SUSTAINED RELEASE VITA-C DAN KEBAIKANNYA
Assalamualaikum...
Jom tonton sedutan filem P. Ramlee ni... kelakar... tapi ada isi tau... kurang Vitamin C pun boleh kena sakit unta!!! hehe...
Saya yakin ramai yang pernah tengok filem ni... (filem P. Ramlee memang tak pernah jemu... kan?)
So untuk menjawab soalan P. Ramlee tu, jom kita baca sampai habis...
"Binatang apa Vitamin C?"
Hahahaha... untuk makluman, Vitamin C tu bukan sejenis binatang yer...
Vitamin C adalah salah satu vitamin yang larut dalam air dan memiliki peranan penting dalam menangkal berbagai penyakit. Vitamin C termasuk golongan vitamin antioksidan yang mampu menangkal berbagai radikal bebas ekstraselular.
Apa Fungsi Vitamin C Dalam Tubuh Kita?
- Fungsi sebagai penguat sistem imuniti badan. Vitamin C menyebabkan fungsi sel darah putih dapat dijalankan dengan lebih efektif. Sel-sel darah putih ini melawan bakteria dan virus yang menyerang badan kita.
- Pembuangan toxin-toxin dari dalam badan.
- Sebagai anti-oksidan ia penting dalam pencegahan penyakit bahaya seperti kanser. Selain itu, ia membantu pengeluaran interferon yang sangat penting untuk melawan sel-sel kanser. Vitamin C juga menghalang pembentukan nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser. Perlu diingat bahawa Vitamin C bukanlah ubat untuk kanser, tetapi ia membantu memperlahankan pertumbuhan tumor daripada menjadi lebih teruk di samping menguatkan sistem imunisasi.
- Kesihatan sistem jantung. Pengurangan kandungan Vitamin C akan menyebabkan pengeluaran asid bila berkurangan. Ini pula akan menyebabkan pertambahan kandungan kolesterol. Pengurangan Vitamin C juga menyebabkan dinding saluran darah mudah dirosakkan oleh enzim. Kajian menunjukkan pengurangan Vitamin C dalam jangkamasa panjang akan menyebabkan atherosclerosis, di mana lemak dan kolesterol akan melekat dan menyekat saluran darah.
- Penyembuhan luka. Vitamin C akan meningkatkan kadar pengeluaran collagen, oleh itu luka boleh sembuh dengan lebih cepat.
- Agen mengurangkan rasa sakit.
- Mengurangkan alahan.
- Penyerapan zat besi dari sumber bukan daging ke dalam darah. Ini adalah penting kepada mereka yang tidak memakan daging (vegetarian).
- Pengurangan stress. Vitamin C adalah penting dalam pengeluaran hormon corticosteroids, adrenaline dan noradrenaline. Stress menyebabkan hormon-hormon ini dikeluarkan lebih daripada biasa, oleh itu keperluan kepada Vitamin C akan meningkat. Dalam hal ini pengambilan bersama vitamin B kompleks adalah penting.
Nampak tak betapa pentingnya Vitamin C dalam tubuh kita... Kalau kita kekurangan Vitamin C apa akibatnya yer?
Kekurangan berterusan vitamin C akan menyebabkan anda mengalami beberapa jenis penyakit atau simptom:
- Pendarahan dalaman (haemorrhages) di mana ada tanda-tanda lebam berwarna hitam biru di bahagian-bahagian badan.
- Gusi berdarah dan tidak kuat.
- Tulang menjadi kurang stabil kerana perubahan-perubahan yang terjadi pada tulang rawan yang menyokong tulang-tulang biasa.
- Tisu jantung rosak.
- Kesan kepada struktur tulang menyebabkan kehilangan kalsium.
- Penambahan kadar metabolisma berlaku.