Masalah Kejang Kaki & HB Rendah Setiap Kali Mengandung Selesai dengan Set Hamil Shaklee

18:09 0 Comments A+ a-

Alhamdulillah Tinie dah di beri peluang melalui pengalaman 4 kali mengandung. 4 kali mengandung, 4 anak, 4 perangai ibu mengandung. Orang cakap hidup ni kan adalah pembelajaran berterusan. Macam tu jugak dengan pengalaman mengandung. Setiap anak memberikan pengalaman berbeza-beza. Tapi ada masalah sama yang Tinie paling bimbang setiap kali mengandung. Dan Tinie hanya berjaya atasi semasa mengandung kali ke empat! Masalahnya adalah kejang kaki dan HB rendah!


Ok, jom Tinie kongsikan dengan anda semua masalah yang paling Tinie bimbang ni setiap kali mengandung.



Kejang Kaki


Masalah pertama adalah masalah krem kaki. Ada orang panggil simpul biawak atau simpul mengkarung. Tak tau la biawak ke mengkarung yang punya simpul. Tapi yang pasti memang sakit woo...

Ingat lagi semasa mengandungkan anak pertama. Tengah tidur tiba-tiba Tinie menjerit. Terkejut cik abang kat sebelah. Dia dah panik tanya kenapa.. kenapa.. Tapi memang sakit sangat sampai tak boleh cakap. Tinie cuma boleh cakap "kaki! kaki!" sambil tunjuk kaki. Menggelabah biawak (mungkin sebab ni orang panggil simpul biawak 😅) la cik abang tanya kenapa dengan kaki? Dia pun tak tau nak buat apa. Anak sulung kan. Masing-masing tak ada pengalaman. Tak tau nak buat apa. Kelakar jugak kalau nak diingat balik macam mana gelabah kitorang malam tu. Tapi sakit dia memang tetap dalam ingatan sanubariku. Huhu.

Hingga la mengandung anak ke 2 dan ke 3. Tetap dibayangi kaki krem kaki tu. Apa yang Tinie cuba elakkan adalah menggeliat. Kadang kalau kita menggeliat kan mesti urat-urat semua tegang. Masa tu lagi la senang kena krem kaki. Tapi kalau nak kena masa tidur memang tak bleh buat apa dah. Redha jer la. Cuma cik abang bantu dengan menolak semula kaki ke atas. Alhamdulillah lega semula.

Bacaan HB Rendah


Masalah kedua adalah bacaan HB rendah. Dah la memang Tinie ni jenis orang darah rendah. Bacaan HB pulak rendah. Haish! Setiap kali ada appoinment klinik untuk check up mengandung mesti risau pasal HB. Sampaikan setiap kali check, Tinie yang tanya nurse dulu. Berapa bacaan HB. Tak sabar betul! Takut sebenarnya... Hehe. Pernah bacaan HB Tinie rendah sangat. Cecah 8.5. Doktor catat sebagai "anemia in pregnancy" Hamik ko... anemia terus! Puan doktor siap bekalkan dengan pil Iberet tu untuk naikkan HB. Dah la besar gedabak pil tu. Tapi pelik gak sebab tak berapa nak naik bacaan HB tu. Macam-macam petua la Tinie buat nak naikkan baccan HB tu.

Sampai la mengandung anak ke empat baru la cerdik sikit. Ehek! Tinie jumpa penyelesaian untuk dua masalah yang paling Tinie bimbang tu. Apa dia? Jom check it out!

Set Hamil Shaklee!


Yup! Tinie berjaya selesaikan masalah tu dengan vitamin dalam Set Hamil Shaklee. Dalam Set Hamil Shaklee kan ada Ostematrix, Vita-lea dan vitamin C. Ini la antara hero Tinie waktu mengandung kali ke empat. (Awat la lambat benor nak berjodoh dengan Set Hamil Shaklee ni 😌)



Ostematrix 


Ostematrix ni berfungsi membaiki rangsangan urat saraf dan mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung. Sejak amalkan ostematrix ni memang nampak perubahan best. Kaki memang jarang sangat kejang. Tidur pun lena jer. Lagi satu yang bestnya ambil ostematrix ni nak membuang pun tak sembelit taau. Lancar jer. Hehe.



Vita-Lea Iron Formula


Perubahan memang nampak pada bacaan HB sejak amalkan Vita-lea ni. Penat makan macam-macam nak naikkan HB. Last-last ambil Vita-lea jer. Settle masalah. HB naik cantik jer. Wuhuuuu...

Vita-lea Shaklee adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Ia turut diperkaya dengan zat besi yang diperlukan oleh tubuh ibu hamil. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, dan anemia.


Vitamin C


Vitamin C membantu penyerapan iron yang penting dalam pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah. Sebab itu lah ada sesetengah kes ibu tetap mengalami anemia walaupun mengambil pelbagai makanan tinggi ion kerana ion tersebut tidak diserap oleh tubuh.

Nampak tak antara sebab HB ku tak naik-naik. Vitamin C tak cukup! 😏

Jadi, pada rakan-rakan yang senasib dengan Tinie, memang Tinie sangat-sangat galakkan ambil Set Hamil Shaklee lengkap terus. Sebab set tu memang diwujudkan khas untuk memenuhi keperluan nutrisi ibu mengandung. Tak perlu risau tak cukup khasiat waktu mengandung. 😄

Kalau korang nak dapatkan Set Hamil Shaklee ni korang boleh terus hubungi Tinie 013-7796796 untuk dapatkan set ni. Tak payah pening-pening lagi cari petua bagai. Ni la petua paling mujarab. Tinie akan guide korang macam mana nak makan set ni nanti. Tinie dah ada pengalaman. So jangan risau. Jaminan Tinie, korang pasti akan puas hati dengan Set Hamil Shaklee ni nanti.

Highly recommended ! 


DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DARI SAYA 😊


Shaklee Independent Distributor Suzaitini Muhammad ( 1071549) 


Call/Whatsapp/Sms : +6013-7796 796

Email : suzaitini@gmail.com

Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia 

Saya akan konsult tentang cara penggunaan produk khas kepada para pelanggan-pelanggan saya. 😊


*****

Mahukan harga lebih jimat? Daftar saja sebagai ahli. Sekali untuk seumur hidup dan anda akan dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Anda juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan!


*** Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.