RAMAI ORANG NAK TINGKATKAN PENDAPATAN TAPI TAK TAU BAGAIMANA. SAYA TUNJUK CARANYA. BISNES!

03:28 0 Comments A+ a-

Alhamdulillah closing September hari tu dengan rasa syukur... bulan ke 2 aktif bisnes shaklee nampak peningkatan banyak. 😊

Kalau bulan sebelumnya bonus 2 angka jer.. tapi kali ni In Syaa Allah 3 angka. Mudah-mudahan 4 angka bulan oktober ni. Amin... 😊

Macam tu la dalam bisnes. Banyak usaha In Syaa Allah banyak hasilnya. Allah dah janji macam tu kan. Kita cuba yang terbaik, doa & tawakal pada Dia. Sesungguhnya rezeki kita Dia yang pegang.

Dalam ekonomi makin gawat ni tak boleh bergantung pada gaji yang bos bagi semata-mata. Dia pun banyak tanggungan. Banyak poket dia nak isi. Poket dia pun kena jaga jugak. Betul tak? Jadi bila kita dah sign surat tawaran kerja tu, terima lah seadaanya. Hujung bulan jangan mengadu gaji tak cukup la apa la. Sebab yang itu kita dah setuju. Banyak mana pun kita buat, bulan-bulan tetap sama.

So bergantung pada kita cara nak tingkatkan pendapatan. Selagi kita buat kerja hakiki. Pada yang dah memang tak bekerja a.k.a surirumah@surarumah, jangan sedih. Fikir positif. Ini peluang anda untuk fokus bisnes 100%!

Status surirumah bukan lagi penghalang untuk mendapat pendapatan yang lumayan


Mungkin ramai yang fikir tak pandai bisnes. Susah la buat bisnes. Tak pandai bisnes.

Soalan saya, baby lahir terus pandai berjalan ke? Tak kan? Tapi baby tetap cuba berdiri & berjalan walaupun banyak kali jatuh. Lama-lama laju dia berlari.


Dengan berkat kesungguhan dan bimbingan dari orang yang betul, kita juga boleh berjaya.

Sama juga macam kita. Macam saya. Saya pun tak pandai bisnes. Tapi kita belajar. Cari orang yang boleh tunjuk ajar. Yang boleh bimbing kita. Jangan duduk diam jer. Kata nak kaya dan berjaya. Kalau la rebus buku dan minum airnya dah boleh hebat, semua orang dah ada phD. 😅

"Alah.. susah la bisnes ni. Kena jual barang. Kena cari customer. Modal lagi. Cakap senang la..."

Sayangku... pak cik jual cendol tepi jalan tu pun tak senang tau. Pagi-pagi dah bangun nak masak cendol ngan air gula bagai. Tapi tetap tak give up. Siap berpanas berhujan lagi. Sebab apa? Sebab dia tau itu jalan rezeki dia. Banyak dia jual banyak la income dia.

So kita ni? Belum start dah mengalah. Awal-awal dah set dalam otak ni tak boleh buat. Kalau la baby dah set otak macam kita yang tua ni, memang tak berjalan sampai sudah la budak tu.

Stop mengeluh dan mengadu. Harga barang memang akan sentiasa naik walaupun kita berguling-guling atas jalan. Ikut cara nabi. Berniaga. Bisnes. Nabi dah tunjuk, kita je tak nampak.

Cari apa bisnes kita nak buat. Kalau tak ada modal, cari bisnes yang rendah modal. Tak ada modal langsung lagi bagus. Cari produk yang kita yakin bagus. Kalau tak yakin dengan produk kita, macam mana nak suruh orang yakin. Betul?

Banyak "tetapi" dalam fikiran boleh menjadi penghalang kejayaan. Just do it!

Apa yang paling penting, mind setting kita. Setting baik, baik la jadinya. Ilmu marketing ke strategi bagai, kita boleh belajar. Cari orang berjaya, korek ilmu dia. Tengok orang pernah gagal, kenapa gagal.

Terpulang la pada anda nak buat bisnes apa. Pada saya, saya jumpa shaklee. Memang betul shaklee bisnes MLM. Saya tak salahkan sesiapa kalau diorang pandang serong pada bisnes MLM ni. Sebab ramai yang pernah kecundang dengan bisnes MLM yang menjanjikan kaya dengan cepat.

Shaklee tak macam tu. 

Shaklee tak pernah janji kaya cepat tu. Nak dapatkan apa-apa, kena usaha. Dan saya yakin dengan produk shaklee. Sebelum terjun dalam shaklee pun, husband dah pesan. Dia lebih berkenan saya buat bisnes yang nampak barangnya. Bukan asyik cerita nak kaya, nak kaya. Asyik bergambar dengan kereta mewah 2 3 4 5 6 bijik. 😎

Produk shaklee dah 100 tahun. 50 tahun di Malaysia. Disahkan halal. 100% semulajadi, bukan sintetik. Keberkesanan? Bukti dah banyak depan mata. 😊 Jadi saya percaya pada produk.

Dalam berbisnes shaklee pula, saya tak perlu buat dari A-Z. Shaklee dah ada sistem online untuk rekod sales kita, bonus kita, senarai ahli kita. Sampaikan pos barang kepada customer pun dia buatkan. Kita? Share apa yang shaklee ada. Kebaikan produk. Tak ada kenderaan nak pos barang bukan lagi alasan.

Banyak sebab kenapa saya pilih bisnes Shaklee

Ramai yang dah selesaikan masalah kesihatan dengan produk shaklee. Tapi ramai juga yang masih belum kenal shaklee. 

Jangan risau, semua produk shaklee di kaji oleh kumpulan pakar yang hebat. Tak cukup dengan tu, shaklee ada landmark study sendiri berkenaan produknya. Third party tau yang buat landmark ni. Bukan orang shaklee.

Produk shaklee bukan jenis kaji tahun lepas, tahun ni launch pum pam pum pam yer. Pengasasnya berani hasilkan produk ni pun lepas dia sendiri sembuh batuk kering dan kanser.

Sesiapa yang masih tercari-cari pendapatan tambahan / utama, boleh hubungi saya personally. Kita cari jalan. Mungkin ada yang berbunyi, eleh.. baru dapat bonus sikit dah nak ajar orang. Semasa belum bonus tinggi sangat la saya ajak sama-sama saya. Nanti kalau saya ajak time dah kaya, ada pulak yang bunyi... cakap senang la... ko dah banyak duit! Pulak dah...

Jangan risau, saya dah jumpa orang yang boleh bimbing dalam bisnes shaklee ni. Mereka memang komited. Komited sampai husband sanggup resign oil & gas untuk fokus shaklee. Mereka ajar saya untuk berjaya. Mereka pernah "langgar tiang". In Syaa Allah, mereka akan ingatkan saya untuk tidak langgar tiang yang sama. Banyak ilmu saya sedut dari mereka. Saya berlapang dada untuk tebarkan ilmu yang sama kepada rakan seangkatan.

Jika anda komited untuk ubah hidup anda dan keluarga, hubungi saya di 013-7796796. Whatsapp pun boleh. 

Jom kita upgrade ekonomi kita.


😊