Tips Ringkas Hilangkan "Morning Sickness" atau Mabuk Semasa Hamil

20:28 0 Comments A+ a-

Berita yang paling menggembirakan bagi setiap pasangan berkahwin adalah di saat menerima berita kehamilan. Namun di sebalik kegembiraan tersebut, ramai wanita yang kalah sewaktu hamil dan mengalami mabuk hamil. Ini termasuk lah rasa loya, muntah-muntah dan tidak dapat menerima bau-bau yang selama ini biasa baginya,

HIlangkan Mabuk Hamil

Mabuk hamil adalah salah satu di antara cabaran yang harus dilalui oleh seorang ibu mengandung. Ada yang langsung tak merasainya, ada yang sangat teruk sehingga terlantar tidak boleh bangun dan ada juga yang dialami oleh sang suami. Sayang betul suami pada isteri. Sakit pun nak dikongsi. Tapi tak bermakna suami yang tak mabuk tak sayang isteri pula yer. ðŸ˜‰

Apa itu mabuk hamil ?


Mabuk hamil atau "morning sickness" merupakan perasaan loya atau mual yang seringkali dialami oleh wanita hamil di dalam trimester pertama. Ia biasanya berlaku pada waktu pagi dan reda dengan sendirinya menjelang tengahari atau petang bergantung kepada tahap keseriusan mabuk hamil.


Berapa lama tempoh hamil ? 


Setiap orang tidak sama tempoh mereka mengalami mabuk hamil. Bergantung kepada kondisi badan wanita tersebut. Perubahan hormon dalam tempoh 12 minggu pertama adalah mungkin salah satu sebab-sebab kenapa seseorang itu mengalami mabuk hamil. Mungkin juga kerana kekurangan nutrisi dalam diet. 

"Morning sickness" biasanya bermula pada kira-kira 6 minggu pertama kehamilan dan akan beransur-ansur pulih di antara tempoh 14 minggu dan 16 minggu. Tetapi anda mungkin mendapati bahawa pelbagai peringkat loya akan terus berlaku sehingga 20 minggu, dan mungkin juga dalam keseluruhan tempoh kehamilan. 

Namun, jika anda mengalami kesakitan, demam atau sakit kepala, atau rasa loya dan muntah-muntah untuk kali pertama selepas 9 minggu kehamilan, segera berjumpa dengan doktor anda. 

Berapa lamakah mabuk hamil akan berpanjangan ?


Rasa loya dan muntah lazimnya bermula sekitar 6 minggu kehamilan. Selalunya ia berlaku pada waktu pagi, tetapi boleh juga berlaku pada bila-bila masa siang atau malam. Sumber dari kementerian kesihatan menyatakan, lebih kurang 80% wanita akan berhenti mengalami gejala ini sekitar 12 minggu kehamilan, selebihnya beransur pulih sekitar 16 minggu kehamilan. Walau bagaimanapun ada juga segelintir wanita yang terus mengalami masalah ini sepanjang kehamilan.

Cara atasi mabuk hamil 


1. Lakukan pemeriksaan doktor


Jika anda bangun dan merasakan loya yang teramat dan muntah-muntah sehingga lemah seluruh anggota badan, adalah lebih baik jika anda segera mendapatkan rawatan doktor dan ambillah cuti pada hari tersebut. Jika perlu, doktor akan memberikan ubat yang sepatutnya untuk mengurangkan mabuk.

Kemungkinan besar juga badan anda sedang menyesuaikan diri bagi membantu perkembangan bayi anda dan badan anda amat memerlukan rehat yang secukupnya. Ia dapat membantu anda dari segi fizikal dan mental untuk menempuh hari-hari sepanjang tempoh kehamilan.

2. Hidu bau limau 


Kebanyakan mabuk hamil berpunca dari bau yang kuat terutamanya bau busuk seperti lori sampah yang lalu depan rumah atau pun baru masam seperti ketika sedang berada dalam sebuah pengangkutan awam. Jika anda mula berasa mual, antara cara termudah untuk atasinya adalah dengan membawa ekstrak limau atau bunga rosemary di dalam beg anda, dan menghidunya apabila mula berasa mual. Aroma segar ini dapat melegakan hidung anda daripada bau busuk tersebut dan rasa mual pun akan beransur-ansur hilang. 

3. Minum air dalam kuantiti yang banyak 


Minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari dapat mengurangkan mabuk hamil. Ini adalah disebabkan kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan mabuk hamil lebih teruk sekiranya ia berlaku. Ada juga yang mengatakan, minum segelas air sejuk berais ataupun minum secawan teh panas dapat membantu mengatasinya. 


4. Elakkan perut kosong 

Cuba untuk makan sedikit biskut bagi mengelakkan perut kosong dan masuk angin. Dengan cara mengalas perut, kesan mabuk hamil tidaklah seteruk berbanding perut kosong. Dalam erti kata lain, makan sedikit-sedikit tetapi kerap. Perut kosong menggalakkan penghasilan asid di dalam perut dan menggalakkan muntah. Jadi, selalu la sediakan kudapan dalam handbeg anda! 

5. Minum teh halia 


Kalau kebiasaannya kita minum teh halia untuk membuang angin di dalam badan. Sebenarnya kandungan di dalam halia juga dapat membantu mengurangkan kesan mabuk hamil. Tetapi jika anda seorang yang tidak boleh tahan dengan halia, jangan paksa diri untuk telan pula. Ok? Cuba cari alternatif seperti kapsul halia. 


6. Makan vitamin 


Cuba ambil vitamin B6. Pengambilan 50mg vitamin B6 setiap hari terbukti dapat membantu di dalam mengurangkan peluang untuk mendapat mabuk hamil.


Tidak ada orang yang mahukan mabuk hamil, saya paham....saya pun tak nak hehehe..tapi pakej tu kan kita kena terima jugak dalam proses nak jadi ibu. Jadi saya amat berharap tips-tips yang saya kongsikan ni dapat lah mengurangkan serba sedikit mabuk hamil yang dihadapi tu...semoga perkongsian dari saya ini dapat memberi manfaat.

Jika anda ada petua lain, sila kongsikan di ruang komen. 

Selamat mencuba! 😊