MASALAH OSTEOPOROSIS : TANDA-TANDA OSTEOPOROSIS DAN LANGKAH PENCEGAHAN SEBELUM TERLAMBAT

14:31 0 Comments A+ a-



Sebagai satu penyakit yang senyap, kebanyakan pesakit hanya menyedari menghidapi osteoporosis selepas berlaku keretakan iaitu apabila osteoporosis sudah memasuki peringkat teruk. Terdapat beberapa tanda yang boleh membantu mengenalpasti keadaan ini di peringkat yang lebih awal.

Tanda-tanda stress osteoporosis boleh dilihat pada tulang belakang yang menanggung berat badan kita. Retakan-retakan awal dan berulang pada tulang belakang akan menyebabkan sakit belakang yang makin kerap. Lama kelamaan tulang belakang yang makin kemik akan menyebabkan ketinggian pesakit berkurang dan juga semakin bongkok. Pemeriksaan dan intervensi awal di peringkat ini masih boleh mengelakkan 'kepatahan' yang teruk dari berlaku.



Ketumpatan tulang adalah parameter penting yang digunakan untuk mengukur dan mendiagnosis tahap osteoporosis, meskipun ia tidak mengukur keadaan seni bina mikro tulang. Penilaian kepadatan tulang juga memberikan kaedah objektif untuk menilai tahap dan keberkesanan rawatan. X-ray bukan lah pemeriksaan tepat untuk osteoporosis. Kesan osteoporosis hanya dapat dilihat dalam x-ray sekiranya kehilangan kepadatan tulang menjangkau 30%.

Langkah-Langkah Pencegahan Osteoporosis


1. Makanan Tambahan

Rakyat Malaysia disarankan mengambil kalsium antara 300-400mg setiap hari. Bagi wanita menopaus dan lelaki berusia 65 tahun ke atas adalah 1300mg setiap hari. Sementara itu, kanak-kanak dan remaja perlu ambil kalsium berterusan bagi mengurangkan risiko osteoporosis di kemudian hari. Pada masa yang sama, pastikan tubuh anda mendapat Vitamin D yang cukup.

2. Diet Seimbang



Diet seimbang adalah penting untuk mengekalkan nutrien yang mencukupi diperlukan untuk kesihatan rangka. BErat badan terlalu rendah dan diet secara melampau lazimnya dikaitkan dengan status mineral tulang yang rendah dan berisiko rapuh / patah. Justeru, penyelengaan indeks jisim badan yang tidak kurang daripada 19kg/m2 adalah disyorkan bagi mencegah osteoporosis. Indeks jisim badan dikira berdasarkan formula berikut :

Indeks Jisim Badan = (beratdalam kg)
                               -----------------------------
                               (tinggi dalam meter)²

3. Senaman 



Aktiviti fizikal dalam semua peringkat umur membantu memaksimumkan jisim tulang. Selain membantu mengekalkan kekuatan dan keseimbangan otot, ia juga mengurangkan risiko osteoporosis berkaitan dengan umur. Kaedah pencegahan lain termasuk menghentikan tabiat merokok dan pengambilan alkohol.

4. Ubat-ubatan

Setiap pengambilan ubat-ubatan perlu mengikut preskripsi dan pemantauan doktor. Terapi penggantian hormon selepas menopaus bukan sahaja untuk mencegah osteoporosis tetapi juga mengekalkan faedah lain yang terdapat dalam estrogen.


Bagaimana Pengambilan Supplement Dapat Membantu Pesakit Osteoporosis  Menjaga Kesihatan Tulang ?



Ostematrix



Ostematrix adalah supplement Shaklee yang bertindak untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat. Setiap hidangan Ostematrix mengandungi 1000 mg Kalsium berasaskan semulajadi yang mudah diserap dan disertai dengan 400mg Magnesium bagi mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya. Ostematrix turut diperkaya dengan 400 IU Vitamin D yang merangsang penyerapan kalsium dan mineral-mineral lain seperti Boron, Mangan, Tembaga dan Zinc bagi membantu metabolisme tulang dan mengaktifkan enzim yang membantu dalam kepadatan tulang. Ternyata Ostematrix Shaklee lebih dari sekadar Kalsium biasa!


ESP



ESP merupakan sumber protein terbaik yang dihasilkan tanpa perasa tiruan, pewarna dan pengawet. Protein amat penting diperlukan bagi membina semula tulang yang patah atau retak. Protein juga diperlukan bagi pertumbuhan sel-sel baru yang tercedera atau mungkin sudah mati.



JOM JAGA KESIHATAN TULANG KITA SEBELUM TERLAMBAT 😍


DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DARI SAYA 😊


Shaklee Independent Distributor Suzaitini Muhammad ( 1071549) 


Call/Whatsapp/Sms : +6013-7796 796

Email : suzaitini@gmail.com

Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia 

Saya akan konsult tentang cara penggunaan produk khas kepada para pelanggan-pelanggan saya. 😊


*****

Mahukan harga lebih jimat? Daftar saja sebagai ahli. Sekali untuk seumur hidup dan anda akan dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Anda juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan!