saya rasa artikel ni memang sangat penting untuk dikongsi bersama. Jom kita baca. :)



Setiap orang ingin kelihatan cantik dan sempurna. Oleh sebab asakan daripada keinginan tersebut, sesetengah mereka sanggup mengambil risiko dengan menggunakan produk-produk yang menjanjikan kesan dalam jangka masa yang singkat, tetapi tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan.

KEISTIMEWAAN NUTRIWHITE OVERNIGHT RENEWAL WHITENING CREAM. MENCERAHKAN DAN MELEMBUTKAN KULIT WAJAH.

21:18 0 Comments A+ a-

Shaklee bukan sahaja terkenal dengan vitamin-vitamin yang superb. Tapi Shaklee juga ada rangkaian skincare yang sangat istimewa dan selamat tanpa sebarang bahan kimia yang merosakkan kulit. Ada dua. NUTRIWHITE dan ENFUSELLE.
Untuk kali ini, saya akan bercerita berkenaan krim malamnya iaitu Nutriwhite Overnight Renewal Whitening Cream. Fuh.. panjang tul nama dia. Tapi bukan nama je panjang, jangka hayat cream ni pun panjang. Lambat habis. Jimat banyak la kan?


JIKA KAU FIKIRKAN KAU BOLEH, KAU MEMANG BOLEH!

18:37 0 Comments A+ a-


Zaman 80-90an dulu selalu keluar lagu-lagu patriotik dalam tv, ingat tak? Macam-macam lagu ada. Bahtera Merdeka.. Sejahtera Malaysia..  Sampai semua hafal la lagu-lagu tu. Dalam banyak-banyak lagu, lagu Fikirkan Boleh memang champion. Sebab rentak dia rancak & memang senang nak ingat. Kita masa tu kan masih sekolah. Kalau ada kem-kem motivasi, lagu ni memang glamer untuk naikkan semangat pelajar. Sampai la sekarang lagu ni jadi feveret untuk naikkan semangat. Sesiapa yang dengar kompem rasa teruja giteww... Jom kita layan lagu nih.

BISNES APA YANG BEST? SAYA DAH JUMPA BISNES MENGUNTUNGKAN TANPA RISIKO DAN MENYENANGKAN

17:08 0 Comments A+ a-



Duluuuu..... masa berfikir-fikir nak bisnes, cik abe ada pesan. Buat bisnes tu dia lebih suka bisnes yang nampak produknya.. nampak barangnya... bukan setakat atas angin... hanya cerita hari-hari duit masuk account. Duit dari celah mana pun tak tau la datangnya tu.

KERJA DI RUMAH SEBAGAI PENGEDAR SHAKLEE BERPENDAPATAN SEHINGGA 5 ANGKA SEBULAN

15:50 0 Comments A+ a-

Sejak dahulu saya begitu skeptikal dengan pendapatan bisnes dari rumah. Sampai la saya berkenalan dengan Shaklee dan menyelami dunia bisnes dari rumah ini. Sehingga saya bergerak aktif dengan bisnes dari rumah sebagai pengedar Shaklee yang aktif. Dan sejak itu perspektif kerja dari rumah saya mula berubah.


Teruskan membaca jika anda:

+ Mencari kerja dari rumah yang fleksibel.
+ Baru berhenti kerja.
+ Kerja suami sudah tidak selamat.
+ Mencari kerja part time yang menguntungkan.
+ Mencari kerjaya baru yang bebas masa dan pendapatan tanpa had.

KENALI PUNCA JERAGAT DAN CARA MENGHILANGKAN JERAGAT DEGIL DENGAN CEPAT DAN BERKESAN. TANPA BAHAN KIMIA!

18:03 1 Comments A+ a-

Jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat selain menjejaskan penampilan.

Jeragat ialah tompokan berwarna coklat, atau coklat gelap atau kelihatan coklat yang pudar. Jeragat sering terjadi kepada wanita dan agak jarang terjadi kepada lelaki. Jeragat sering terjadi di bahagian atas pipi, atas bibir, dahi dan dagu. Jeragat kerap terjadi kepada wanita yang mengandung dan ianya di panggil Chloasma.

hilangkan jeragat

DELEGASI CIK PIYADA KE MAKASSAR, SULAWESI SELATAN INDONESIA. YUK JALAN-JALAN!

16:37 0 Comments A+ a-


Dah 4 tahun rasanya Pak Usu Haziq belajar di Makassar, Indonesia. Tapi tak pernah jejak kaki kat sana. Dalam hati tanam angan-angan nak jalan-jalan ke sana masa dia konvo nanti. Kumpul rupiah dulu la... hahaha.

Tup-tup atok Cik Piyada ajak ke sana sebab nak tengok Pak Usu Haziq yang masuk wad hari tu sebab kena jangkitan kuman.

Pucuk di cita ulam mendatang la. Best juga tu. Sesekali kita bercuti, bagi ayah pula take over hero-hero kat rumah tu apa salahnya kan... asyik ibu je kena tinggal. Hahaha... 

Lagi pun ibu tau, ni antara agenda ayah nak beli jiwa ibu la tu.. sebab ayah nak pergi tengok konsert pakcik-pakcik Scorpion hujung bulan nanti. See... i can read your heart la bebeh! Heee...

Masa gerak ke Makassar pun Pak Usu Haziq dah keluar wad. So dari agenda melawat orang sakit, bertukar pula jadi orang sakit yang dah sihat bawa delegasi Cik Piyada jalan-jalan shopping kat Makassar. 

Disebabkan ni trip pertama Cik Piyada & ibu jauh dari ayah, ibu rasa nak dokumentarikan journey kita ni untuk kenang-kenangan. Nak tunggu stesen televisyen buat dokumentari untuk kita? Nan hado la... siapo la kito.. bukan hartis pun. 

Hari Pertama : 19 Oktober 2016


Delegasi Cik Piyada gerak dari rumah atok dalam kul 2.30 pagi. Ayah & abang-abang Cik Piyada hantar. Flight pukul 7.55 pagi.. sampai KLIA dalam pukul 5 lebih. So tak la rushing sangat nak check in.

First time tu nak tinggal hero-hero kecik pergi berfoya-foya. Berat jugak la hati ni. Paling sedih bila babai-babai tu tengok abang Syahmi nangis. Alahai... sedih wooo.. dia hero paling manja dengan ibu. Tidur pun nak berpeluk dengan ibu lagi. Babai hero-heroku.. nanti ibu balik eh. Bagi la can ibu hoye-hoye kejap. Ahaks!

Alhamdulillah flight lancar jer. Tak ada delay. Jem pun tak ;) . Flight landing pukul 11 pagi. Awal 10 minit dari ETA. Tunggu Pak Usu Haziq then terus ke rumah penginapan. Masuk bilik, regang-regangkan otot dulu. Cik Piyada? Dari dalam kereta lagi dah terbungkang tidur. Ibu letak atas katil pun tak sedar. Penat sangat la tu.

Tempat beradu sepanjang di Makassar. Pondok Mega Pratama di Bumi Tamalanrea Permai

Tiba-tiba pukul 3 petang dengar azan. Aik? Rupanya kat Makassar ni waktunya cepat sejam dari Malaysia. Terkezut ai azan asar pukul 3 petang. Ops! Kat sini waktunya cepat 1 jam dari Semenanjung Malaysia. So tak payah ubah-ubah jam tu. Bangun jer pukul 4.30 pagi nanti solat subuh. Jam diorang sama macam Malaysia. Hehe...

Sebelah malamnya tak ada aktiviti sangat. Just keluar makan di kedai dekat-dekat jer, balik bilik semula caj tenaga nak jalan-jalan esok. Di Makassar ni pukul 10.30 malam dah mula sunyi. Almaklum la subuh awal..

Hari Kedua : 20 Oktober 2016


Lepas subuh landing semula. Tengok jam pukul 5.30 pagi. Tapi kat luar dah start cerah. Sebelum 6 pagi dah terang benderang. 

Pagi pertama di Makassar. 5.53 pagi.

Agenda hari ni? Jalan-jalan tanpa Pak Usu Haziq sebab dia ada kelas. Walaupun dia tak bagi kami keluar sebab tak biasa dengan tempat ni, tapi atok Cik Piyada relax jer keluar juga. Minta pihak rumah penginapan carikan teksi. Ini yang bestnye ngan atok Cik Piyada ni. Sempoi jer. Chill! Maaf yer pak usu.. kitorang gerak dulu. Peace!

Alhamdulillah, kami dapat driver teksi yang banyak info pasal Makassar. Nama dia Sunandar. Muda lagi orangnya. Macam-macam cerita sejarah pasal Makassar yang keluar sepanjang jalan. Ada yang paham, ada jugak tak paham. Dengar je lah...

Bila berjemur bawah panas jangan lupa pakai Ultimate Protection Whitening Lotion yer. 

Lokasi pertama kami adalah ke Jalan Sombu Opu. Suasananya macam sekitar Jalan TAR kalau di Malaysia. Kat sini banyak oi kedai emas. Sepanjang jalan kedai emas saja. Tapi tak masuk la kedai emas tu. Bukan dalam agenda. Kat sini juga banyak kedai barang-barang cenderahati buatan penduduk Makassar ni. Daripada keychain sampai la ke songket tenun Makassar. Kain songket tenun ni cantik-cantik tau. Sesuai la kalau nak buat ole-ole balik ke Malaysia. Harganya pun berbaloi. 

Jauh juga jalan-jalan sepanjang Jalan Sombu Opu ni. Masa nak patah balik, kami selusur tepi Pantai Losari. Dekat jer dengan Jalan Sombu Opu. Ambil angin pantai gitu. Pantainya tak boleh mandi. Buat tempat bersiar-siar tu ok la. Kami kan pelancong... hehe.

Cik Piyada bersama atoks.

Rezeki kami agaknya, masa jalan-jalan tu terserempak (sebab tak ingat lokasi) dengan kedai yang mak mentua pernah pergi sebelum ni. Toko Keradjinan. Harganya pun lebih murah berbanding kedai lain. Terus la check in situ. Shopping ler apa lagi. Berpinar biji mata ni pilih kain. Lama la jugak ayah mentua bertapa tunggu kaum wanita ni memilih barang. Ayah mentua saya memang cool orangnya ;). Siap shopping ngam-ngam timing janji dengan driver teksi yang hantar kami tadi. Terus balik rumah penginapan. Kaki penat oii! 

Sebelah petangnya cadang nak ke rumah sewa Pak Usu Haziq. So petang tu kami tunggu pak usu habis kelas. Then tunggu pete-pete depan rumah penginapan. First time tu naik pete-pete. Excited pun ada! 

Ni ha rupa pete-pete. Rp4000 sekali naik.
Bergambar depan rumah sewa pak usu haziq. 

Malamnya pula Pak Usu Haziq dan kawannya Hanan bawa kami makan di satu restoran ni. Boleh tahan jugak makanan kat situ. Cuma part nak order air tu yang pening sikit. Teh dia rasa macam herba sikit. Susah jugak la nak telan mula-mula tu. Nak selamat, order air buah. Kompem sama jer rasanya, cuma lebih pekat. 

Badan penat jalan-jalan, kita telan ostematrix & vitamin c dulu sebelum tidur. Recharge! Cik Piyada pun ada bekal vitamin c dia. Pastikan Shaklee yer.. :)

Hari Ketiga : 21 Oktober 2016


Sebelun jalan-jalan kita sapu herbal blend yer Cik Piyada. Elak ruam.

Hari ni Pak Usu Haziq & aunty Wahida akan bawa delegasi Cik Piyada pusing-pusing sekitar Makassar. Pak usu sewa kereta. Senang sikit nak jalan-jalan kan. Kadar sewa kereta avanza Rp300,000, lebih kurang RM100 duit kita. Sepanjang di Makassar ni, apa yang kami perasan, kebanyakan penduduk dia pakai kereta besar-besar. Macam Avanza tu. Jarang la nampak orang sana pakai kereta sedan, banyak MPV. Kalau ada pun teksi. Kereta kecil macam Axia ker.. Kancil ker... memang susah nak jumpa. 

Lokasi pertama hari ni ke Toko Keradjinan yang kami pergi semalam. Mak mentua nak tukar barang sikit. Tapi kalau dah sampai tu bukan takat tukar barang la, tambah barang sekali. Sekali dengan diri ini terjebak. Hahaha... So lepas dapat barang sikit, terus lari ke tepi. Takut terbeli lagi! 

Setelah rupiah dalam poket berkurangan, kami ke satu kedai berhadapan Pantai Losari untuk cari Pisang Ijo. Orang cakap Pisang Ijo ni adalah antara makanan yang terkenal di Makassar. So kena la cuba rasa, ye tak? Kat Malaysia tak ada tau.

Pisang Ijo

Ni la rupa pisang ijo. Yang warna hijau tu adalah pisang yang macam dibalut dengan tepung pulut atau tepung ubi. Sebab tekstur dia macam kenyal-kenyal sikit. Yang putih tu pula rasa macam bubur sum / kuih tepung bungkus. Lemak-lemak masin sikit. Atasnya diletak ais kisar. Yang merah tu sirapnya. On top di siram dengan susu pekat. 

Singgah semata-mata nak rasa Pisang Ijo. Hehe..


Rasanya? manisssssss... Hahaha... mula-mula ingat sebab tak hancurkan semua ais tu. Tapi bila dah kacau semua, tetap rasa manis. Ni bukan tahap potong kaki lagi. Tahap potong tengkuk kot. Ehek! Tak tau la kalau lain kedai lain tahap manisnya kan. So, hakak minta air mineral (orang sana panggil air aqua). Hakak ni memang manis orangnya, tapi tak makan manis-manis sangat. Cia cia cia!!!


Masjid Raya Makassar. Gambar Ihsan Google.
Selepas memaniskan anak tekak, Pak Usu Haziq bawa delegasi Cik Piyada ke salah satu masjid yang cantik di Makassar ni. Masjid Raya Makassar. Besar masjid ni. Cantik sangat. Serius kagum tengok masjid ni. Nampak gah. Nampak mewah. Dalam masjid ni ada Al-Quran gergasi. Diletak dalam kotak cermin di ruang solat  Kat masjid ni siap ada tukang jaga kasut kita tau. Tapi berbayar la. Hehe... 

Cik Piyada dan atok bergambar dengan al-quran gergasi.

Cik Piyada sempat memerut dalam masjid ni. Tu tanda apa? Haaa... dia nak datang lagi la tu. 

1..2..3.. Go!

Lokasi seterusnya? Dapur Kepiting! Delegasi Cik Piyada berdinner di sini. Menu special di sini adalah ketamnya. Macam-macam ketam ada depan kedai ni sambut kita. Tunggu kita nak ngap dia. Kami makan softshell crab sebab boleh ngap semua sekali. Tak la membazir kulitnya ye tak? Kih kih..

Fuh.. Kenyang! Nasib baik sempat snap gambar ni masa tengah makan. Awal-awal tadi lupa. Nampak makanan terus terkam. 

Di Dapur Kepiting ok la kalau nak bawa family makan-makan kat sini. Selesa tempatnya. Siap ada tempat aircond & terbuka. Delegasi Cik Piyada ni haruslah pilih tempat aircond sebab kebanyakan kedai makan di Makassar ni tak ada aircond. Kipas siling pun tak ada. Habis la lelemak ibu CIk Piyada cair selama kat Makassar ni. Mesti orang-orang di Makassar ni dah kebal dengan panas kan? Sini kan pulau. Cuacanya boleh tahan panas la juga. Tapi susah nak jumpa kipas. Orang makassar ni memang hebat la!

Hari Keempat : 22 Oktober 2016


Cik Piyada di hadapan rumah penginapan dah siap nak jalan-jalan.

Antara agenda hari ni adalah pusing-pusing dalam kawasan Universiti Hasanuddin, Pasar Butung dan Pantai Losari, again! Hehe..

ATM pandu lalu.

Terkagum kejap tengok ATM pandu lalu nih. Kat Malaysia tak pernah jumpa oi. Hahaha...

Destinasi pertama hari ni adalah Universiti Hasanuddin (UNHAS). Tempat Pak Usu Haziq belajar. Pejam celik dah 4 tahun dah pak usu kat sini. Kejap jer masa berlalu. 

Suasana dalam kawasan UNHAS redup jer. Banyak pokok besar-besar. Ingat dulu kat UITM Shah Alam jer banyak pokok. Sini laaaaagi banyak. Walaupun cuaca panas, tapi tak rasa bahang panas tu sebab pokok besar-besar belaka. Jadi payung dalam kampus ni. Tengok bangunan-bangunan di UNHAS ni dah boleh nampak la ni antara universiti paling veteren kat Makassar ni. 

Di hadapan Fakultas Kedokteran UNHAS.

Leka Cik Piyada tengok ikan-ikan ni berenang. Gemuk-gemuk ikannya.

Macam-macam cara ibu buat nak Cik Piyada senyum depan kamera. Tapi mahal juga senyumnya.

Pusing dalam UNHAS ni kejap jer. Tengok-tengok kawasan dalam tu. Kalau ada tempat shopping lama la singgah kot. Hehe..

Persinggahan seterusnya adalah di MTC Karebosi. Sini banyak jual kain lace murah-murah. Bikin hati kakak manis cairr jugak... Langsir ready made pun banyak. Cantik-cantik dan tebal kain dia. Tapi ku hanya mampu membuat lintas hormat sahaja. Berat oi nak bawak balik langsir. Panjangnya pun tak sure ok ke dengan pintu rumah sebab dah ready made. So kita buat lintas hormat jer sayang-sayang yer. Kita tuju terus ke satu kedai ni yang dengarnya ada kain lace murah. :)

Satu meter Rp35,000. Ok tak?

Macam biasa, dapat barang idaman hati, tunggu tepi. Takut terbeli lagi. Adoyai! Kita simpan rupiah untuk destinasi seterusnya di Pasar Butung.

Suasana di dalam Pasar Butung. Maaf la kabur sikit. Sambil dukung Cik Piyada.

Kain sarung dan kain batik 5 helai Rp100,000. 

Sambil tunggu pak usu. Lega tangan kejap dapat pass Cik Piyada ke aunty Wahida.

Huih! Memang boleh juling la bijik mata kat Pasar Butung ni. Macam-macam ada. Harga pun murah-murah. Sesiapa yang ke Makassar ni wajib datang sini!

Selesai di Pasar Butung, delegasi Cik Piyada singgah solat di Masjid Amirul Mukminin. Masjid ni terletak di atas laut Makassar, di Pantai Losari. Cantik masjid ni. Comel jer. Masjid ni dibina berhampiran dataran Makassar. Lokasinya memang sangat sesuai jika ada apa-apa acara di dataran tu, orang ramai ada tempat solat yang selesa.

Masjid Amirul Mukminin

Cik Piyada dan atoks di dataran Makassar

Di dataran ni menjadi tempat untuk penduduk dan pelancong bersantai-santai sambil melayan angin laut. Walaupun cuaca panas tapi berangin. Tepi laut katakan...

Pemandangan dari Masjid Amirul Mukminin. Dari jauh nampak jambatan baru dalam pembinaan.
Dan kembong perut makan angin tepi laut, perut dah berdayang senandung. Terus cari kedai makan untuk dinner terus. Kali niPak Usu Haziq pilih nak makan roti canai. Tekak rindu Malaysia lettew...

Kedai Malindo di Jalan Landak Baru ni adalah satu-satunya kedai yang ada roti canai wei! Masuk jer ruang kedai terus hidung ni bau Malaysia. Hahahaha... teruk naw naw... dah macam 5 tahun keluar Malaysia. Padahal baru berapa hari jer. Nasib la belajar dalam negara. Kalau tak, mesti dah meleleh air mata sambil makan roti canai. Macam aunty wahida kita satu ketika dahulu... Haish! Mamak-mamak Malaysia ni tak nak bukak cawangan kat sini ker. Hehe..

Roti Kosong Rp7000 kuah harga asing + teh tarik yummeh!

Perut dah kenyang, kaki dah lenguh. Apa lagi, masa untuk pulang ke pengkalan la. Tapi sebelum tu Pak Usu Haziq bawa kami singgah ke satu pasaraya yang dia selalu beli jajan untuk bawa balik ke Malaysia. Murah-murah juga jajan kat situ. Capai juga la sikit buat ada-ada... 

Cik Piyada yang pantang tengok jajan. Kalau ada abang-abang dia memang kering la ibu. Hehe..

Hari Kelima : 23 Oktober 2016


Tiba la hari untuk berangkat kembali ke Malaysia. Sedih ke? Excited kot... hahaha... almaklum la ramai kesayangan hamba yang sedang menanti di rumah tu. 

Flight pukul 11.55 pagi. Lepas sarapan, terus ke airport. Sampai awal tak de la nak rushing sangat.
 
Bye-bye! Cik Piyada nak balik dah.. :)


Sehingga ketemu lagi ya! :)