6 Masalah Yang Dihadapi Oleh Ibu Menyusu Badan
Pengalaman menyusu badan adalah antara pengalaman yang sangat berharga bagi setiap kaum wanita. Tambahan bila pertama kali menjadi ibu & pertama kali nak menyusu badan kepada bayi. Macam-macam rasa ada. Mula-mula malu, geli.. kekok pun ada. Almaklumlah first time kan. Kadang-kadang ada jugak ibu muda yang cemas bila pertama kali menyusu badan. Korang dulu macam mana? Mesti macam-macam pengalaman menyusu bayi kan? Tapi yang pasti rasa tenang jer bila tengok bayi menyusu dan tertidur lena. Bahagianya jadi ibu!!! Taaaapi, tak kurang juga ada yang hadapi beberapa masalah menyusu badan. Di sini Tinie senaraikan 6 masalah yang biasa dihadapi oleh ibu menyusu badan. Ada tak yang sama dengan masalah korang pernah hadapi?
Selalunya yang mengalami rasa sakit ni ada 2 jenis. Pertama sakit disebabkan bayi tidak melekap dengan betul semasa menyusu. First time mommy la yang selalu ada masalah ni sebab belum biasa lagi. Tapi ada jugak ibu yang dah 2-3 kali menyusu tetap hadapi masalah sama sebab menggunakan teknik yang salah ketika menyusukan bayi.
Macam mana teknik betul menyusu bayi? Cuba baca Teknik Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi Dengan Betul & Selamat. Dengan mengamalkan teknik yang betul, bukan sahaja anda tidak sakit, malah boleh mengelakkan bayi tersedak dan lemas semasa menyusu.
Sakit yang kedua adalah sakit seperti nyeri di dalam perut semasa menyusu. Tahukah anda, sewaktu bayi menyusu, rahim kita sedang dirangsang untuk mengecut. Semakin kuat bayi menyusu, semakin kuar rahim kita sedang mengecut. Kalau tak tahan memang boleh mengalir la air mata ni. Tapi yang bagusnya adalah rahim kita lebih cepat kecut. Sebab itu la penyusuan secara terus kepada bayi sangat-sangat digalakkan. Cepat rahim kecut, cepat la perut kempis. ;)
Masalah 2 : Puting merekah
Pernah tak puting merekah atau macam melecet luka. Sakit tu memang tak boleh nak cakap la. Macam nak menangis nak meraung. Sampai ketap-ketap bibir. Sebabnya adalah bila kulit di sekeliling puting kering, kulit akan sangat mudah merekah. Selain itu, teknik penyusuan yang salah juga menyumbang kepada masalah ini. Kaedah perlekapan yang salah juga boleh jadi sebab puting merekah.
Jadi, cuba check semula teknik penyusuan kita. Cara bayi melekap semasa menyusu. Sebab tu ilmu menyusu ni penting. Bukan main sumbat jer puting tu dalam mulut bayi. Kerapkan penyusuan bayi. Jangan tunggu bayi terlalu lapar kerana bayi akan hisap terlalu kuat. Bangunkan bayi setiap 2-3 jam kerana bayi baru lahir suka tidur. Bila bayi terjaga dalam keadaan terlalu lapar, bayi akan lebih kuat menghisap. Selain itu, selang-selikan penyusuan antara puting yang tidak luka supaya luka cepat sembuh. Anda juga boleh sapukan krim herbal blend bagi mengelakkan kulit kering dan membantu penyembuhan.
Masalah 3 : Bengkak susu
Bengkak susu selalu terjadi sama ada penghasilan susu terlalu banyak ataupun terdapat salah satu saluran susu dalam payudara telah tersumbat. Salur susu tersumbat biasanya berpunca daripada susu yang tidak keluar sempurna. Juga boleh terjadi sekiranya payudara tidak dikosongkan dengan betul, teknik menyusu tidak betul, jangkitan dan pemakaian bra yang terlalu ketat dan tidak sesuai. Apabila bengkak susu terjadi, payudara akan berasa keras terutamanya di bahagian saluran yang tersumbat. Akan terasa sengal apabila dipegang dan boleh menjadi teruk sehingga bertukar menjadi merah. Jika tidak ditangani dengan cepat, kesakitan bengkak susu boleh mengakibatkan demam.
Justeru, si ibu dinasihatkan untuk selalu mengosongkan payudara setiap 2 jam dan boleh mengamalkan beberapa petua untuk menangani masalah bengkak susu. Antaranya adalah dengan tuam di tempat yang bengkak untuk melancarkan saluran susu yang tersumbat. Penggunaan daun kubis juga dapat membantu meredakan sakit akibat bengkak susu. Selain itu, teknik mengurut "pressure massage" juga boleh diaplikasikan di samping menyusukan anak dengan lebih kerap. Jika anda mempunyai anak berusia 1-2 tahun yang masih menyusu, boleh susukan mereka terlebih dahulu sebelum bayi kerana hisapan mereka lebih kuat. Kaedah lain yang mudah untuk anda amalkan adalah dengan mengambil supplement seperti Lecithin. Amalan ambil Lecithin dalam diet harian boleh melegakan atau meredakan bengkak susu. Mudah hanya berbentuk softgel yang telah dimodenkan.
Masalah 4 : Mastitis
Mastitis adalah jangkitan dalam payudara yang disebabkkan oleh salur susu tersumbat dan bengkak susu. Bila bengkak sahaja mungkin tidak menjadi masalah. Namun jika dibiarkan boleh berlaku jangkitan pada payudara. Jika demam, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut terutama jika anda demam akibat mastitis.
Oleh kerana mastitis adalah jangkitan bakteria, biasanya doktor akan berikan antibiotik. Selain itu, kerap tuam dengan air panas, mandi hot shower, berurut jika perlu dan kerap kosongkan payudara. Jangan takut untuk susukan bayi kerana kawasan keras dan merah tersebut akan surut secara perlahan-lahan.
Masalah 5 : Jangkitan kulat
Kulat trush ini biasanya ada pada mulut bayi, tetapi boleh merebak ke dalam payudara ibu. Kulat trush ini biasanya dipanggil Candida albicans dan biasanya memang ada di bahagian mulut, salur pencernaan dan kulit. Apabila pembiakannya tidak terkawal, kulat ini boleh menjadi jangkitan.
Antara tanda jangkitan kulat pada ibu menyusu adalah seperti berikut :
- Gatal, berkilat dan merah pada puting, malah kadang-kala ada nipple crack.
- Sakit semasa menyusu dan selepas menyusu.
- Rasa seperti terbakar dan pedih.
- Untuk ibu yang berkulit putih, kawasan nipple jadi merah atau purple red ataupun pink terang.
- Untuk ibu berkulit gelap, kawasan nipple jadi lebih gelap dan merah-merah.
- Nipple jadi lebih tegang berbanding biasa.
- Nipple kering dan menggelupas.
- Nipple berisi blister (biji air)
- Nipple ada bintik putih.
- Nipple kelihatan membengkak.
- Ibu-ibu terkena jangkitan kulat di vagina.
Segera berjumpa doktor jika anda mempunyai tanda-tanda di atas. Doktor akan berikan ubat antifungus untuk jangkitan kulat kepada ibu dan juga bayi. Disebabkan fungus ini daripada mulut bayi, bayi pun kadang tak selesa. Bergantung kepada berapa serius jangkitan fungus tersebut.
Masalah 6 : Susu ibu kurang
Masalah ni memang menjadi dilema ramai ibu-ibu di luar sana. Sama ada ibu pertama kali menyusukan bayi atau pun yang telah mempunyai pengalaman menyusu sebelum ini. Satu hal yang wajib para ibu tahu adalah penghasilan susu sangat berkait rapat dengan permintaan bayi. Kita guna konsep supply & demand. Lebih banyak demand dari bayi untuk menyusu, lebih banyak susu dikeluarkan. Tak kira la walau ibu beranak seorang ataupun kembar. Susu akan tetap dihasilkan cukup untuk keperluan bayi.
Perkara yang penting untuk mengelakkan penghasilan susu merudum adalah dengan sentiasa menjaga demand susu tersebut. Maknanya, kosongkan payudara sekerap yag boleh. Seeloknya setiap 2 jam. Jangan tunggu payudara panuh kerana secara tidak langsung menghantar mesej bahawa penghasilan susu telah cukup dan kilang susu akan berhenti setakat itu sahaja. Selain itu, minum air yang cukup 2-3 liter sehari dan nutrisi yang lengkap juga sangat mempengaruhi kuantiti dan kualiti susu yang dihasilkan. Ramai wanita yang salah sangka, untuk menghasilkan susu yang banyak maka mereka harus makan banyak. Amalan seperti ini tidak menjamin kuanliti dan kuantiti susu yang banyak, malah boleh menyumbang ke arah masalah kenaikan berat badan secara mendadak. Dapatkan nutrisi lengkap ibu menyusu seperti Set Penyusuan Shaklee untuk membantu tubuh menghasilkan susu yang cukup dan berkualiti. Pengambilan supplement juga dapat menghindarkan tubuh ibu dari berasa letih dan cepat penat.
Jadi ibu-ibu sekalian... cuba kenalpasti semula apa masalah sebenar anda dalam perjuangan menyusu bayi. Ada kalanya masalah tersebut mungkin kecil, tetapi apabila kita stress kita jadi buntu. Dan ada juga masalah yang kita anggap remeh, namun mungkin memerlukan kita membuat pemeriksaan doktor. Kenali simptom-simptom pada tubuh anda dengan teliti. Jika memerlukan sokongan dalam penyusuan anda, dapatkan Set Penyusuan Shaklee dengan segera. Tubuh kita perlu menampung keperluan ibu dan anak. Sudah tentu la nutrisi yang diperlukan adalah lebih daripada biasa. Ingat! jangan stress-stress... Lengkapi diri dengan ilmu penyusuan + nutrisi selengkapnya dan anda akan kagum dengan perjalanan penyusuan anda!
Happy brestfeeding!!! 😘😘😘
Salam sayang,
Tinie
0137796796