KENALI MIGRAIN : PETANDA, PENCETUS & LANGKAH MENGATASI MIGRAIN YANG MENYIKSAKAN

00:42 0 Comments A+ a-



Migrain adalah satu bentuk sakit kepala disebabkan oleh pembesaran saluran darah (vasodilatation) yang menyebabkan pelepasan bahan kimia daripada gentian saraf yang melilit arteri besar otak. Bahan kimia ini menyebabkan keradangan, kesakitan, dan pembesaran arteri. Pembesaran arteri menambahkan kesakitan migrain.


Serangan migrain biasanya mengaktifkan sistem sarah simpatatik. Sistem saraf simpatatik adalah sebahagian daripada sistem sarah yang mengawal tindak balas kepada tekanan dan kesakitan. Sebagai contoh, peningkatan aktiviti saraf simpatatik menyebabkan loya, muntah, cirit birit dan sebagainya.

Aktiviti simpatatik juga melambatkan proses pengosongan perut ke usus kecil dan dengan itu menghalang ubat daripada memasuki usus dan diserap. Penyerapan yang lambat menyebabkan ubat migrain tidak berkesan secara terus. Boleh dilihat pada mereka yang sudah mencecah tahap teruk. Aktiviti simpatatik juga menyebabkan peredaran darah menjadi kurang, ini membawa kepada pucat kulit serta tangan dan kaki menjadi sejuk. Aktiviti simpatatik juga meningkatkan sensitiviti pada cahaya serta bunyi, penglihatan juga mungkin menjadi kabur.

Petanda Migrain


  1. Migrain digambarkan dengan denyut sengit yang berkumpul di satu bahagian, biasanya di dahi, sekitar mata atau di belakang kepala.
  2. Biasanya uni-lateral (satu sisi kepala) walaupun adakalanya bi-lateral (kedua-dua belah kepala).
  3. Sakit kepala unilateral biasanya menukar sisi serangan, jika kerap berlaku di tempat yang sama, dapatkan pemeriksaan untuk pertimbangkan sakit lain seperti tumor otak.
  4. Petanda biasa seperti loya, muntah-muntah, cirit-birit, muka pucat, tangan sejuk, kaki sejuk dan penambahan sensitiviti kepada cahaya dan bunyi.
  5. Sakit mungkin berlangsung antara 4 hingga 72 jam.
  6. Petanda amaran termasuk mengantuk, cepat marah, keletihan, kemurungan, keinginan benda manis atau masin

Kenali Pencetus Migrain


Sekiranya anda seorang penghidap migrain, elakkan beberapa pencetus migrain seperti;

– Tekanan
– Gangguan tidur atau tidur berlebihan
– Berlapar untuk 1 jangka masa yang lama
– Bau yang menusuk
– Merokok
– Alkohol
– Makanan seperti keju, coklat, tinggi monosidium glutamate (MSG), nitrat, aspartame
– Kafein
– Cahaya terlalu terang


Apa Yang Patut Dibuat Oleh Penghidap Migrain?


Migrain yang bukan diwarisi ‘mungkin’ boleh dibetulkan dengan membetulkan otot-otot yang terlibat seperti steronoclodomostoid yang biasanya berlaku tarikan dan menyebabkan kedudukan kepala dan cervical berada di tempat yang salah.

Selain itu, gaya hidup perlu diubah termasuk;

- Tidur yang mencukupi pada waktu yang sama.
- Senaman yang regular. Jika boleh jadikan rutin harian. Senaman memperbaik kualiti tidur, 
- Mengurangkan tekanan dan sebagainya.
- Jangan elak makan. Makan sekerap yang boleh.
- Kurangkan tekanan.


Supplemen yang disyorkan untuk mengatasi migrain



Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan degupan jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium amat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf, otot, serta buah pinggang kita.


Magnesium pula mustahak dalam mengekalkan metabolisma kalsium. Ia membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu sebab migraine berlaku. Kajian menunjukkan Magnesium dapat membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan kekerapannya berlaku.


Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium tanpa vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh menjadi sisa / batu dalam ginjal atau pundi kencing.


B Complex


Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitan migrain. Vitamin B yang lengkap dalam B Complex Shaklee ini akan memastikan anda bukan saja kurang risiko diserang migrain, tapi juga penyakit-penyakit lain seperti depresi dan strok.


Bagi pesakit migrain, adalah dinasihatkan supaya cuba mengenali sebab-sebab migrain menyerang pada masa tertentu. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka ubahlah pemakanan, begitu juga dengan perkara-perkara lain seperti aktiviti dan gaya hidup.


Sila mempertimbangkan tentang mengambil vitamin/supplemen sebagai satu percubaan untuk mengurangkan migrain, kerana ia pasti lebih baik daripada ubat yang berasaskan dadah secara berterusan. 

Untuk mendapatkan rangkaian produk Shaklee ini, anda boleh hubungi saya di 0137796796. 

Saya akan konsult tentang cara penggunaan produk khas kepada para pelanggan-pelanggan saya. 

Kawasan COD: UTHM - PARIT RAJA - SRI GADING

Call/Whatsapp/Sms : +6013-7796 796

Emel : suzaitini@gmail.com

Facebook: Suzaitini Muhammad