6 Tips Atasi Kulit Muka Kering Supaya Tak Cepat Nampak Tua

03:55 0 Comments A+ a-

Kulit muka anda kering? Masalah ni. Kulit muka kering lebih cenderung untuk dapat kulit kusam, jeragat dan garis kedut! Ish.. siapa yang nak kulit kedut sebelum waktunya kan? Umur 30an dah mula timbul garis-garis halus di bahagian mata tu. Ada sesetengah individu mengalami kulit kering kronik sehingga mengelupas dan berkeruping. Jadi. macam mana nak atasi kulit muka kering agar lebih bermaya bak Luna Maya? (eh??)

Ok, jika anda betul-betul sayangkan kulit muka anda, jom baca 6 tips daripada Tinie untuk atasi masalah kulit muka kering, Tapi kalau nak biarkan terus kering bak padang tandus di musim kemarau terserah pada anda. Kulit muka masing-masing kan? 😉 6 tips mudah jer. Tak rugi luangkan masa kejap baca sampai habis.

Atasi kulit muka kering

PENGEDAR SHAKLEE UTHM, PARIT RAJA, BATU PAHAT DAN AIR HITAM (JOHOR)

12:51 0 Comments A+ a-

PENGEDAR SHAKLEE UTHM, PARIT RAJA, BATU PAHAT DAN AIR HITAM (JOHOR)

Ingin dapatkan produk shaklee daripada saya? Boleh semak maklumat di bawah bagi memudahkan anda. Saya adalah seorang yang peramah dan berilmu pengetahuan tentang kesihatan. Saya akan memberikan konsultasi terbaik kepada pelanggan-pelanggan saya. Percayalah, anda pasti akan sangat selesa dengan konsultasi saya.





Maklumat pengedar :

No ID : 1071549
Nama : SUZAITINI MUHAMMAD
Telefon : 013-7796796
Facebook : Suzaitini muhammad
Kawasan COD : UTHM, Parit Raja, Batu Pahat dan Air Hitam (Johor)


Anda sedang mencari :

Pengedar Shaklee Batu Pahat
Pengedar Shaklee Parit Raja
Pengedar Shaklee UTHM
Pengedar Sah Shaklee Batu Pahat
Pengedar Sah Shaklee Parit Raja
Pengedar Sah Shaklee UTHM

Atasi Masalah Alzheimer Dengan Vivix !

12:11 0 Comments A+ a-

Alzheimer merupakan penyakit nyanyuk yang biasa menyerang warga emas (boleh juga menyerang sesiapa saja, dari umur 30an hingga 80an).

Mengikut statistik Asia Pasifik, penghidap penyakit ini telah mencecah 18 juta orang. Lebih kurang 60,000 orang di Malaysia merupakan penghidap Alzheimer. Dijangka pada tahun 2020, angka ini akan berganda kepada 120,000 orang.

Alzheimer merupakan penyakit penurunan fungsi dan daya ingatan otak yang menyebabkan hilang ingatan (lupa), permulaan kepada nyanyuk dan perubahan mood yang ketara.

6 Masalah Yang Dihadapi Oleh Ibu Menyusu Badan

11:56 0 Comments A+ a-

Pengalaman menyusu badan adalah antara pengalaman yang sangat berharga bagi setiap kaum wanita. Tambahan bila pertama kali menjadi ibu & pertama kali nak menyusu badan kepada bayi. Macam-macam rasa ada. Mula-mula malu, geli.. kekok pun ada. Almaklumlah first time kan. Kadang-kadang ada jugak ibu muda yang cemas bila pertama kali menyusu badan. Korang dulu macam mana? Mesti macam-macam pengalaman menyusu bayi kan? Tapi yang pasti rasa tenang jer bila tengok bayi menyusu dan tertidur lena. Bahagianya jadi ibu!!! Taaaapi, tak kurang juga ada yang hadapi beberapa masalah menyusu badan. Di sini Tinie senaraikan 6 masalah yang biasa dihadapi oleh ibu menyusu badan. Ada tak yang sama dengan masalah korang pernah hadapi?

Vitamin Untuk Ibu Menyusu Nak Kuruskan Badan

19:10 0 Comments A+ a-

“Tak boleh nak kuruskan badan sewaktu menyusu! Kalau tak makan nanti susu kurang... “

Ramai ibu menjadikan alasan susah kurus kerana sedang menyusukan anak. Ini kerana mereka harus makan lebih untuk menghasilkan susu yang mencukupi untuk si comel. Namun tabiat ini sebenarnya tidak menepati kriteria pemakanan ibu menyusu. Ibu tidak semestinya makan banyak, namun harus menitikberatkan khasiat dan nutrisi yang terkandung dalam setiap makanan yang mereka ambil. Pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak tidak menjamin penghasilan susu yang banyak, malah boleh menyumbang kepada masalah kenaikan berat badan tidak sihat seterusnya menyumbang kepada masalah-masalah kesihatan yang lain.

Jadi bagaimana ibu menyusu boleh meningkatkan penghasilan susu di samping kuruskan badan selepas bersalin? Jawapannya adalah, pastikan tubuh ibu mendapat nutrisi yang mencukupi melalui pengambilan vitamin!


10 Tips Ibu Menyusu Di Bulan Puasa Supaya Susu Tak Dropped

17:40 0 Comments A+ a-

Lebih kurang 2 bulan lagi umat Islam nak menyambut puasa. Tak lama dah tu. Pejam celik pejam celik dah puasa. Opss! Kaum wanita dah habis qada' puasa ke? Almaklum la kita kan ada cuti khas sebulan sekali. Ada juga kaum ibu menyusu terpaksa melepaskan beberapa hari di bulan puasa kerana faktor penyusuan. Kalau diteruskan penyusuan dikhuatiri memudaratkan kesihatan pulak. Jadi pada entry kali ini, Tinie nak bagi beberapa tips ibu menyusu di bulan puasa supaya susu tak dropped. 


Resepi Spaghetti Aglio Olio Paling Mudah Di Abad Ini

17:20 0 Comments A+ a-

Hai uolls! Semalam Johor cuti weekend. Tak tau nak masak apa tengah hari semalam. Nak ajak husband jalan-jalan cari makan pun macam malas jer nak bersiap. Ahaks! So, fikir punya fikir.. tengok lauk apa yang ada dalam peti ais tu. Teringin pulak nak cuba masak spaghetti aglio olio. Spaghetti pun ada tu. Dah lama peram. 🙈


Masalah Bercuti Dengan Anak Kecil : Apa Persediaan Mak Ayah ?

00:29 0 Comments A+ a-

Cuti sekolah datang lagi! Amboi.. bukan main seronok lagi anak-anak dengan plan masing-masing. Tak kurang juga tunggu pengumuman dari mak ayah nak bercuti ke mana. Ini la masanya diorang nak happy-happy kan. Tapi, pada yang ada anak kecil tu macam mana? Apa persediaan kita untuk bawa anak kecil pergi bercuti? Mungkin juga ini percutian pertama mereka. So, banyak perkara unsangkarable boleh terjadi tau. Mak ayah kena get ready mental dan fizikal ! 😉



Vitamin Wajib Ketika Bercuti : Kekal Cergas & Bertenaga Sepanjang Percutian

18:20 0 Comments A+ a-

Minggu depan dah mula cuti sekolah. Pasti ramai yang sudah merancang untuk bawa family bercuti kan? Tak kisah la dalam negara atau luar negara. Yang penting anak-anak happy. Sesekali bawa anak-anak bercuti hilangkan penat belajar apa salahnya. Bawa balik kampung pun diorang dah seronok 😍.



Vivix Halang Kerosakan Sel Akibat Radikal Bebas

13:55 0 Comments A+ a-

RADIKAL BEBAS... RADIKAL BEBAS... RADIKAL BEBAS...

Tak kan pernah habis cerita radikal bebas ni kan?

Radikal bebas adalah molekul dengan elektron tidak berpasangan (kes lonely la ni). Dalam pencarian mereka untuk mencari elektron lain, mereka sangat reaktif dan menyebabkan kerosakan pada molekul sekitarnya.



Radikal bebas yang ada di tubuh manusia berasal dari 2 sumber yakni endogen (dari dalam tubuh) dan eksogen (dari luar tubuh). Eksogen yang berasal dari luar tubuh seperti pencemaran udara, radiasi UV, sinar-X, pestisida dan asap rokok. Radikal bebas endogen adalah radikal bebas yang berasal dari dalam tubuh sendiri seperti autoksidasi, oksidasi enzimatik dan respiratory burst.

Apabila terjadinya infeksi, radikal diperlukan untuk membunuh mikroorganisme penyebab infeksi. Namun, paparan radikal bebas yang berlebihan dan secara berterusan boleh menyebabkan kerosakan sel, mengurangi kemampuan sel untuk beradaptasi terhadap lingkungannya, dan akhirnya menyebabkan kematian sel. Radikal bebas yang bersifat reaktif dapat menyebabkan kerosakan sel, kematian sel, mengurangi kemampuan adaptasi sel sehingga timbul gangguan atau penyakit.



Lambakan radikal bebas dalam tubuh kita menjadikan sel-sel kita "berkarat" kerana tindakan oxidative stress.

OXIDATIVE STRESS


Oxidative stress ialah sebuah kerosakan sel yang disebabkan oleh tindak balas kimia antara radikal bebas dan juga molekul di dalam tubuh. Kerosakan sel yang disebabkan oleh stress ini boleh menjadi salah satu penyebab kepada beberapa penyakit kronik seperti halnya kanser.

Stress ini biasanya terjadi bila di dalam tubuh kita ada RADIKAL BEBAS YANG LEBIH BANYAK BERBANDING ANTIOKSIDANNYA. Hal ini boleh mengakibatkan banyaknya radikal bebas yang terikat dengan seluruh sel tubuh secara kimia. Radikal bebas yang tak stabil ini boleh bertindak balas dengan hampir kesemua jenis molekul, dan boleh merosakkan protein tubuh kita. Radikal bebas ini juga dipercayai mempunyai peranan penting pada kerosakan DNA sel yang menyebabkan mutasi sel sehingga seluruh sel tumbuh tidak terkawal yang akhirnya boleh menjadi penyakit kanser.



BAGAIMANA MENCEGAH OXIDATIVE STRESS ?


Tadi Tinie ada bagitau, oxidative stress ni terjadi sebab radikal bebas lagi banyak dari antioksidannya kan? Jadi, untuk mengelakkan atau menangani masalah ini, tubuh kita perlukan lebih antioksidan.

Biasanya, tubuh kita akan menggunakan zat-zat makanan (antioksidan) untuk mengawal stress di seluruh sel tubuh kita. Antioksidan ini dipercayai mempunyai peranan yang sangat penting untuk meningkatkan imuniti atau sistem kekebalan tubuh dan juga untuk pencegahan kanser, kencing manis, jantung, serta degenerasi makular. Antioksidan ini juga berperanan untuk melambatkan beberapa tanda penuaan awal.

Antioksidan berperanan membersihkan tubuh kita daripada radikal bebas dengan memberikan salah satu electron atom yang dimilikinya. Ketika molekul radikal bebas menarik electron dari molekul antioksida ini, maka radikal bebas itu boleh jadi lebih stabil. Apabila ini berlaku, maka radikal bebas tidak akan berbahaya lagi untuk tubuh kita.

BAGAIMANA MENINGKATKAN KADAR ANTIOKSIDAN DI DALAM TUBUH ?


Semua pakar kesihatan yakin bahawa oxidative stress ini boleh dikendalikan dengan sangat baik dengan cara menjaga pengambilan makanan yang kaya akan antioksidan. Antioksidan pada umumnya berbentuk vitamin C, A, E, selenium, seng, serta POLIFENOL tumbuhan. Antioksidan ini banyak terdapat di dalam sayur-sayuran, teh, dan juga buah-buahan.


VIVIX SHAKLEE


Vivix merupakan minuman campuran botani yang unik kerana menggabungkan 4 ramuan utama yang kaya dengan polifenol. Vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap selular melalui 4 mekanisme iaitu:

  1. Melindungi dan membaiki selular DNA
  2. Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
  3. Menggalakkan biogenesis (pembentuka baru) mitochondria (penjana tenaga) untuk meningkatkan tahan tenaga di dalam sel
  4. Melambatkan pembentukan protein AGE (Advanced Glycation End Products) yang akan mengganggu keutuhan sel

Seperti yang tubuh kita perlukan untuk meningkatkan antioksidan dalam mengawal oxidative stress, Vivix Shaklee sangat kaya dengan antioksidan hasil gabungan resveratrol dan polifenol.

Jadi, jom amalkan minuman Vivix setiap hari untuk menjaga kesihatan tubuh daripada serangan radikal bebas di sekeliling dan dari dalam tubuh anda.


1 sudu vivix setiap hati mampu mengubah hidup anda!

Pengedar Vivix Shaklee
Tinie Muhammad
013-7796796


Cara Tingkatkan Stamina Bersukan Seperti Atlit Bertaraf Dunia !

18:52 1 Comments A+ a-

Masa sekolah dulu rasa ringan jer badan ni bila bersukan. Penat tu memang penat tapi best! Kira zaman cargas la tu kan. Almaklum la zaman remaja stamina kuat lagi. Tapi semenjak umur makin meningkat ni, badan rasa berat jer. Tengok orang bersukan, kita pun nak bersukan. Tapi baru 5 minit dah mula mengah tak cukup nafas! Hahaha..

So, Tinie nak kongsikan di sini cara tingkatkan stamina bersukan supaya tak cepat mengah a.k.a pancit! 😉 Lepas ni boleh la amalkan yer..


1. Target & Fokus


Jangan sesekali bersenam dengan sambil lewa kerana ia akan membuat badan anda malas untuk bekerja kuat untuk mencapai apa yang anda mahukan. Letak target yang anda rasa anda boleh capai. Lepas tu anda cuba sedikit demi sedikit dan pastikan juga anda lepasi setiap satu target yang anda buat. Dengan cara ni, secara tak langsung ia dapat tingkatkan stamina anda.

Contohnya : permulaan anda target berlari sejauh 2km dahulu. Selepas berjaya berlari 2km anda tingkatkan lagi target anda dari 2km ke 3km dan seterusnya. Jangan pulak mula-mula terus lari 20km.

Pengsan nanti. Hehe..

2. Lakukan High Intensity Interval Training


Antara banyak–banyak senaman kardio, senaman yang paling cepat untuk tingkatkan stamina pada tahap “tip top” adalah High Intensity Interval Training (HIIT).

HIIT adalah contoh senaman larian di mana anda berjalan pantas untuk tempoh tertentu, kemudian berlari perlahan (joging) dalam masa tertentu, kemudian berlari pecut sekuatnya untuk tempoh tertentu juga.

3. Lari Laju Seminit


Anda joging dengan kelajuan biasa lima minit dan lari pada kelajuan penuh selama seminit. Kemudian, anda lari pada kelajuan biasa dua minit dan lari pada kelajuan laju selama seminit.

Cuba amalkan, lama kelamaan anda akan mula rasa biasa dan kurang “pancit”.



4. Lari Secara Bertempo


Mulakan larian dengan larian joging biasa. Kemudian, lajukan larian anda sedikit demi sedikit. Contohnya lima minit dengan kelajuan biasa, lima minit lebih laju dan lima minit lebih laju lagi.

Kemudian, kurangkan kelajuan kepada kelajuan biasa. Motif utama senaman ini adalah untuk menggerakkan otot–otot anda pada tahap maksimum. Asid laktik yang terkumpul di kaki dan otot–otot anda akan membantu untuk tingkatkan stamina otot–otot anda.

Kaedah fizikal yang bagus boleh tingkatkan stamina dengan cepat dan berkesan. Anda perlu rajin dan lakukan senaman tersebut setiap hari. Namun, perlu diingatkan juga bahawa badan kita perlukan sokongan atau produk yang dapat membekalkan tenaga untuk kita menjalani aktiviti fizikal tersebut.

5. Pengambilan Suplemen

Semasa bersukan, sangat penting untuk kita minum air semula agar badan kita tidak ternyahhidrat. Baru la badan boleh kekal segar dan bertenaga. Jadi, Tinie cadangkan anda ambil mengambil minuman bertenaga bagi membantu meningkatkan stamina anda ketika bersukan atau melakukan aktiviti seharian. Tetapi pastikan minuman tersebut kurang manis dan bukannya berkarbonat!

Macam mana nak pilih minuman terbaik yang dapat tingkatkan stamina anda?


⭐Meningkatkan Daya Ketahanan Badan – Dapat memberi tenaga kepada otot dan sel dengan cepat.

⭐Membekal Tenaga & Daya Ketahanan Fizikal – Mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangkn metabolisma air dalam tubuh.


⭐Mencegah Penyahhidratan – Mengurangkan kehausan melampau

⭐Mengekalkan Paras Gula – Bagi memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuham akibat kecederaan otot.





PERFORMANCE DRINK SHAKLEE


Tinie cadangkan minuman Performance Drink sebagai minuman bertenaga untuk meningkatkan stamina semasa bersukan.

Minuman ini mempunyai gabungan kompenen penting elektrolik seperti Sodium, Chloride, Magnesium, Kalsium dan Potasium serta Mineral.

Gabungan ini akan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang berada dipasaran. Secara tidak langsung Perfomance Drink membantu menstabilkan bendalir agar tidak berlaku kekeringan.

Performance Drink Terbukti Secara Klinikal :

  • Dapat meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda. 
  • Memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh 
  • Mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) 
  • Menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera 
  • Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan dalam meningkatkan stamina. 
Selain minuman bertenaga, anda juga boleh mengamalkan CoQ Health dan B Complex untuk terus kekal bertenaga.





B COMPLEX SHAKLEE


B Complex berfungsi untuk :

  • Mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan. 
  • Membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran, 
  • Menukarkan makanan kepada tenaga dengan cara menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein. 

Kenapa Tinie cadangkan supplement Shaklee?


SEBAB... RAAAAMAI ATLIT DUNIA AMALKAN SUPPLEMENT SHAKLEE UNTUK TINGKATKAN STAMINA MEREKA! 



















Jadi, tunggu apa lagi? Jom cepat dapatkan rangkaian supplement daripada Tinie. Kalau anda seorang atlit memang wajib ambil supplement ni. Di jamin selamat tanpa bahan kimia dan sangat semulajadi. Lepas ni nak bersukan tak perlu risau mengah lagi. Mesti bertenaga seperti atlit bertaraf dunia! Dan lagi penting, badan kekal sihat, cergas dan bertenaga. Jom amalkan supplement.

Hubungi Tinie di 0137796796.


DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DARI SAYA 😊


Shaklee Independent Distributor Suzaitini Muhammad ( 1071549)


Call/Whatsapp/Sms : +6013-7796 796

Email : suzaitini@gmail.com

Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia 


Saya akan konsult tentang cara penggunaan produk berkesan khas kepada para pelanggan-pelanggan saya. 😊


*****

Mahukan harga lebih jimat? Daftar saja sebagai ahli. Sekali untuk seumur hidup dan anda akan dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Anda juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan!


*** Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.











Pengedar Shaklee Batu Pahat I COD Sekitar Parit Raja & UTHM

11:50 0 Comments A+ a-

Tinie adalah pengguna & Pengedar Shaklee Batu Pahat. :) Tinie juga sediakan perkhidmatan COD di kawasan sekitar Parit Raja dan UTHM.

Jom dapatkan produk-produk Shaklee daripada saya untuk mengatasi masalah-masalah kesihatan dan membina kehidupan yang lebih ceria. Saya sedia memberikan anda konsultasi berkesan secara percuma bila-bila masa anda perlukan. KHAS UNTUK PELANGGAN SAYA SAHAJA! 😉

Semakin ramai di kalangan kita yang menyedari tentang betapa pentingnya menjaga kesihatan di peringkat awal. Bak kata orang jawa, prevention is better than cure! Eh?



ESP Kawal Paras Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis

17:32 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum semua...

Hari ni Tinie nak share topik tentang bagaimana ESP dapat membantu kawal paras gula dalam darah pesakit DIABETIS. Harap sharing ni berguna & bermanfaat untuk kita semua. 😊

" SATU DARIPADA LIMA ORANG DEWASA DI NEGARA INI MENGHIDAP PENYAKIT KENCING MANIS "

" INI MELETAKKAN MALAYSIA DI TANGGA KE-10 DI DUNIA DENGAN JUMLAH PENGHIDAP KENCING MANIS TERAMAI MENGIKUT PERTUBUHAN KESIHATAN DUNIA! "

Dalam banyak-banyak negara, negara kita tangga ke-10! Hebat tu...


Awas Necrosis! Baiki Sel Rosak Dengan Vivix Shaklee

16:36 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum semua!

Hari ni Tinie nak share satu ilmu baru yang Tinie baru dapat berkenaan sel kita. Harap korang sudi luangkan masa untuk baca sampai habis walaupun korang rasa boring yer.. Sebab ilmu yang Tinie nak share ni sangat penting. Berkenaan tubuh kita sendiri! Korang tau apa tu NECROSIS ?

Perbezaan Necrosis dan Apoptosis

Anak Sembelit Sampai Trauma Nak Membuang : Macam Mana Nak Tolong ?

19:42 0 Comments A+ a-

Sembelit adalah antara masalah yang biasa dan selalu kanak-kanak hadapi sehingga trauma setiap kali nak membuang. Bila anak trauma, mereka akan cuba tahan sedaya mungkin untuk ke tandas. Keadaan ini akan memburukkan lagi keadaan jika najis bertambah keras dan semakin sukar untuk membuang. Ada beberapa sebab mengapa kanak-kanak sembelit. Antara punca utama adalah pemakanan yang tidak seimbang. Sebagai ibu bapa adalah penting untuk kita memastikan nutrisi si anak seimbang dan mengelakkan masalah sembelit berulang.


Vitamin Untuk Kanak-Kanak : Elak Demam Dan Selsema

21:15 0 Comments A+ a-

Risau tak bila anak demam? Harus la risau kan. Kita sebagai ibu ni nak buat kerja apa pun susah. Tengok anak lemah jer terbaring. Kalau jenis anak yang nak melekat jer 24 jam, kita pun sama penat nanti. Tambah risau suhu badan semakin naik. Jangan la sampai kena sawan. Tak pasal-pasal kena warded pulak. Kalau anak seorang mungkin kita boleh bagi sepenuh perhatian pada dia, tapi kalau ada anak 2-3 orang? Bertambah kelam kabut jadinya. Mana nak jaga anak di hospital. Uruskan anak di rumah. Tinie anak empat. Kalau seorang anak tumbang, nak uruskan yang lagi 3 tu haru jugak. Sebab tu la Tinie sentiasa bekalkan vitamin untuk anak-anak. Kalau boleh cuba elakkan mereka demam dan selesema. Kalau demam pun tak kerap dan tak teruk. Bukan orang dewasa jer perlukan vitamin ni tau. Kanak-kanak pun perlukan vitamin untuk bantu mereka bina tubuh yang sihat sepanjang tumbesaran mereka.


7 Tips Elak Anak Tantrum Di Tempat Awam

21:07 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum,

Pernah dengar perkataan TANTRUM? Ataupun perkataan yang biasa dalam masyarakat kita adalah meragam atau cranky. Haaa... sekali anak tantrum, kena pulak di tempat awam mesti kaum mak ayah pening kan? Time anak tantrum selalunya memang agak susah dah kita nak ajak berbincang. Tunjuk gajah rimau pun dah tak layan. Hahaha... So, apa tips elak anak tantrum di tempat awam? 


Hari Sukaneka Mak & Anak Taman Universiti, Parit Raja. Meriah sangat!

21:05 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum,

Hi semua! Buat apa hujung minggu ni? Hari ni Tinie nak kongsikan dengan anda semua kisah pagi semalam. Hari Sukaneka Mak-Mak & Anak-Anak di Taman Universiti Parit Raja. Taman Tinie la tu... Meriah uolls! Lagi-lagi bila melibatkan mak & anak jer. Kaum bapak jaga rumah la semalam. Hehe. Dan sebagai salah seorang AJK yang terlibat, of course la Tinie antara yang mem'busy'kan diri semalam. 😅

hari sukaneka taman
Sebelum mula kita selfie dulu!

Tinie kena jadi emcee bidan terjun A.K.A pengacara majlis. Tapi sebab program sukaneka tu jenis happy-happy santai jer, redah jer la kan. So tak risau nak jadi pengacara. Tak ada VIP pun.

Masalah Kejang Kaki & HB Rendah Setiap Kali Mengandung Selesai dengan Set Hamil Shaklee

18:09 0 Comments A+ a-

Alhamdulillah Tinie dah di beri peluang melalui pengalaman 4 kali mengandung. 4 kali mengandung, 4 anak, 4 perangai ibu mengandung. Orang cakap hidup ni kan adalah pembelajaran berterusan. Macam tu jugak dengan pengalaman mengandung. Setiap anak memberikan pengalaman berbeza-beza. Tapi ada masalah sama yang Tinie paling bimbang setiap kali mengandung. Dan Tinie hanya berjaya atasi semasa mengandung kali ke empat! Masalahnya adalah kejang kaki dan HB rendah!


Ok, jom Tinie kongsikan dengan anda semua masalah yang paling Tinie bimbang ni setiap kali mengandung.

Keperluan Nutrisi Lengkap Ibu Hamil Dalam Set Hamil Shaklee

20:05 0 Comments A+ a-

Setiap ibu hamil tentu teruja apabila mendapat berita kehamilan terutama kehamilan sulung. Sudah semestinya pelbagai persediaan dirancang untuk keperluan si ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Buat masa terdekat, tentulah kesihatan ibu dan bayi menjadi keutamaan. Jadi, pastikan ibu mendapat keperluan nutrisi lengkap supaya ibu kekal tertenaga dan bayi membesar dengan sihat. Di sini Tinie cadangkan Set Hamil Shaklee yang telah membantu ramai ibu hamil di luar sana.

set hamil

Tips Ringkas Hilangkan "Morning Sickness" atau Mabuk Semasa Hamil

20:28 0 Comments A+ a-

Berita yang paling menggembirakan bagi setiap pasangan berkahwin adalah di saat menerima berita kehamilan. Namun di sebalik kegembiraan tersebut, ramai wanita yang kalah sewaktu hamil dan mengalami mabuk hamil. Ini termasuk lah rasa loya, muntah-muntah dan tidak dapat menerima bau-bau yang selama ini biasa baginya,

HIlangkan Mabuk Hamil

Mabuk hamil adalah salah satu di antara cabaran yang harus dilalui oleh seorang ibu mengandung. Ada yang langsung tak merasainya, ada yang sangat teruk sehingga terlantar tidak boleh bangun dan ada juga yang dialami oleh sang suami. Sayang betul suami pada isteri. Sakit pun nak dikongsi. Tapi tak bermakna suami yang tak mabuk tak sayang isteri pula yer. 😉

Apa itu mabuk hamil ?


Mabuk hamil atau "morning sickness" merupakan perasaan loya atau mual yang seringkali dialami oleh wanita hamil di dalam trimester pertama. Ia biasanya berlaku pada waktu pagi dan reda dengan sendirinya menjelang tengahari atau petang bergantung kepada tahap keseriusan mabuk hamil.


Berapa lama tempoh hamil ? 


Setiap orang tidak sama tempoh mereka mengalami mabuk hamil. Bergantung kepada kondisi badan wanita tersebut. Perubahan hormon dalam tempoh 12 minggu pertama adalah mungkin salah satu sebab-sebab kenapa seseorang itu mengalami mabuk hamil. Mungkin juga kerana kekurangan nutrisi dalam diet. 

"Morning sickness" biasanya bermula pada kira-kira 6 minggu pertama kehamilan dan akan beransur-ansur pulih di antara tempoh 14 minggu dan 16 minggu. Tetapi anda mungkin mendapati bahawa pelbagai peringkat loya akan terus berlaku sehingga 20 minggu, dan mungkin juga dalam keseluruhan tempoh kehamilan. 

Namun, jika anda mengalami kesakitan, demam atau sakit kepala, atau rasa loya dan muntah-muntah untuk kali pertama selepas 9 minggu kehamilan, segera berjumpa dengan doktor anda. 

Berapa lamakah mabuk hamil akan berpanjangan ?


Rasa loya dan muntah lazimnya bermula sekitar 6 minggu kehamilan. Selalunya ia berlaku pada waktu pagi, tetapi boleh juga berlaku pada bila-bila masa siang atau malam. Sumber dari kementerian kesihatan menyatakan, lebih kurang 80% wanita akan berhenti mengalami gejala ini sekitar 12 minggu kehamilan, selebihnya beransur pulih sekitar 16 minggu kehamilan. Walau bagaimanapun ada juga segelintir wanita yang terus mengalami masalah ini sepanjang kehamilan.

Cara atasi mabuk hamil 


1. Lakukan pemeriksaan doktor


Jika anda bangun dan merasakan loya yang teramat dan muntah-muntah sehingga lemah seluruh anggota badan, adalah lebih baik jika anda segera mendapatkan rawatan doktor dan ambillah cuti pada hari tersebut. Jika perlu, doktor akan memberikan ubat yang sepatutnya untuk mengurangkan mabuk.

Kemungkinan besar juga badan anda sedang menyesuaikan diri bagi membantu perkembangan bayi anda dan badan anda amat memerlukan rehat yang secukupnya. Ia dapat membantu anda dari segi fizikal dan mental untuk menempuh hari-hari sepanjang tempoh kehamilan.

2. Hidu bau limau 


Kebanyakan mabuk hamil berpunca dari bau yang kuat terutamanya bau busuk seperti lori sampah yang lalu depan rumah atau pun baru masam seperti ketika sedang berada dalam sebuah pengangkutan awam. Jika anda mula berasa mual, antara cara termudah untuk atasinya adalah dengan membawa ekstrak limau atau bunga rosemary di dalam beg anda, dan menghidunya apabila mula berasa mual. Aroma segar ini dapat melegakan hidung anda daripada bau busuk tersebut dan rasa mual pun akan beransur-ansur hilang. 

3. Minum air dalam kuantiti yang banyak 


Minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari dapat mengurangkan mabuk hamil. Ini adalah disebabkan kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan mabuk hamil lebih teruk sekiranya ia berlaku. Ada juga yang mengatakan, minum segelas air sejuk berais ataupun minum secawan teh panas dapat membantu mengatasinya. 


4. Elakkan perut kosong 

Cuba untuk makan sedikit biskut bagi mengelakkan perut kosong dan masuk angin. Dengan cara mengalas perut, kesan mabuk hamil tidaklah seteruk berbanding perut kosong. Dalam erti kata lain, makan sedikit-sedikit tetapi kerap. Perut kosong menggalakkan penghasilan asid di dalam perut dan menggalakkan muntah. Jadi, selalu la sediakan kudapan dalam handbeg anda! 

5. Minum teh halia 


Kalau kebiasaannya kita minum teh halia untuk membuang angin di dalam badan. Sebenarnya kandungan di dalam halia juga dapat membantu mengurangkan kesan mabuk hamil. Tetapi jika anda seorang yang tidak boleh tahan dengan halia, jangan paksa diri untuk telan pula. Ok? Cuba cari alternatif seperti kapsul halia. 


6. Makan vitamin 


Cuba ambil vitamin B6. Pengambilan 50mg vitamin B6 setiap hari terbukti dapat membantu di dalam mengurangkan peluang untuk mendapat mabuk hamil.


Tidak ada orang yang mahukan mabuk hamil, saya paham....saya pun tak nak hehehe..tapi pakej tu kan kita kena terima jugak dalam proses nak jadi ibu. Jadi saya amat berharap tips-tips yang saya kongsikan ni dapat lah mengurangkan serba sedikit mabuk hamil yang dihadapi tu...semoga perkongsian dari saya ini dapat memberi manfaat.

Jika anda ada petua lain, sila kongsikan di ruang komen. 

Selamat mencuba! 😊