VITAMIN C SHAKLEE DARI SUDUT PANDANGAN DAN PENGALAMAN SAYA

23:13 2 Comments A+ a-



Kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua berkenaan VITAMIN C. Rata-rata ramai yang agak biasa mendengar dengan vitamin ini. Ia juga banyak digunakan secara meluas termasuklah dalam bidang kecantikan. Tapi apa yang saya nak kongsikan di sini adalah berkenaan SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS keluaran Shaklee. Apa bezanya? Sebenarnya baaaaaanyak bezanya. :)

APAKAH VITAMIN C?

CARA CEPAT HILANGKAN JERAGAT DI MUKA DENGAN SET JERAGAT SHAKLEE. RAMAI SUDAH BERJAYA TERMASUK SAYA!

22:36 0 Comments A+ a-

Bagi masyarakat khususnya orang Melayu, jeragat dikenali sebagai tompok hitam atau pigmentasi pada kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang bertapak secara berkelompok di beberapa bahagian badan, wajah dan leher. Tiada siapa lelaki dan wanita yang inginkan jeragat di kulit mereka. Kehadiran jeragat bukan sahaja akan memberi kesan kepada penampilan seseorang, malah turut menjadikan seseorang individu kurang keyakinan diri dan malu untuk berhadapan dengan orang ramai. Tahukah anda, ada satu cara mudah untuk hilangkan jeragat? Saya sudah mencubanya, dan ia memang terbukti berkesan.

testimoni jeragat

KHASIAT DAN KEBAIKAN PEPPERMINT-GINGER PLUS

18:03 0 Comments A+ a-


Peppermint-Ginger Plus Shaklee adalah hasil daripada kombinasi 4 herba dari barat dan timur. Ia dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknology sains yang terkini.

Peppermint-Ginger Plus secara klinikal sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.

Antara manfaat utama Peppermint-Ginger Plus adalah seperti berikut:

1. Pudina


Pudina berfungsi melegakan otot perut kerana mempunyanyi kesan penenang. Ia juga sangat membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit. Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kemoterapi. Pudina merangsang pengeluaran peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang dijangkiti selsema. Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.

2. Halia

Masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun dahulu.  Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa berpantang). Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita; penyelidik di Switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedi lain selain merawat mabuk laut. Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat / mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan/pengembaraan.

3. Pokok Adas (fennal)













Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. Ia juga dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

4. Cekur Manis (anise)















Cekur Manis banyak digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa; melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.



Saya sangat menggalakkan kepada sesiapa yang mempunyai masalah-masalah seperti penghadaman, usus, gastrik, batuk, sakit tekak dan angin dalam badan untuk mengambil Peppermint-Ginger Plus. Selain sangat semulajadi, Peppermint-Ginger Plus ini juga telah dihasilkan daripada kajian bertahun-tahun oleh pakar yang diiktiraf dan terbukti berkesan menangani masalah yang saya sebutkan tadi,

Untuk maklumat lanjut dan konsultasi, sila hubungi saya seperti di bawah:

013 - 7 796 796 (Tini)

Saya bersedia memberikan konsultasi secara percuma sehingga anda berpuas hati.



CARA SELAMAT ATASI EYE BAG DENGAN EYE TREATMENT CREAM. MATA CANTIK & BERSERI!

23:56 0 Comments A+ a-


Kata orang, dari mata turun ke hati. Tapi bila bertentang mata tiba-tiba muncul briefcase besar bawah mata tu macam mana ye? Masalah besar tu. Muka dah cantik, lipstik dah merah ala Cik Ta... tup-tup tang mata tu ada iras panda pula. Hmmm... macam mana nak buat tu?
Kenapa mata kita boleh jadi macam tu? 



1. Keturunan

Cuba kita tengok semula dalam kalangan famili, ada tak yang mempunyai masalah eye bag atau lebam bawah mata? Sebab genetik. Kalau mak / ayah kita memang ada gejala ni, tak mustahil la kita turut mudah sangat mendapat beg free di bawah mata.

2. Alergi 

Kepada yang ada masalah alergi pun turut mudah mendapat eye bag ini. Tak kisah la alergi makan ke, habuk ke. Apabila alergi yang turut mengakibatkan gatal-gatal di sekitar mata, kita akan cenderung untuk menggaru atau menggosaok bahagian tersebut. Itu tindakan spontan. Tahukah anda, kulit di sekitar mata sangat sensitif. Apabila kita menggosok mata, darah akan memenuhi pembuluh di bawah mata dan menjadikan bawah mata kelihatan agak gelap.

3. Pendedahan kepada cahaya skrin komputer

Mata juga perlukan rehat, seperti anggota badan yang lain. Pendedahan mata kepada cahaya komputer dalam jangka masa panjang dan lama boleh menyebabkan mata letih akibat kurang rehat dan cahaya daripada komputer itu sendiri yang terlalu terang. Apa salahnya rehatkan mata anda seketika semasa bekerja. 

4. Anemia

Anemia bermaksud kekurangan darah/zat besi. Pada masa kehamilan atau menstruasi kulit menjadi lebih pucat kerana kurang zat besi, untuk mengatasi masalah ini pengambilan suplimen tertentu amatlah penting.

5. Toksin berlebihan


Toksin terjadi berpunca daripada tabiat pengambilan makanan yang tidak seimbang dan tidak berkhasiat, Seterusnya menyebabkan racun terkumpul dalam badan dan tidak dicernakan dengan baik. Ini mengakibatkan kulit di sekitar mata hitam serta nampak lebam.



Untuk mengatasi masalah ini, saya mencadangkan KRIM ENFUSELLE EYE TREATMENT dari Shaklee. 

Ia amat berkesan dalam tempoh yang tidak terlalu lama. Mengamalkannya secara konsisten setiap hari boleh memberikan kesan positif seperti berikut:

- Terbukti berkesan secara klinikal
- 233% pengurangan kedutan dalam tempoh dua minggu
- 120% peningkatan keanjalan dan ketegangan kulit dalam tempoh dua minggu
- 209% pengurangan garis-garis halus yang ketara dalam tempoh lapan minggu
- 32% peningkatan lembapan kulit yang berpanjangan dalam tempoh lapan minggu
- Tona kulit yang nyata lebih sekata dalam tempoh 12 minggu
- Botani anti penuaan dan vitamin C membekalkan manfaat yang ketara untuk kulit lembut di sekitar mata
- Sempurna untuk bahagian leher dan bibir


Untuk pesanan dan maklumat lanjut, sila hubungi saya di 0137796796 (Tini)


BISNES SHAKLEE DI MANA SAJA, BILA-BILA MASA DENGAN SHAKLEE2U.COM.MY

11:03 0 Comments A+ a-





Dunia sekarang semua di hujung jari. Dengan hanya satu klik macam-macam maklumat yang kita boleh dapat dari seluruh dunia. Nak beli barang guna online. Bayar hutang pun online jer sekarang ni. Hehe. Mudah kan?

Sebab itu la saya suka sangat dengan bisnes Shaklee ni. Dengan Shaklee2u.com.my kita hanya perlu klik sahaja untuk shopping dan ambil order. Orang cakap sambil golek-golek, sambil lipat kain, sambil suap anak makan pun boleh berbisnes. Cakap jer kat mana... asalkan ada smartphone dan internet semua beressss... :)

PENGEDAR SHAKLEE BATU PAHAT - CEPAT DAN KONSULTASI BERKESAN!

16:56 5 Comments A+ a-

Mencari Pengedar Shaklee Batu Pahat ? Saya sedia membantu anda. Saya adalah pengguna & Pengedar Shaklee Batu Pahat yang aktif  ðŸ˜Š

Jom dapatkan produk-produk Shaklee daripada saya untuk mengatasi masalah-masalah kesihatan dan membina kehidupan yang lebih ceria. Saya sedia memberikan anda konsultasi berkesan secara percuma bila-bila masa anda perlukan. 

Vitamin Wajib Ambil Kalau Nak Kulit Flawless Tanpa Jeragat

23:55 0 Comments A+ a-

Siapa yang dah rasa feddap dengan masalah jeragat di muka? Segala macam produk dah cuba tapi macam tu jugak jeragatnya... bertompok-tompok. Makin lama tengok makin tension jadinya. Muka comot dengan jeragat! Salah satu cara untuk mendapatkan kulit flawless tanpa jeragat adalah melalui pengambilan vitamin. 

Bila la muka ni nak flawless macam model-model dalam gambar tu. Adakah itu hanya mimpi semata-mata? Oh tidaaakkk... tolong lah jadikan mimpiku satu kenyataan! Gitewww....

jeragat

12 TESTIMONI KOLAGEN SHAKLEE. TERBAIK!!!

17:26 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak belanja testimoni pengguna Shaklee Collagen Powder. Biar gambar berbicara. :)

Jom layan..................















Kepada sesiapa yang ingin merasai kehebatan kolagen boleh hubungi saya seperti di bawah. Harga menarik dan konsultasi percuma disediakan. :)


CARA ATASI JERAGAT DEGIL DENGAN SELAMAT DAN BERKESAN

00:33 1 Comments A+ a-





Maaf cakap, saya memang dilahirkan semulajadi cantik. Hahaha... mesti ada yang muntah darah baca statement ni. Tapi betul tau! Saya ni ada darah Siam sket... putih kuning, kening lebat, bibir tak tebal tak nipis. Cuma hidung je la jambu sikit. Tak de la mancung macam mat saleh tu... hahaha ada yang muntah lagi? ;)

KERANA CEMBURU SAYA NEKAD!!! BISNES INI PELUANG SAYA...

09:16 6 Comments A+ a-

PERNAH TAK ANDA TERFIKIR?


BESTNYA KERJA DARI RUMAH
SANTAI-SANTAI DENGAN ANAK
KALAU ANAK DEMAM, BOLEH JAGA ANAK TANPA PERLU AMBIL CUTI
JIMAT DUIT MINYAK SEBAB PEJABAT DALAM RUMAH
BOLEH BUAT JADUAL SENDIRI SETIAP HARI
NAK BERCUTI DENGAN FAMILY BILA-BILA MASA... DI MANA JUA... 
OHHHH.... 


Dulu saya berhempas pulas dalam SPM sebab nak dapatkan keputusan terbaik untuk masa hadapan saya. Alhamdulillah... berpeluang buat diploma selama 2 tahun setengah. Kemudian saya sambung ke peringkat ijazah sarjana muda pula selama 2 tahun. Semuanya kerana inginkan sebuah pekerjaan yang selesa dan mampu menampung hidup saya.

Selesai belajar, saya terus berjaya dapatkan pekerjaan. Adat makan gaji, sepanjang bulan berhempas pulas siapkan arahan bos. Tunggu hujung bulan untuk dapatkan gaji yang sama setiap bulan. Sambil harapkan bonus hujung tahun ataupun bonus hari raya. ;-)



So begitulah setiap bulan. Bulan demi bulan... tahun demi tahun. Walaupun beberapa kali bertukar kerja, tapi adat bekerja la kan... masuk kerja pagi, lewat petang baru balik. Nak jalan-jalan tunggu hujung minggu yer... atau pun ambil la cuti. hehe... apa-apa pun, enjoy!

Hingga la berkahwin, ada anak... masih gigih menjalani rutin yang sama. Pagi kerja, petang balik. Sampai rumah mengadap anak pulak... letih oii! (bukan nak cakap anak tu beban ok, tapi itu la tanggungjawab sebagai ibu kan. Hehe...) err... bila nak kaya nih?

Ops! lupa nak bagi tau... saya ada 4 orang anak. 3 lelaki & seorang perempuan... (Alhamdulillah, saya kaya anak. Hehe...)




So agak-agak dengan 4 orang anak ni masih boleh enjoy macam dulu ke? Masih boleh keluar pagi balik lewat? Oh tidaaaaaakkk.... ada jugak anak tak kenal mak nanti kang. Erk?!!

MASALAH BERMULA


Sebenarnya masalah saya bermula sejak anak pertama lagi. Dilema kebanyakan wanita pertama kali menjadi ibu bila mana anak sering melekat dengan ibu sebab tak puas menyusu (kalau orang jawa cakap “ngempeng”). 

Berejam ngempeng pun masih macam tak kenyang / tak puas. Dah la kita ni kerja dari pagi sampai petang. Balik rumah anak nak ngempeng lama pulak. Kerja rumah banyak lagi belum settle tu. Husband banyak jugak membantu. Tapi tak kan la semua dia nak buat sorang-sorang kan... dia pun penat kerja seharian. Waktu tu memang stress jugak la... badan penat.. anak tak nak berenggang... then saya cuba satu produk ni. Katanya untuk tambah susu... cuba la. Tapi masih sama, masalah tak selesai... tak serasi agaknya. 

Sehingga la saya bersalin anak ke-3 (lama tuuuu.....) saya terbaca sesuatu di facebook. Hati teringin nak cuba. Almaklum la... 3 anak lelaki... semua kuat menyusu.

First time saya cuba ESP dan Alfalfa. Alhamdulillah, hari pertama kerja selepas ambil ESP dan Alfalfa, saya bengkak susu. 

SUSU MELIMPAH DALAM OFIS! WAAAAAHHHH!!!! MISSION ACCOMPLISHED!

KERJA...KERJA...KERJA... BILA NAK KAYA???


Soalan yang setiap orang ada dalam hati rasanya. Kita kerja untuk apa? Mesti la untuk dapatkan kehidupan yang lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga betul tak? Kerja bertahun-tahun... setiap tahun ada la naik sikit gaji. Tapi gaji naik, harga barang pun naik... Haish!! macam mana nak holiday ni? Huhuhu... stress mak!


Belek-belek facebook, nampak seorang kawan ni. Aktif dia berniaga. Income setiap hari masuk... surirumah jer kot! (Nampak tak pemikiran negatif saya di situ?) Pagi, hantar anak ke sekolah. Petang, ambil anak balik sekolah. Boleh masakkan untuk keluarga setiap hari. Anak-anak semua depan mata! Hmmm....

 Saya??? (Sedih kejap!)

Pagi kelam kabut ke pejabat, tengahari ambil anak bawa pergi makan (kat kedai jer..) Kelam kabut hantar anak ke sekolah agama pulak. Habis sekolah agama, anak naik van ke rumah transit sementara tunggu kami balik kerja. Malam, kalau larat masak (selalunya larat order kedai jer) Lepas makan semua dah penat. Tidur. Alahai... kita main enjit-enjit semut dalam mimpi je la anak-anak yer. 

So, diam-diam saya skodeng facebook dia. Setiap kali skodeng, setiap kali tu jugak la CEMBURU! 
CEMBURU SEBAB DIA URUSKAN MASA SENDIRI, BUKAN MASA URUSKAN DIA

Faham ke faham?

Saya cemburu sebab dia ada income tapi membesarkan anak sendiri tanpa kos.

Saya cemburu sebab saya ada income tapi anak-anak saya membesar di rumah orang lain yang dibayar setiap bulan!

Saya cemburu sebab dia ada masa 24 jam melihat anak-anak membesar di depan mata.

Saya cemburu sebab banyak masa habis dan saya tak sedar bila anak-anak saya membesar?

Kalau nak di senaraikan cemburu tu memang banyak... tapi untuk apa???


So saya buat keputusan... PM facebook dia... tanya macam mana  dia buat...
Alhamdulillah, berkat tunjuk ajarnya dan leader lain yang sangat supportive, saya nampak hasil di situ. Biasa lah dalam bisnes, siapa yang rajin dia yang dapat. Tapi yang paling best, tak perlu tunggu hujung tahun untuk naik gaji!hehe..

Doakan saya untuk terus beristiqomah dalam bisnes ini. Mana tau muncul lagi seorang JUTAWAN dalam Malaysia ni kan? Semua tu tak mustahil... I believe I can fly!

So, sesiapa yang ada niat untuk merubah kehidupan yang lebih baik, lebih tenang, lebih gembira, lebih lapang, dan lebih INCOME, boleh hubungi saya seperti di bawah. In Syaa Allah... sama-sama kita tingkatkan kehidupan secara berjemaah dengan bantuan leader-leader yang telah berjaya dan bantuan daripada BIG BOSS di atas sana... amin... :)