ESP Kawal Paras Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis

17:32 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum semua...

Hari ni Tinie nak share topik tentang bagaimana ESP dapat membantu kawal paras gula dalam darah pesakit DIABETIS. Harap sharing ni berguna & bermanfaat untuk kita semua. 😊

" SATU DARIPADA LIMA ORANG DEWASA DI NEGARA INI MENGHIDAP PENYAKIT KENCING MANIS "

" INI MELETAKKAN MALAYSIA DI TANGGA KE-10 DI DUNIA DENGAN JUMLAH PENGHIDAP KENCING MANIS TERAMAI MENGIKUT PERTUBUHAN KESIHATAN DUNIA! "

Dalam banyak-banyak negara, negara kita tangga ke-10! Hebat tu...




APA ITU DIABETIS?


DIABETIS atau KENCING MANIS adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah seseorang adalah tinggi dari normal secara kronik.


MACAM MANA DIABETIS BOLEH TERJADI?


Insulin adalah satu hormon yang dikeluarkan oleh pankreas. Bagi orang yang sihat, karbohidrat dalam makanan yang dimakan akan ditukarkan menjadi glukosa (sejenis  gula) yang akan disebarkan ke seluruh sel badan untuk dijadikan tenaga. Fungsi insulin ialah membantu glukosa masuk ke dalam sel badan.

Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak menghasilkan cukup insulin (Diabetis Type 1) atau apabila badan kita sudah tidak sensitif dengan insulin dalam badan (Diabetis Type 2).


Apabila pankreas menghasilkan insulin yang sedikit atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan, ini menyebabkan glukosa sukar masuk ke dalam sel badan dan seterusnya paras gula dalam darah akan meningkat. Keadaan paras gula yang kekal tinggi di dalam darah inilah yang dipanggil  Diabetes.


Glukosa yang tidak dapt digunakan ini akan terkumpul di dalam darah dan akhirnya mengalir melalui buah pinggang dan dikeluarkan melalui air kencing. Glukosa yang terkumpul di dalam darah juga akan merosakan  tisu-tisu badan termasuk organ dan saraf.

Diabetes adalah pembunuh yang senyap (silent killer). Sekiranya tidak dikawal, pelbagai komplikasi akan melanda pesakit.

Antara risiko akibat daripada diabetis adalah :

- buta
- komplikasi buah  pinggang
- masalah jantung
- strok
- gangren (selalunya mengakibatkan amputasi kaki akibat luka yang lambat sembuh atau mengalami jangkitan kuman kronik)

CARA MENGAWAL DIABETIS


Tahukah anda, dari segi perubatan moden, diabetis tidak dapat diubati, tetapi boleh dikawal.
Antaranya adalah seperti :

- pengambilan makanan dan diet seimbang
- melakukan senaman dengan kerap
- mengawasi kadar gula dalam darah
- tidak merokok
- mengawal berat badan

Bagi masalah badan tidak dapat menghasilkan insulan sendiri, kebiasaannya doktor akan menggunakan ubat insulin sahaja.

Bagi kes sel badan tidak dapat menyerap insulin akibat sel mereka kehilangan sensitiviti terhadap hormon insulin (insulin resistance), pengambilan supplemen boleh membantu.

Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa asid amino Arginine memberi kesan positif terhadap sensitiviti sel terhadap insulin.

ARGININE?


Arginine adalah asid amino penting yang amat diperlukan oleh tubuh manusia.

ESP adalah satu-satunya produk yang mempunyai kesemua 9 Asid Amino penting ini. Sebab itulah pesakit diabetes amat digalakkan untuk minum ESP sebagai salah satu cara atau ikhtiar untuk meningkatkan sensitiviti sel tubuh terhadap insulin.



Selain itu, kandungan Indeks Glisemik (GI) dalam ESP juga adalah pada tahap rendah iaitu 39. Makanan yg mempunyai GI yg rendah amat sesuai utk pesakit Diabetes kerana ia menyebabkan paras gula tidak naik mendadak dan lebih stabil.

Sebab itu lah Tinie sangat sarankan sesiapa yg ada masalah diabetes @ sipi-sipi nak kena diabetes supaya amalkan ESP setiap hari.

Eh, ESP ni bukan hanya untuk pesakit diabetes je tau. Semua org boleh minum.

Korang cuba dulu se-tong, pasti korang akan terpikat bukan hanya dengan kelazatannya tapi juga.terpikat dengan kesannya.

Nak cuba? Contact je Tinie ok.

Tinie - 0137796796

DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DARI SAYA ðŸ˜Š


Shaklee Independent Distributor Suzaitini Muhammad ( 1071549)


Call/Whatsapp/Sms : +6013-7796 796

Email : suzaitini@gmail.com

Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia 

Saya akan konsult tentang cara penggunaan produk khas kepada para pelanggan-pelanggan saya. 😊


*****


Mahukan harga lebih jimat? Daftar saja sebagai ahli. Sekali untuk seumur hidup dan anda akan dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Anda juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan!


*** Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 .