BISNES APA YANG BEST? SAYA DAH JUMPA BISNES MENGUNTUNGKAN TANPA RISIKO DAN MENYENANGKAN
Duluuuu..... masa berfikir-fikir nak bisnes, cik abe ada pesan. Buat bisnes tu dia lebih suka bisnes yang nampak produknya.. nampak barangnya... bukan setakat atas angin... hanya cerita hari-hari duit masuk account. Duit dari celah mana pun tak tau la datangnya tu.
Then decide jual cadar. Bisnes tu ok la. Ada customer. Tapi macam lebih penat kot. Untung tak ada la banyak sangat sebab depend on untung runcit saja kan. Kos postage lagi nak kene ambil kira.
Tak lama lepas tu terjumpa dengan Shaklee. Cuba produk dulu. Bagus. Ada kesan. Masuk Ahli. Tapi masih was-was nak jual produk Shaklee sebab rata-rata yang jumpa cakap produk ni mahal. Yup, memang awal-awal saya pun akui. Tapi bila bandingkan betul-betul harga, kualiti & kesannya tu saya mula berubah fikiran.
Study tentang bisnes pulak. Hmm... Untung runcit ada. Bonus pun ada. Macam berbaloi jer... Tengok pulak sistem dia. Wow... tak payah keluar opis / rumah kalau macam ni. Shaklee boleh pos direct to customer. Tak risau la kalau tak ada transport nak ke pejabat pos kan...
Tapi dalam hati masih ada terselit keraguan. Boleh ke aku buat. Banyak nak kena study pasal produk. Hish... pandai ke nak explain nanti? Rupanya bila dah masuk group ni, semua berubah. Ramai yang bagi tunjuk ajar & sokongan. Tambahan dapat sifu yang tak lokek ilmu. Tanya la apa soalan pun dia layan. Ukhwah tu memang terasa rapat walaupun semua berselerak 1 Malaysia. Rakan-rakan pulak semua jenis positif. Ramai jenis membantu, bukan membatu.
Bulan pertama mula, dapat bonus 2 angka. Alhamdulillah... Ok la. Orang baru kan... :) Masuk bulan kedua bonus naik 3 angka. Itu belum masuk untung runcit. Walaupun bonus belum gemuk, tapi rasa la kelonggaran nak berbelanja tu kan. Muka ada sinyum banyak la.
So, tetapkan dengan bisnes sekarang. Saya dah jumpa bisnes yang terbaik. Saya nak teruskan. Sehingga suatu hari nanti saya boleh bekerja sepenuh masa di dalam rumah impian saya. In syaa Allah... :)
Sesiapa yang nak sama-sama saya tingkatkan ekonomi, jom! Kita tetapkan pendapatan kita sendiri. :)
Call / whatsapp / sms 0137796796. Saya akan terangkan secara lanjut.