TEKNIK PENYUSUAN SUSU IBU KEPADA BAYI DENGAN BETUL DAN SELAMAT

01:24 0 Comments A+ a-



Ramai ibu-ibu yang masih tidak tahu bagaimana teknik penyusuan dengan betul dan mengakibatkan bayi tidak dapat menyusu dengan baik. Teknik penyusuan yang betul juga dapat mengelakkan ibu mengalami luka pada puting susu. Masalah ini banyak terjadi terutama di kalangan ibu-ibu muda yang belum mempunyai pengalaman menyusukan bayi.

Di sini saya ingin kongsikan mengenai teknik penyusuan susu ibu yang betul sebagai panduan untuk para ibu-ibu yang menyusukan bayi di luar sana.

Untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu, bayi perlu diletakkan dengan betul ke payudara ibu. Biasanya, posisi dan cara meletakkan bayi ke payudara datang secara semulajadi tetapi terdapat ibu dan bayi yang memerlukan masa dan latihan. Untuk melakukan dengan betul berikut adalah langkah - langkah yang boleh membantu.


APAKAH TEKNIK TERBAIK MENYUSUKAN SUSU IBU KEPADA BAYI ?


Kedudukan Badan


  • Pastikan anda selesa di mana bayi di dukung dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil ataupun kerusi dengan kepala bayi di atas lengan anda.
  • Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi anda sehingga susah bayi mencapai puting untuk penyusuan dan jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi anda.
  • Gunakan bantal atau kusyen untuk bersandar atau merehatkan kaki bagi menyokong anda dan bayi semasa penyusuan.


Cara Mendukung Bayi


  • Kepala, tengkuk dan tubuh bayi dalam keadaan selari.
  • Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu.
  • Bayi rapat dengan ibu di mana punggung, kepala dan bahu bayi diampu.


Cara Memegang Payudara


  • Cara yang betul adalah pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting.
  • Cara yang salah adalah pegangan gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting.


Cara Penyusuan


  1. Sentuh bibir bayi, tunggu mulutnya terbuka luas.
  2. Gerakkan badan bayi ke arah payudara.
  3. Pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara (areola).
  4. Pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara.


Posisi Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi




Teknik Menyusukan Bayi Kembar





Jangan lupa untuk sendawakan bayi setiap kali selepas penyusuan.



Pelekapan Ketika Penyusuan Susu Ibu


Cara Pelekapan Yang Betul


  1. Mulut Bayi terbuka luas
  2. Dagunya mencecah payudara
  3. Bibir melekap keluar
  4. Pipi gelembung
  5. Payudara nampak penuh dan bulat
  6. Terdengar nada hisapan

Cara Pelekapan Yang Salah


  1. Dagu bayi jauh
  2. Tidak banyak areola yang masuk ke dalam mulut bayi
  3. Dagu tidak menyentuh payudara
  4. Ibu rasa sakit
  5. Payudara boleh bengkak dan puting luka

Ada masalah kekurangan susu ibu? Sila baca artikel ini:

Set Menyusu Bajet Shaklee : Susu Ibu Meriah Dan Pekat

Set Menyusu Premium Shaklee : Membantu Ibu Kekal Bertenaga Sepanjang Tempoh Penyusuan

Moga Bermanfaat :)