JOM KENALI SIAPAKAH DR. FORREST CLELL SHAKLEE - PENGASAS SHAKLEE

05:46 0 Comments A+ a-



Berpegang pada prinsip "Living in harmony with nature" Dr. Forrest Clell Shaklee  telah menubuhkan SHAKLEE CORPORATION pada tahun 1956. Di Malaysia pula SHAKLEE wujud sejak tahun 1995. 

LATAR BELAKANG DR. FORREST CLELL SHAKLEE


Dr. Forrest adalah anak ke 2 daripada 3 beradik, hasil perkongsian hidup Robert & Martha Shaklee. Mempunyai seorang abang dan seorang adik perempuan. Beliau dilahirkan pada November 1894 di sebuah bandar perlombongan arang batu yang kotor dan berdebu iaitu Carlisle, Iowa. 

Semasa dilahirkan, beliau telah disahkan mengidap Tuberculosis (batuk kering) disebabkan persekitaran tempat tinggal di kawasan lombong arang batu. Doktor meramalkan beliau hanya boleh hidup sehingga berumur 8 tahun.

"The case is HOPELESS... this baby cannot be expected to live long... his short life will be living death"

Apabila dilahirkan, beliau tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk hidup. Bidan berulang kali berusaha untuk merangsang pernafasan dengan bantuan pernafasan. 

Tetapi ibu Dr. Forrest tidak berputus asa. Ibunya mencuba bermacam-macam cara untuk mengubati Dr. Forrest. Ibunya menggabungkan banyak herba terpilih ke dalam pemakanan Dr. Forrest, yang mana telah dipelajari daripada ibu dan neneknya. Ibunya juga mengurut seluruh tubuh kecil Dr. Forrest berulang kali dengan minyak dan ramuan herba selagi dia bernafas dan mempunyai harapan. Ibunya tidak boleh menerima pendapat doktor yang anaknya akan mati.

Keluarganya mengambil keputusan untuk berpindah dari Carlisle (kawasan lombong arang batu) ke utara Iowa kerana mereka percaya rawatan terbaik untuk batuk kering adalah udara yang bersih dan segar serta rehat yang mencukupi. 

Sepanjang zaman pemulihan beliau, Dr. Forrest diberikan diet pemakanan semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan dan herba serta didedahkan dengan udara yang bersih.

Akhirnya pada umur 4 tahun beliau boleh duduk dengan sendiri untuk pertama kali! 

10 tahun beliau diluangkan masa dengan berehat dan memerhati alam sekitar dan haiwan. Persekitarannya penuh dengan kehijauan, binatang ternakan dan udara yang bersih.

"Animals watch for the signal and listen to the voice of Nature, while men have forgotten how to read or listen to them. " - Quotes kegemaran Dr. Forrest.

Beliau selalu berfikir, kenapa beliau masih lagi hidup tetapi doktor kata tiada harapan untuk hidup. Kemudian beliau sedar bahawa ini semua adalah hasil kasih-sayang ibubapa yang yakin dengan kuasa penyembuham semulajadi. Dulu penyakit batuk kering ni memang tiada ubat dan ia antara penyakit yang diasingkan seperti penyakit kusta. Namun Dr. Forrest bernasib baik kerana ibubapanya tidak berputus asa. 

MINAT TERHADAP SCIENCE OF CHIROPRACTICCARE 


Apa itu Chiropractic

Dr. Forrest tahu berdasarkan pemerhatian beliau terhadap alam semulajadi, manusia boleh dirawat dengan kaedah semulajadi.

Dr. Forrest banyak menghabiskan masa membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFadden dalam majalah “Physical Magazine” yang mengatakan ‘dadah (ubat) hanyalah menutup simptom, tanpa mengubati penyakit’. Beliau tahu berdasarkan pemerhatian beliau terhadap alam sekitar, manusia boleh dirawat dengan kaedah semulajadi. Ini menyebabkan beliau sangat berminat dengan science of chiropracticcare.

Dr. Forrest kemudiannya mendaftar masuk ke Palmer School of Chiropractic yang diketuai oleh B.J. Palmer. Walaupun beliau mengagumi Palmer, beliau kurang bersetuju dengan pendapat Palmer yang merasakan chiropractic adalah satu-satunya rawatan untuk penyakit fizikal. Beliau percaya perlunya ada sistem yang lebih menyeluruh untuk memelihara kesihatan badan.

KEWUJUDAN VITAMIN PERTAMA DI DUNIA OLEH DR. FORREST


Sewaktu menjadi seorang chiropractic practitioner, minat beliau terhadap nutrisi bercambah. Beliau banyak membaca tentang biochemist dan kajian-kajian saintifik terbaru tentang kepentingan nutrisi. Pada tahun 1915, beliau telah berjaya mencipta vitamin pertama di dunia dalam bentuk makanan yang beliau namakan “Vitalized Minerals” yang sekarang dikenali sebagai Vitalea.



VITAlized MINerals = VITAMIN

Pada tahun 1917, beliau berpindah ke Fort Dodge, Iowa dan membuka sebuah pusat rawatan alternatif yang mempunyai 15 katil pesakit dan 32 bilik rawatan. Pusat rawatan tersebut bukan saja terdiri daripada chiropractors, malah osteopaths, internist dan juga pakar bedah. Pesakit-pesakit di pusat rawatan tersebut diberikan diet yang kaya dengan vitamin sebagai salah satu usaha penyembuhan. Pusat rawatan beliau akhirnya semakin hari semakin maju.

DR.FORREST DISAHKAN KANSER


Sewaktu menguruskan pusat rawatan, Dr. Forrest sering mengalami sakit di pinggul kanan dan bahu kiri. Beliau merujuk masalah tersebut kepada seorang pakar kanser di Chicago yang kemudian mengesahkan beliau mengidap kanser. Kanser ini berpunca daripada pendedahan kepada bahaya sinar xray yang masih belum diketahui ketika itu. Pakar kanser percaya sel kanser tersebut boleh disekat sekiranya lengan kiri dan kaki beliau dipotong. 

Namun kerana kerjaya beliau sebagai seorang doktor muda yang sedang melonjak naik dan mempunyai isteri yang sedang mengandung serta seorang anak, beliau tidak dapat menerima keputusan tersebut. Dr. Forrest tidak berputus asa. Beliau memberitahu isterinya, “Saya akan hidup. Saya akan sembuh. Saya pasti boleh melakukannya.”. Beliau percaya beliau boleh bergantung dengan kuasa penyembahan secara semulajadi.



Dr. Forrest membuat keputusan menjual kliniknya dan berpindah ke Davenport seperti yang dilakukan ibunya dahulu. Beliau mengamalkan diet makanan segar dan menambah suplimen Vitalea beliau. 

Beliau juga mencipta kombinasi 9 herba yang telah detoksifikasi dan manfaat penyembuhan yang telah dipelajari daripada ibunya sendiri.

Selain daripada nutrien, beliau tahu beliau amat memerlukan sokongan daripada alam semulajadi untuk menggalakkan fungsi hati, limfa, usus dam pembersihan selular untuk mengatasi kesan kerosakan akibat keracunan radiasi. 

Ini lah asal-usul Shaklee Herb Lax... salah satu produk Shaklee yang paling popular. 

Selepas setahun, hasil konsisten dengan pemakanan dan suplimen yang sangat baik, ulser beliau akhirnya berhenti merebak dan sembuh lebih sepenuhnya dengan tisu yang sihat. Kesihatan dan tenaga beliau juga semakin pulih. Ini menyebabkan beliau semakin yakin bahawa pendapat beliau tentang nutrisi adalah benar. Sel-sel sihat dalam badan beliau telah berjaya mengalahkan sel kanser. Beliau juga percaya bahawa nutrisi yang bagus boleh membantu orang lain untuk turut sihat.


BERMULANYA BISNES SUPLIMEN DR. SHAKLEE


Pada tahun 1924, Forrest Shaklee sekali lagi membuka pusat rawatan. Kali ini, beliau menggunakan formulasi makanan tambahan (suplemen) yang dipakejkan oleh beliau dan diberikan kepada pesakit.

Malang tidak berbau. Beliau sekali lagi diuji pada tahun 1929 apabila pusat rawatan beliau terbakar dan memusnahkan semua rekod beliau. Semuanya musnah kecuali sebuah buku inspirasi daripada Elbert Hubbard bertajuk Little Journeys to The Homes of the Great. Satu bahagian dalam buku tersebut berbunyi, “When all else is destroyed, only the product of the mind exists.”.

Walaupun beliau mempunyai minat yang pelbagai, Shaklee membuat keputusan untuk menumpukan perhatian kepada kajian tentang nutrisi. Beliau memilih untuk fokus kepada membina tubuh yang sihat berbanding merawat orang yang telah sakit. Beliau berpindah Eugune, Oregon dan kemudiannya ke Oakland, California.

Selain daripada membuat kajian tentang nutrisi, beliau juga banyak memberikan syarahan umum dan memdapat dua ijazah kehormat; Profesor of Chiropractic dan Doktor of Naturopathy. Pada tahun 1935, beliau mula mengajar biochemistry di California Chiropractic College.




Beliau bersara pada tahun 1943 dan mula menulis artikel tentang kuasa minda dan penyembuhan dan kesihatan badan pada tahun 1945. Falsafah dan ideologi beliau sepanjang sejak kecil adalah pada kuasa alam (the power of nature). Dua tahun kemudian (1947), beliau menubuhkan The Shaklee Foundation dan menamakan falsafah beliau sebagai “Thoughtmanship” (copyrighted).

Beliau telah menulis dan menerbitkan empat jilid tentang Thoughmanship. Ini menyebabkan beliau dianugerahkan Doctorate in Philosophy daripada Commonwealth University, Los Angeles. Banyak siri syarahan beliau dimainkan di corong radio di Sans Francisco dan Oakland.

PENUBUHAN SHAKLEE CORPORATION



Pada penhujung tahun 1955, pada usia 62 tahun, Forrest Shaklee memberitahu anaknya Forrest Jr. dan Lee bahawa beliau ingin melakukan sesuatu yang boleh memberikan impak terhadap kesedaran masyarakat tentang kepentingan nutrisi dan suplimen. Beliau ingin memulakan bisnes mengedarkan suplimen. 

Enam bulan kemudian, tanggal 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan. Pada waktu tersebut, America percaya bahawa negara America adalah the best fed nation. Ini menyebabkan mereka perlu meyakinkan setiap pembeli tentang kepentingan suplimen terlebih dahulu.

Untuk memastikan pengetahuan tentang kepentingan suplimen Dr. Forrest memberitahu anaknya, "Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini akan mengajarkan kepada yang lain. 

Dengan pelbagai kajian, kerja keras dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, akhirnya keluarga Shaklee telah berjaya menjadi konsep direct selling produk suplimen sebagai satu fenomena pada hari ini. Semuanya bermula dengan keyakinan Dr. Shaklee tentang kuasa penyembuhan dan falsafah "Thoughtmanship" beliau.