Omega Guard Bantu Mengatasi Masalah Batuk Berkahak

16:53 0 Comments A+ a-

Assalamulaikum…

Pernah tak anda mengalami batuk-batuk berterusan dan batuk berkahak… Sampai dah keluar kahak hijau… penat sebenarnya batuk ni… bila kita batuk, akan menekan bahagian perut dan tekak menjadi perit… Lagi la kalau dah mula batuk di kawasan orang ramai… segannya la… tapi nak buat macam mana… susah nak kawal bila dah mula batuk tu.. Bila malam pula, nak tidur pun susah… 

Batuk ni antara sakit yang susah nak sembuh, terutamanya masa awal-awal tu… perit tekak dan kahak pun macam tak mencair. Bila tak cair, susah la nak keluar. Bagi kanak-kanak pula bunyi batuk berkahak tapi kahak kekal di situ sebab kanak-kanak tak pandai nak keluarkan sendiri.

Usahkan kanak-kanak, kita yang dah dewasa ni pun kalau dah lama sangat batuk, ubat klinik semua dah makan… habis petua semua dah cuba… tapi masih tak berubah… mesti stress kan? Penatnya la bila batuk tak baik-baik ni...

BAGAIMANA BATUK BERMULA?




Batuk ialah runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan biasanya berulang. Ia menyebabkan udara keluar dari paru-paru dengan kuat. Batuk merupakan reflex biasa yang bertujuan untuk melindungi dan membersihkan lubang nafas. Selain itu, batuk membersihkan bahan material rengsa (contohnya merokok atau habuk) dan kelebihan rembesan (sputum atau kahak) dari kerongkong kita, lubang nafas (saluran pernafasan) dan paru-paru. 

Ada beberapa punca batuk. Umumnya batuk boleh terjadi akibat demam selema, alergi dan merokok… tapi batuk juga boleh menjadi gejala kesakitan serius atau kesan sampingan ubat. Antara sebab-sebab batuk yang lain adalah:

  1. Selepas penitisan hidung (katar) – berlebihan rembesan hidung yang lari ke bawah dalam belakang kerongkong, merangsang batuk. Biasanya disebabkan oleh alergi, demam selsema umu atau jangkitan sinus.
  2. Penyakit Asma/lelah.
  3. Jangkitan saluran pernafasan – contohnya kelompok, whooping cough.
  4. Perengsa nafas dalam – contohnya merokok, habuk, asap.
  5. Penyakit peparu – contohnya sistik fibrosis, bronkiektasis, barah.
  6. Hiatus hernia dan refluks gastroesofageal – asid perut membocor ke dalam kerongkong, merangsangkan batuk.
  7. Kelemahan jantung.
  8. Kebimbangan, gemuruh dan tabiat.

CARA MENGATASI BATUK BERKAHAK DAN BATUK BERULANG




Ada satu kes, anaknya mengalami batuk berkahak. Diberi suplemen Omega Guard, esoknya keluar seketul kahak! Memang senang hati la ibu kalau macam tu kan?






Menakjubkan kan? Sudah beribu testimoni berkenaan kebaikan Omega Guard dalam mengatasi masalah batuk berkahak & batuk berulang ni. 

Omega Guard membantu untuk memperbaiki tisu paru-paru. Apabila diserang batuk, Omega Guard bertindak dalam memperbaiki tisu-tisu ini. Di samping itu, Omega Guard juga memberikan rasa panas pada paru-paru yang akan menyebabkan kahak boleh mencair. Selain itu, Omega Guard boleh membantu meningkatkan imun system badan. Ianya sangat sesuai untuk anak yang demam dan batuk berkahak, juga batuk berulang.


Jom Rancakkan Penyusuan dengan Set Menyusu Shaklee!

13:25 0 Comments A+ a-


Siapa yang pernah mengalami situasi di bawah:


Baby dah menyusu lama tapi masih tak kenyang-kenyang?


Baby sentiasa nak melekat susu ibu sampai nak buat kerja lain pun tertangguh?


Puting luka akibat baby menyusu terlau lama?


Baby menyusu sepanjang malam sehingga ibu tidak cukup tidur?


Ibu mana tidak tertekan apabila bayi sentiasa menangis seolah tidak puas menyusu... sentiasa menangis hendak melekap dengan ibu sehingga ibu penat dan stress.... Tapi itu tidak bermaksud ibu tidak sayangkan anaknya... cuma bila keadaan itu terjadi emosi si ibu akan cepat menjadi negatif... badan menjadi penat... apatah lagi apabila semua kerja lain tertangguh...


Wanita terjun bangunan akibat gagal menyusu anaknya

Jadi.... macam mana kita nak selesaikan masalah tu? Jom kita intai SET MENYUSU SHAKLEE yang telah membantu ramai para ibu menyelesaikan masalah mereka... 


  1. ESP - Sumber protein berasaskan non-GMO soya terbaik - membekalkan protein untuk si ibu, mengurangkan rasa lapar, mengelakkan ibu mengambil lebih banyak snek kudapan yang tidak sihat akibat sering lapar serta membantu dalam penghasilan susu dengan lebih cepat. 
  1. Alfalfa Complex - Raja segala tumbuhan. Membantu menyahkan toksin dalam badan. Menggalakkan penghasilan susu.
  1. Ostematrix - Membekalkan kalsium yang hilang dalam badan si ibu akibat penghasilan susu.
  1. Vita-Lea - Multivitamin yang membantu badan menyerap vitamin dan mineral dengan lebih mudah.
  1. Sustained Release Vita-C - Bertindak sebagai anti oksidan serta meningkatkan sistem imuniti badan.
  1. B-Complex - Mengandungi 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh untuk mencapai kesihatan optimum.




Lagi testimoni SET MENYUSU SHAKLEE :)






Untuk mendapatkan KONSULTASI PERCUMA DAN SET MENYUSU SHAKLEE, boleh hubungi saya seperti di bawah.. :)



Pencuci muka terlajak best - NUTRIWHITE GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER

11:46 0 Comments A+ a-

Assalamualaikuam...

Hari ini saya hendak kongsikan berkenaan pencuci muka yang telah saya amalkan sejak Januari tahun ni... 

Alah... pencuci muka je kot... apa yang bestnya?

Haaa... sebab best la saya nak kongsikan kat sini... memang recommend sangat-sangat... 

Sebelum kita tengok apa yang best dengan pencuci muka ni, jom saya kenalkan nama dan rupa dia...

Gentle Deep Foaming Cleanser

Ini lah dia GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER...

Daripada namanya pun dah tau best... sebab dia membersih secara lembut dan mendalam... Jadi semua kotoran-kotoran di muka dapat dibersihkan sehingga ke dalam dan muka akan mejadi sangat lembut... semua yang pernah mencuba GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER memang akan jatuh cinta pandang pertama dan tak akan tukar yang lain... :)

Lagi satu, selalunya pencuci muka lain kita guna dalam kuantiti yang agak banyak kan... tapi dengan GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER ni kita hanya perlukan sikit jer... kemudian bila di gunakan di muka akan menghasilkan buih yang banyak... memang sangat best... pencuci yang saya buka bulan Januari tu berat lagi tau... padahal guna hari-hari... memang berbaloi sangat...

Kulit muka saya jenis kering... sejak amalkan GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER ni kulit terasa lembap dan lembut jer... bila belek-belek di bahagian hidung, blackhead sudah tiada... memang kagum sangat...

Ok... jom kita tengok apa lagi kebaikan GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER ni...


  1. GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER membersih dan menyegarkan kulit.
  2. GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER mengandungi rumpai laut yang menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan.
  3. GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER mengandungi alga hijau yang menyahtoksin dan melembapkan kulit.
  4. GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER mengandungi strawberi begonia yang mampu mencerahkan dan mengimbangkan pigmen kulit.
  5. GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER sangat lembut dan menyegarkan kulit.

Jom kita tengok review berkenaan GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER ni daripada sahabat saya dari Nofaziela Dot Com :)


Sesiapa berminat untuk mendapatkan kulit yang cantik dan menyelesaikan masalah kulit, boleh hubungi saya untuk konsultasi percuma. :)


7 Sebab Kanak-kanak Perlukan Vita-Lea For Children

16:25 0 Comments A+ a-

Sudah menjadi tradisi kanak-kanak dan sayuran memang susah nak berganding. Bila nampak warna hijau dalam pinggan, mulalah si anak tunjuk protes. 





Saya pun pernah alami situasi begini. Macam-macam cara sudah saya buat untuk anak-anak sukakan sayuran... dari teknik potong halus sampailah ukiran macam-macam rupa... semua tak menjadi... hehe... 


Ibu mana tak risau jika anak-anak tak cukup nutrisi... Sebab ia akan memberi kesan kepada sistem imun mereka.. Bila sistem imun tak kuat, macam-macam penyakit datang... Kalau dulu boleh dikatakan setiap bulan penyakit hinggap... sekejap demam... sekejap batuk... sekejap selsema... botol ubat bersusun di dapur. Anak sulung saya sampai jumpa pakar sebab asma yang agak teruk... kalau dah jumpa pakar tu almaklumlah bilnye... caj konsultasi saja pun dah hurrmmmm... belom lagi ubat-ubatan... pitam kejap... hehe...


Kemudian saya jumpa produk Shaklee ni... Vita-Lea For Children... :) Alhamdulillah selera makan anak bertambah dan jarang demam... Anak-anak pun suka sangat sebab rasanya yang sedap... 


Ok... jom kita tengok kenapa Vita-Lea for Children ni sangat bagus untuk anak-anak... :)



  1. Kandungan dengan formula yang diperbaharui dan ditambah baik berbanding dengan Vitalea Kids yang lama. 18 Jenis Vitamin dan Mineral yang mereka perlukan  100% Vitamin A, C, D dan E serta kesemua 8 Jenis vitamin B. Kalsium, magnesium, zink , cooper dan pelbagai mineral lain. 
  2. Menggunakan pemanis semulajadi Xylitol yang tooth friendly. Ia tidak menyebabkan kerosakan gigi.
  3. Tidak mengandungi perasa, pemanis dan pengawet tiruan.  
  4. Bebas gluten maka, selamat untuk kanak-kanak yang alah Gluten. 
  5. Didatangkan dalam perisa anggur yang sangat sedap,memang disukai anak-anak.
  6. Multivitamin kanak-kanak terbaik di pasaran. Jumlah nutrien yang lengkap dan memenuhi keperluan tumbesaran anak-anak. Ia juga mudah dan pantas diserap badan. 
  7. Sangat sesuai untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun. Terutama bagi mereka yang susah makan sayur-sayuran dan buah-buahan.  


Haa, inilah ke semua makanan yang bersamaan dengan 2 tablet vitalea untuk kanak-kanak. Mampukah anak-anak kita makan ? Mampukah kita menyediakan semua ini setiap hari ? Mana lebih jimat kos 2 tablet Vitalea untuk kanak-kanak atau semua makanan di di atas?





SUSTAINED RELEASE VITA-C DAN KEBAIKANNYA

11:59 0 Comments A+ a-


Assalamualaikum...

Jom tonton sedutan filem P. Ramlee ni... kelakar... tapi ada isi tau... kurang Vitamin C pun boleh kena sakit unta!!! hehe...



Saya yakin ramai yang pernah tengok filem ni... (filem P. Ramlee memang tak pernah jemu... kan?)

So untuk menjawab soalan P. Ramlee tu, jom kita baca sampai habis...

"Binatang apa Vitamin C?"


Hahahaha... untuk makluman, Vitamin C tu bukan sejenis binatang yer...

Vitamin C adalah salah satu vitamin yang larut dalam air dan memiliki peranan penting dalam menangkal berbagai penyakit. Vitamin C termasuk golongan vitamin antioksidan yang mampu menangkal berbagai radikal bebas ekstraselular. 

Apa Fungsi Vitamin C Dalam Tubuh Kita?



  1. Fungsi sebagai penguat sistem imuniti badan. Vitamin C menyebabkan fungsi sel darah putih dapat dijalankan dengan lebih efektif. Sel-sel darah putih ini melawan bakteria dan virus yang menyerang badan kita.
  2. Pembuangan toxin-toxin dari dalam badan.
  3. Sebagai anti-oksidan ia penting dalam pencegahan penyakit bahaya seperti kanser. Selain itu, ia membantu pengeluaran interferon yang sangat penting untuk melawan sel-sel kanser. Vitamin C juga menghalang pembentukan nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser. Perlu diingat bahawa Vitamin C bukanlah ubat untuk kanser, tetapi ia membantu memperlahankan pertumbuhan tumor daripada menjadi lebih teruk di samping menguatkan sistem imunisasi.
  4. Kesihatan sistem jantung. Pengurangan kandungan Vitamin C akan menyebabkan pengeluaran asid bila berkurangan. Ini pula akan menyebabkan pertambahan kandungan kolesterol. Pengurangan Vitamin C juga menyebabkan dinding saluran darah mudah dirosakkan oleh enzim. Kajian menunjukkan pengurangan Vitamin C dalam jangkamasa panjang akan menyebabkan atherosclerosis, di mana lemak dan kolesterol akan melekat dan menyekat saluran darah.
  5. Penyembuhan luka. Vitamin C akan meningkatkan kadar pengeluaran collagen, oleh itu luka boleh sembuh dengan lebih cepat.
  6. Agen mengurangkan rasa sakit.
  7. Mengurangkan alahan.
  8. Penyerapan zat besi dari sumber bukan daging ke dalam darah. Ini adalah penting kepada mereka yang tidak memakan daging (vegetarian).
  9. Pengurangan stress. Vitamin C adalah penting dalam pengeluaran hormon corticosteroids, adrenaline dan noradrenaline. Stress menyebabkan hormon-hormon ini dikeluarkan lebih daripada biasa, oleh itu keperluan kepada Vitamin C akan meningkat. Dalam hal ini pengambilan bersama vitamin B kompleks adalah penting.

Nampak tak betapa pentingnya Vitamin C dalam tubuh kita... Kalau kita kekurangan Vitamin C apa akibatnya yer?

Kekurangan berterusan vitamin C akan menyebabkan anda mengalami beberapa jenis penyakit atau simptom:

  1. Pendarahan dalaman (haemorrhages) di mana ada tanda-tanda lebam berwarna hitam biru di bahagian-bahagian badan.
  2. Gusi berdarah dan tidak kuat.
  3. Tulang menjadi kurang stabil kerana perubahan-perubahan yang terjadi pada tulang rawan yang menyokong tulang-tulang biasa.
  4. Tisu jantung rosak.
  5. Kesan kepada struktur tulang menyebabkan kehilangan kalsium.
  6. Penambahan kadar metabolisma berlaku.