AWAS! CIRI-CIRI KRIM PEMUTIH YANG MEMILIKI BAHAN MERKURI DI DALAMNYA

10:53 0 Comments A+ a-

"Kulit dapat berubah putih dalam waktu singkat (kurang 1 minggu, tergantung kadar kandungan merkuri, makin tinggi makin lebih cepat memberikan warna putih)"

☝☝☝ 

adalah salah satu ciri-ciri produk kosmetik yang mengandungi merkuri.


Banyakkan iklan yang cakap produk mereka mampu putihkan kulit seawal seminggu. Dan berduyunlah orang akan berebut mendapatkan produk tersebut.

Produk begini sebenarnya sangat berbahaya kerana ia mengandungi merkuri yang sangat berbahaya

pada kulit. Kulit berisiko tinggi menjadi nipis, merah dan merosakkan kulit pada masa panjang. Cantik sekejap sahaja.

Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) telah mengeluarkan peringatan terhadap penjualan sabun dan krim pencerah kulit serta kosmetik seperti riasan mata, produk pembersih wajah, dan mascara kerana ada kemungkinan yang mengandung merkuri dalam kandungan bahannya.

Menurut WHO, terdapat kesan sampingan yang serius dari merkuri, iaitu bahan yang sering dikenalpasti dalam sabun dan krim pemutih kulit.

KESAN BURUK MERKURI KEPADA TUBUH MANUSIA


Memiliki kulit putih dan cerah memang selalu menjadi dambaan hampir semua wanita di dunia. Masih banyak dari mereka berfikir bahwa hanya dengan kulit putih kecantikan akan nampak sempurna Pemikiran seperti itulah yang sering membuat ramai wanita terutama berlumba-lumba mencari cara untuk membuat kulit mereka nampak putih. Salah satunya atau yang paling banyak digunakan adalah krim pemutih.

Namun sedarkah anda, kebanyakan krim pemutih di luar sana mengandungi bahan kimia berbahaya seperti merkuriMerkuri, iaitu sejenis logam berat yang dicampurkan ke dalam krim pemutih untuk mendapatkan hasil yang lebih cepat dan segera.

Tahukah anda, kesan merkuri ini bukan sahaja merosakkan kulit, malah boleh memberi kesan mengerikan seperti berikut : 

😱 Kanser kulit 
😱 Iritasi pada kulit
😱 Panas dan gatal pada kulit
😱 Epidermis kulit menjadi rosak kerana kulit tidak lagi memiliki protein dan melanin
😱 Kulit menipis akibat logam merkuri
😱 Warna kulit berubah abu dan hitam
😱 Timbul bintik-bitik kecil di bawah kulit
😱 Kerosakan imun tubuh yang mengakibatkan kematian
😱 Boleh menyebabkan kecacatan dan kematian pada bayi dalam kandungan


Selain kesan fizikal, kandungan merkuri juga dapat menyebabkan: 

😰 Pelupa
😰 Depresi atau gangguan emosi
😰 Susah tidur (insomnia)
😰 Gementar (tremor)
😰 Mual-mual
😰 Gangguan penglihatan 


Merkuri boleh masuk ke dalam tubuh melalui krim-krim yang digunakan di permukaan kulit. kemudian meresap ke dalam kulit melalui pori-pori dan menembus hingga masuk ke dalam darah dan beredar serta mengenap di dalam tubuh.

CIRI-CIRI KRIM PEMUTIH YANG MENGANDUNGI MERKURI 


Berikut adalah ciri-ciri krim pemutih berbahaya yang mengandungi merkuri

  • Krim terasa melekit dan tidak cair. Krim yang mengandungi merkuri terasa melekit apabila bercampur dengan bedak dan kasar ketika digunakan.

  • Krim terasa kasar dan tidak menyatu. Cuba calit krim ke atas span basah dan biarkan semalaman. Jika span itu menghitam seperti berkerak, itu tandanya krim tersebut mengandungi merkuri.

  • Mempunyai bau kuat dan menyengat. Biasanya pengeluar sengaja menambah aroma perfume pada produk untuk mengurangkan bau logam yang terdapat pada produk tersebut.

  • Warnanya menarik dan berkilat seperti mutiara. Krim mengandungi merkuri biasanya menggunakan bahan pewarna tekstil bukan pewarna kosmetik. 

  • Terasa panas dan gatal pada kulit. Sekiranya anda terasa pedih atau panas ketika memakai krim tersebut, hentikan dengan segera! 

  • Boleh menyebabkan iritasi pada kulit dan kemerahan apabila terdedah kepada cahaya matahari. 

  • Kulit berubah menjadi pucat.

  • Hasilnya dapat dilihat dalam beberapa hari atau kurang dari 2 (dua) minggu. Semakin banyak kandungan merkuri dalam suatu produk semakin cepat pula nampak hasilnya.

  • Perbezaan warna wajah dan leher atau kulit badan lain sangat ketara. Wajah kelihatan lebih putih dan gebu.

  • Jerawat mati dan tidak timbul lagi, kerana lapisan epidermis kulit telah rosak sehingga kulit tidak lagi mengandungi protein & melanin yang berfungsi untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari.

  • Kuman dan serangga tidak akan menyukai kulit yang telah tercemar merkuri seperti nyamuk dan lain-lain.

  • Pori-pori mengecil dan kulit menjadi sangat halus, ini disebabkan lapisan kulit paling luar menipis terhakis oleh logam merkuri

  • Bila pemakaian dihentikan, akan timbul bintik seperti jerawat kecil-kecil disertai rasa gatal.

  • Pemakaian dalam waktu yang lama akan berubah warna kulit menjadi abu-abu kehitaman.
SAYANGI KULIT ANDA! 

PASTIKAN SETIAP PRODUK KOSMETIK YANG ANDA GUNAKAN BEBAS DARIPADA BAHAN LOGAM SEPERTI MERKURI INI. 

INGAT ! KESAN BURUK INI BUKAN SAHAJA DI KULIT. MALAH KEPADA SELURUH ANGGOTA TUBUH KITA.

Tinie Muhammad
Shaklee Independant Distributor
013-7796 796