APA NAK BUAT BILA ANAK DIJANGKITI CHICKEN POX ? SEDIKIT TIPS SUPAYA TIDAK BERJANGKIT
Balik dari kampung baru-baru ni tengok anak nombor tiga tu ada bintik-bintik merah pada badannya. Mula-mula fikir kena gigit nyamuk. Tapi pelik sikit. Tak kan la sampai dalam seluar kena gigit kan?
Keesokan harinya tengok bintik merah makin banyak dan berair. Hmm... chicken pox ni. Tapi untuk kepastian, suami bawa anak untuk rujuk doktor jugak. Mana la tau kalau kes lain kan? Takut jugak.
Alahai... time ni hati dah tak keruan dah sebab ada baby kan. Takut pula berjangkit pada adik dia. Kalau baby yang kena jangkit, lagi haru la dibuatnya. Mesti merengek jer. Yang dah besar ni senang la sikit sebab dah pandai cakap, then boleh dipujuk kan.
APA CHICKEN POX (CACAR AIR) NI ?
Selain itu, penggunaan peralatan ataupun perkakas yang telah tercemar dengan cecair yang pecah daripada ruam (blister) pada kulit pesakit juga boleh menyebabkan jangkitan. Penyakit chicken pox ini sesungguhnya adalah sejenis penyakit yang sangat mudah berjangkit.
BAGAIMANA CHICKEN POX BERJANGKIT ?
➤ Dengan menyentuh cecair yang keluar dari lepuh (blister) cacar air daripada orang dijangkiti.
➤ Dengan menyentuh benda / permukaan yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh tersebut. Contohnya yang melekat pada pakaian dan tuala.
➤ Melalui udara bila orang yang menghidap chicken pox batuk atau bersin.
Jadi, agak mencabar sebenarnya nak handle anak yang kena chicken pox ni, terutama kalau anak yang jenis aktif. Kebarangkalian nak jangkit pada anak yang lain sangat tinggi.
Virus chicken pox ni ambil masa 7 - 14 hari (purata 10 - 11 hari) untuk membiak dalam badan sebaik ia menjangkiti seseorang. Tempoh pembiakan ini dipanggil tempoh Inkubasi dan ia boleh menjangkiti orang lain sebelum ruam timbul. Jadi kita tak sedar bila sebenarnya kita dijangkiti virus chicken pox ni. Hingga chicken pox kering dan berkuping, pesakit masih boleh menjangkitkan virus kepada orang di sekeliling. Sebab tu sangat digalakkan pesakit chicken pox dikuarantin di rumah supaya virus tidak merebak kepada orang lain.
Selain itu, Virus Varicella ini akan terus berada dalam badan kita dan sekiranya kembali aktif, ia akan menyerang semula dan boleh menyebabkan penyakit Kayap. Penyakit ini lebih dahsyat daripada chicken pox. Pastikan antibodi atau sistem imun kita sentiasa kuat.
TANDA-TANDA CHICKEN POX / CACAR AIR
🔔 Demam.
🔔 Bintik-bintik merah pada kulit (muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh badan).
🔔 Bintik-bintik merah timbul dalam beberapa hari dan kemudian membentuk gelembung berisi air.
🔔 Bila gelembung berisi air pecah, ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.
🔔 Sakit perut.
🔔 Tiada selera makan.
🔔 Sakit kepala.
🔔 Rasa tidak selesa.
🔔 Letih dan terganggu.
🔔 Batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.
CARA MENJAGA ANAK YANG DIJANGKITI CHICKEN POX
1. Bawa anak yang terkena chicken pox segera berjumpa doktor.
Jika ada tanda-tanda chicken pox pada badan anak, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah rujuk kepada doktor dengan segera. Doktor akan melakukan pemeriksaan dan mengesahkan jika simptom tersebut adalah chicken, seterusnya mendapatkan rawatan.
2. Beri anak minum air kelapa
Petua orang tua-tua yang sangat berkesan untuk merawat chicken pox. Air kelapa bagus diminum ketika awal terkena chicken pox kerana ia dikatakan dapat membantu mengeluarkan chicken pox. Air kelapa juga bagus dibuat mandi oleh pesakit chicken pox.
3. Kuarantin anak terkena chicken pox
Anak yang terkena chicken pox wajib dikuarantin daripada orang lain dan anak-anak yang lain. Ini kerana chicken pox sangat mudah berjangkit.
4. Calamine losyen
Biasanya doktor akan berikan calamine losyen untuk disapu ke badan untuk mengurangkan kegatalan.
5. Pakaikan anak dengan pampers / seluar pendek sahaja.
Untuk mengelakkan badan anak cepat berpeluh yang boleh menambahkan rasa gatal dan miang pada kulit anak. Apabila anak menggaru, ruam / bintik merah tersebut akan bertambah teruk.
6. Galakkan anak minum banyak air masak.
Anak yang terkena serangan chicken pox selalunya tidak selera makan, Bagi memastikan dia tidak mengalami dehidrasi, bagi anak minum banyak air serta makanan berbentuk cecair seperti sup, jus buah atau yogurt.
7. Kerapkan sesi penyusuan susu ibu (bagi anak yang masih menyusu ibu)
Kerapkan penyusuan susu ibu kerana susu ibu adalah penawar terbaik untuk anak. Dalam susu ibu terkandung banyak nutrien yang bagus untuk antibodi anak.
8. Elak makanan laut.
Elakkan bagi anak makanan laut selagi dia belum sembuh daripada chicken pox. Begitu juga bagi ibu yang menyusukan anak. Elakkan makanan laut.
9. Vitamin membantu tingkatkan antibodi anak dan mempercepatkan penyembuhan.
⭐ NUTRIFERON & VITAMIN C - untuk meningkatkan sistem imun tubuh.
⭐ PERFORMANCE DRINK - supaya kekal bertenaga dan tidak mengalami dehidrasi.
⭐ VITAMIN E COMPLEX - untuk menghilangkan parut bekas chicken pox pada muka dan badan.
⭐ HERBAL BLEND MULTI-PURPOSE CREAM - untuk disapukan pada muka dan badan selepas hari ke-4 dan seterusnya bagi mengurangkan kegatalan dan memberi kelegaan.
TESTIMONI SET CHICKEN POX SHAKLEE
FB : Suzaitini Muhammad
Call/Whatsapp/Sms : +6013-7796 796
Email : suzaitini@gmail.com
Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia
COD Shaklee kawasan : UTHM - PARIT RAJA - SRI GADING
Saya akan konsult tentang cara penggunaan produk khas kepada para pelanggan-pelanggan saya. 😊