Atasi Masalah Alzheimer Dengan Vivix !

12:11 0 Comments A+ a-

Alzheimer merupakan penyakit nyanyuk yang biasa menyerang warga emas (boleh juga menyerang sesiapa saja, dari umur 30an hingga 80an).

Mengikut statistik Asia Pasifik, penghidap penyakit ini telah mencecah 18 juta orang. Lebih kurang 60,000 orang di Malaysia merupakan penghidap Alzheimer. Dijangka pada tahun 2020, angka ini akan berganda kepada 120,000 orang.

Alzheimer merupakan penyakit penurunan fungsi dan daya ingatan otak yang menyebabkan hilang ingatan (lupa), permulaan kepada nyanyuk dan perubahan mood yang ketara.



Penyakit ini dimulai dengan hilangnya sedikit ingatan dan kebingungan, yang akhirnya menyebabkan kelemahan mental sehingga tidak dapat mengingat, berfikir, belajar, berimaginasi dan membuat keputusan yang betul.

Setakat ini belum ada ubat yang betul-betul boleh mengubati penyakit ini, walaupun ada rawatan yang dapat mengurangkannya.

Penyakit Alzheimer ini dipercayai adalah kombinasi antara genetik, gaya hidup dan persekitaran seseorang, yang merosakkan sel otak.


Kerosakan sel otak/saraf (neuron) pada pengidap Alzheimer disebabkan oleh dua struktur tak normal, iaitu plak dan tangles, yang membunuh sel saraf di dalam otak.

Struktur plak adalah pengumpulan serpihan protein (beta-amyloid) di dalam ruang antara sel-sel saraf (neuron). Di dalam otak yang sihat, serpihan protein dipecahkan dan dihapuskan. Dalam penyakit Alzheimer, serpihan berkumpul dan membentuk plak tidak larut.

Struktur tangle ialah fiber berpintal bagi protein yang dikenali sebagai 'tau' yang berkumpul di dalam sel-sel neuron. Bagi pengidap Alzheimer, plak dan tangles ini tersebar di korteks otak.

10 Tanda awal yang sering berlaku kepada pengidap Alzheimer ialah:


  1. Mudah lupa atau hilang ingatan.
  2. Sukar membuat dan mengikut perancangan atau menyelesaikan masalah.
  3. Sukar menyelesaikan kerja-kerja harian biasa di rumah, di tempat kerja atau di tempat-tempat lain.
  4. Keliru dengan masa dan tempat.
  5. Masalah memahami imej gambar atau masalah penglihatan.
  6. Masalah mencari perkataan yang tepat semasa bercakap atau menulis.
  7. Lupa tempat letak barang dan tidak dapat mengingati kembali peristiwa sebelum itu.
  8. Kurang/lemah pertimbangan dalam penilaian sesuatu perkara.
  9. Mengasingkan diri daripada bersosial atau aktiviti sosial.
  10. Perubahan mood dan personaliti.

Kajian menunjukkan resveratrol dapat membantu membuang plak beta amyloid di dalam otak dan mencegahnya daripada terbentuk. Pengambilan vivix yang kaya dengan resveratrol adalah sangat penting untuk menjaga kesihatan terutamanya mengurangkan kemerosotan fungsi otak.


Vivix mengandungi 4 mekanisme utama yang mampu merawat hingga ke peringkat DNA


1. Cell Defence > mempertahankan sel yang mudah rosak dan berpenyakit

2. Cell Energy > memberi tenaga kepada sel yang lemah

3. Cell Repair > membaiki sel yang telah rosak

4. Cell Performance > meningkatkan prestasi sel

Jadi apa tunggu lagi? Dapatkan vivix sekarang untuk kesihatan anda secara menyeluruh. Dengan hanya 1 sudu vivix setiap hari mampu mengubah hidup anda!

Nak dapatkan vivix? Tekan link ni www.wasap.my/60137796796