DELEGASI CIK PIYADA KE MAKASSAR, SULAWESI SELATAN INDONESIA. YUK JALAN-JALAN!

16:37 0 Comments A+ a-


Dah 4 tahun rasanya Pak Usu Haziq belajar di Makassar, Indonesia. Tapi tak pernah jejak kaki kat sana. Dalam hati tanam angan-angan nak jalan-jalan ke sana masa dia konvo nanti. Kumpul rupiah dulu la... hahaha.

Tup-tup atok Cik Piyada ajak ke sana sebab nak tengok Pak Usu Haziq yang masuk wad hari tu sebab kena jangkitan kuman.

Pucuk di cita ulam mendatang la. Best juga tu. Sesekali kita bercuti, bagi ayah pula take over hero-hero kat rumah tu apa salahnya kan... asyik ibu je kena tinggal. Hahaha... 

Lagi pun ibu tau, ni antara agenda ayah nak beli jiwa ibu la tu.. sebab ayah nak pergi tengok konsert pakcik-pakcik Scorpion hujung bulan nanti. See... i can read your heart la bebeh! Heee...

Masa gerak ke Makassar pun Pak Usu Haziq dah keluar wad. So dari agenda melawat orang sakit, bertukar pula jadi orang sakit yang dah sihat bawa delegasi Cik Piyada jalan-jalan shopping kat Makassar. 

Disebabkan ni trip pertama Cik Piyada & ibu jauh dari ayah, ibu rasa nak dokumentarikan journey kita ni untuk kenang-kenangan. Nak tunggu stesen televisyen buat dokumentari untuk kita? Nan hado la... siapo la kito.. bukan hartis pun. 

Hari Pertama : 19 Oktober 2016


Delegasi Cik Piyada gerak dari rumah atok dalam kul 2.30 pagi. Ayah & abang-abang Cik Piyada hantar. Flight pukul 7.55 pagi.. sampai KLIA dalam pukul 5 lebih. So tak la rushing sangat nak check in.

First time tu nak tinggal hero-hero kecik pergi berfoya-foya. Berat jugak la hati ni. Paling sedih bila babai-babai tu tengok abang Syahmi nangis. Alahai... sedih wooo.. dia hero paling manja dengan ibu. Tidur pun nak berpeluk dengan ibu lagi. Babai hero-heroku.. nanti ibu balik eh. Bagi la can ibu hoye-hoye kejap. Ahaks!

Alhamdulillah flight lancar jer. Tak ada delay. Jem pun tak ;) . Flight landing pukul 11 pagi. Awal 10 minit dari ETA. Tunggu Pak Usu Haziq then terus ke rumah penginapan. Masuk bilik, regang-regangkan otot dulu. Cik Piyada? Dari dalam kereta lagi dah terbungkang tidur. Ibu letak atas katil pun tak sedar. Penat sangat la tu.

Tempat beradu sepanjang di Makassar. Pondok Mega Pratama di Bumi Tamalanrea Permai

Tiba-tiba pukul 3 petang dengar azan. Aik? Rupanya kat Makassar ni waktunya cepat sejam dari Malaysia. Terkezut ai azan asar pukul 3 petang. Ops! Kat sini waktunya cepat 1 jam dari Semenanjung Malaysia. So tak payah ubah-ubah jam tu. Bangun jer pukul 4.30 pagi nanti solat subuh. Jam diorang sama macam Malaysia. Hehe...

Sebelah malamnya tak ada aktiviti sangat. Just keluar makan di kedai dekat-dekat jer, balik bilik semula caj tenaga nak jalan-jalan esok. Di Makassar ni pukul 10.30 malam dah mula sunyi. Almaklum la subuh awal..

Hari Kedua : 20 Oktober 2016


Lepas subuh landing semula. Tengok jam pukul 5.30 pagi. Tapi kat luar dah start cerah. Sebelum 6 pagi dah terang benderang. 

Pagi pertama di Makassar. 5.53 pagi.

Agenda hari ni? Jalan-jalan tanpa Pak Usu Haziq sebab dia ada kelas. Walaupun dia tak bagi kami keluar sebab tak biasa dengan tempat ni, tapi atok Cik Piyada relax jer keluar juga. Minta pihak rumah penginapan carikan teksi. Ini yang bestnye ngan atok Cik Piyada ni. Sempoi jer. Chill! Maaf yer pak usu.. kitorang gerak dulu. Peace!

Alhamdulillah, kami dapat driver teksi yang banyak info pasal Makassar. Nama dia Sunandar. Muda lagi orangnya. Macam-macam cerita sejarah pasal Makassar yang keluar sepanjang jalan. Ada yang paham, ada jugak tak paham. Dengar je lah...

Bila berjemur bawah panas jangan lupa pakai Ultimate Protection Whitening Lotion yer. 

Lokasi pertama kami adalah ke Jalan Sombu Opu. Suasananya macam sekitar Jalan TAR kalau di Malaysia. Kat sini banyak oi kedai emas. Sepanjang jalan kedai emas saja. Tapi tak masuk la kedai emas tu. Bukan dalam agenda. Kat sini juga banyak kedai barang-barang cenderahati buatan penduduk Makassar ni. Daripada keychain sampai la ke songket tenun Makassar. Kain songket tenun ni cantik-cantik tau. Sesuai la kalau nak buat ole-ole balik ke Malaysia. Harganya pun berbaloi. 

Jauh juga jalan-jalan sepanjang Jalan Sombu Opu ni. Masa nak patah balik, kami selusur tepi Pantai Losari. Dekat jer dengan Jalan Sombu Opu. Ambil angin pantai gitu. Pantainya tak boleh mandi. Buat tempat bersiar-siar tu ok la. Kami kan pelancong... hehe.

Cik Piyada bersama atoks.

Rezeki kami agaknya, masa jalan-jalan tu terserempak (sebab tak ingat lokasi) dengan kedai yang mak mentua pernah pergi sebelum ni. Toko Keradjinan. Harganya pun lebih murah berbanding kedai lain. Terus la check in situ. Shopping ler apa lagi. Berpinar biji mata ni pilih kain. Lama la jugak ayah mentua bertapa tunggu kaum wanita ni memilih barang. Ayah mentua saya memang cool orangnya ;). Siap shopping ngam-ngam timing janji dengan driver teksi yang hantar kami tadi. Terus balik rumah penginapan. Kaki penat oii! 

Sebelah petangnya cadang nak ke rumah sewa Pak Usu Haziq. So petang tu kami tunggu pak usu habis kelas. Then tunggu pete-pete depan rumah penginapan. First time tu naik pete-pete. Excited pun ada! 

Ni ha rupa pete-pete. Rp4000 sekali naik.
Bergambar depan rumah sewa pak usu haziq. 

Malamnya pula Pak Usu Haziq dan kawannya Hanan bawa kami makan di satu restoran ni. Boleh tahan jugak makanan kat situ. Cuma part nak order air tu yang pening sikit. Teh dia rasa macam herba sikit. Susah jugak la nak telan mula-mula tu. Nak selamat, order air buah. Kompem sama jer rasanya, cuma lebih pekat. 

Badan penat jalan-jalan, kita telan ostematrix & vitamin c dulu sebelum tidur. Recharge! Cik Piyada pun ada bekal vitamin c dia. Pastikan Shaklee yer.. :)

Hari Ketiga : 21 Oktober 2016


Sebelun jalan-jalan kita sapu herbal blend yer Cik Piyada. Elak ruam.

Hari ni Pak Usu Haziq & aunty Wahida akan bawa delegasi Cik Piyada pusing-pusing sekitar Makassar. Pak usu sewa kereta. Senang sikit nak jalan-jalan kan. Kadar sewa kereta avanza Rp300,000, lebih kurang RM100 duit kita. Sepanjang di Makassar ni, apa yang kami perasan, kebanyakan penduduk dia pakai kereta besar-besar. Macam Avanza tu. Jarang la nampak orang sana pakai kereta sedan, banyak MPV. Kalau ada pun teksi. Kereta kecil macam Axia ker.. Kancil ker... memang susah nak jumpa. 

Lokasi pertama hari ni ke Toko Keradjinan yang kami pergi semalam. Mak mentua nak tukar barang sikit. Tapi kalau dah sampai tu bukan takat tukar barang la, tambah barang sekali. Sekali dengan diri ini terjebak. Hahaha... So lepas dapat barang sikit, terus lari ke tepi. Takut terbeli lagi! 

Setelah rupiah dalam poket berkurangan, kami ke satu kedai berhadapan Pantai Losari untuk cari Pisang Ijo. Orang cakap Pisang Ijo ni adalah antara makanan yang terkenal di Makassar. So kena la cuba rasa, ye tak? Kat Malaysia tak ada tau.

Pisang Ijo

Ni la rupa pisang ijo. Yang warna hijau tu adalah pisang yang macam dibalut dengan tepung pulut atau tepung ubi. Sebab tekstur dia macam kenyal-kenyal sikit. Yang putih tu pula rasa macam bubur sum / kuih tepung bungkus. Lemak-lemak masin sikit. Atasnya diletak ais kisar. Yang merah tu sirapnya. On top di siram dengan susu pekat. 

Singgah semata-mata nak rasa Pisang Ijo. Hehe..


Rasanya? manisssssss... Hahaha... mula-mula ingat sebab tak hancurkan semua ais tu. Tapi bila dah kacau semua, tetap rasa manis. Ni bukan tahap potong kaki lagi. Tahap potong tengkuk kot. Ehek! Tak tau la kalau lain kedai lain tahap manisnya kan. So, hakak minta air mineral (orang sana panggil air aqua). Hakak ni memang manis orangnya, tapi tak makan manis-manis sangat. Cia cia cia!!!


Masjid Raya Makassar. Gambar Ihsan Google.
Selepas memaniskan anak tekak, Pak Usu Haziq bawa delegasi Cik Piyada ke salah satu masjid yang cantik di Makassar ni. Masjid Raya Makassar. Besar masjid ni. Cantik sangat. Serius kagum tengok masjid ni. Nampak gah. Nampak mewah. Dalam masjid ni ada Al-Quran gergasi. Diletak dalam kotak cermin di ruang solat  Kat masjid ni siap ada tukang jaga kasut kita tau. Tapi berbayar la. Hehe... 

Cik Piyada dan atok bergambar dengan al-quran gergasi.

Cik Piyada sempat memerut dalam masjid ni. Tu tanda apa? Haaa... dia nak datang lagi la tu. 

1..2..3.. Go!

Lokasi seterusnya? Dapur Kepiting! Delegasi Cik Piyada berdinner di sini. Menu special di sini adalah ketamnya. Macam-macam ketam ada depan kedai ni sambut kita. Tunggu kita nak ngap dia. Kami makan softshell crab sebab boleh ngap semua sekali. Tak la membazir kulitnya ye tak? Kih kih..

Fuh.. Kenyang! Nasib baik sempat snap gambar ni masa tengah makan. Awal-awal tadi lupa. Nampak makanan terus terkam. 

Di Dapur Kepiting ok la kalau nak bawa family makan-makan kat sini. Selesa tempatnya. Siap ada tempat aircond & terbuka. Delegasi Cik Piyada ni haruslah pilih tempat aircond sebab kebanyakan kedai makan di Makassar ni tak ada aircond. Kipas siling pun tak ada. Habis la lelemak ibu CIk Piyada cair selama kat Makassar ni. Mesti orang-orang di Makassar ni dah kebal dengan panas kan? Sini kan pulau. Cuacanya boleh tahan panas la juga. Tapi susah nak jumpa kipas. Orang makassar ni memang hebat la!

Hari Keempat : 22 Oktober 2016


Cik Piyada di hadapan rumah penginapan dah siap nak jalan-jalan.

Antara agenda hari ni adalah pusing-pusing dalam kawasan Universiti Hasanuddin, Pasar Butung dan Pantai Losari, again! Hehe..

ATM pandu lalu.

Terkagum kejap tengok ATM pandu lalu nih. Kat Malaysia tak pernah jumpa oi. Hahaha...

Destinasi pertama hari ni adalah Universiti Hasanuddin (UNHAS). Tempat Pak Usu Haziq belajar. Pejam celik dah 4 tahun dah pak usu kat sini. Kejap jer masa berlalu. 

Suasana dalam kawasan UNHAS redup jer. Banyak pokok besar-besar. Ingat dulu kat UITM Shah Alam jer banyak pokok. Sini laaaaagi banyak. Walaupun cuaca panas, tapi tak rasa bahang panas tu sebab pokok besar-besar belaka. Jadi payung dalam kampus ni. Tengok bangunan-bangunan di UNHAS ni dah boleh nampak la ni antara universiti paling veteren kat Makassar ni. 

Di hadapan Fakultas Kedokteran UNHAS.

Leka Cik Piyada tengok ikan-ikan ni berenang. Gemuk-gemuk ikannya.

Macam-macam cara ibu buat nak Cik Piyada senyum depan kamera. Tapi mahal juga senyumnya.

Pusing dalam UNHAS ni kejap jer. Tengok-tengok kawasan dalam tu. Kalau ada tempat shopping lama la singgah kot. Hehe..

Persinggahan seterusnya adalah di MTC Karebosi. Sini banyak jual kain lace murah-murah. Bikin hati kakak manis cairr jugak... Langsir ready made pun banyak. Cantik-cantik dan tebal kain dia. Tapi ku hanya mampu membuat lintas hormat sahaja. Berat oi nak bawak balik langsir. Panjangnya pun tak sure ok ke dengan pintu rumah sebab dah ready made. So kita buat lintas hormat jer sayang-sayang yer. Kita tuju terus ke satu kedai ni yang dengarnya ada kain lace murah. :)

Satu meter Rp35,000. Ok tak?

Macam biasa, dapat barang idaman hati, tunggu tepi. Takut terbeli lagi. Adoyai! Kita simpan rupiah untuk destinasi seterusnya di Pasar Butung.

Suasana di dalam Pasar Butung. Maaf la kabur sikit. Sambil dukung Cik Piyada.

Kain sarung dan kain batik 5 helai Rp100,000. 

Sambil tunggu pak usu. Lega tangan kejap dapat pass Cik Piyada ke aunty Wahida.

Huih! Memang boleh juling la bijik mata kat Pasar Butung ni. Macam-macam ada. Harga pun murah-murah. Sesiapa yang ke Makassar ni wajib datang sini!

Selesai di Pasar Butung, delegasi Cik Piyada singgah solat di Masjid Amirul Mukminin. Masjid ni terletak di atas laut Makassar, di Pantai Losari. Cantik masjid ni. Comel jer. Masjid ni dibina berhampiran dataran Makassar. Lokasinya memang sangat sesuai jika ada apa-apa acara di dataran tu, orang ramai ada tempat solat yang selesa.

Masjid Amirul Mukminin

Cik Piyada dan atoks di dataran Makassar

Di dataran ni menjadi tempat untuk penduduk dan pelancong bersantai-santai sambil melayan angin laut. Walaupun cuaca panas tapi berangin. Tepi laut katakan...

Pemandangan dari Masjid Amirul Mukminin. Dari jauh nampak jambatan baru dalam pembinaan.
Dan kembong perut makan angin tepi laut, perut dah berdayang senandung. Terus cari kedai makan untuk dinner terus. Kali niPak Usu Haziq pilih nak makan roti canai. Tekak rindu Malaysia lettew...

Kedai Malindo di Jalan Landak Baru ni adalah satu-satunya kedai yang ada roti canai wei! Masuk jer ruang kedai terus hidung ni bau Malaysia. Hahahaha... teruk naw naw... dah macam 5 tahun keluar Malaysia. Padahal baru berapa hari jer. Nasib la belajar dalam negara. Kalau tak, mesti dah meleleh air mata sambil makan roti canai. Macam aunty wahida kita satu ketika dahulu... Haish! Mamak-mamak Malaysia ni tak nak bukak cawangan kat sini ker. Hehe..

Roti Kosong Rp7000 kuah harga asing + teh tarik yummeh!

Perut dah kenyang, kaki dah lenguh. Apa lagi, masa untuk pulang ke pengkalan la. Tapi sebelum tu Pak Usu Haziq bawa kami singgah ke satu pasaraya yang dia selalu beli jajan untuk bawa balik ke Malaysia. Murah-murah juga jajan kat situ. Capai juga la sikit buat ada-ada... 

Cik Piyada yang pantang tengok jajan. Kalau ada abang-abang dia memang kering la ibu. Hehe..

Hari Kelima : 23 Oktober 2016


Tiba la hari untuk berangkat kembali ke Malaysia. Sedih ke? Excited kot... hahaha... almaklum la ramai kesayangan hamba yang sedang menanti di rumah tu. 

Flight pukul 11.55 pagi. Lepas sarapan, terus ke airport. Sampai awal tak de la nak rushing sangat.
 
Bye-bye! Cik Piyada nak balik dah.. :)


Sehingga ketemu lagi ya! :)