Bengkak Susu? Ketahui 6 Cara Atasi Masalah Bengkak Susu Ibu Dalam Pantang.

15:08 0 Comments A+ a-

Masalah bengkak susu terutama kepada ibu-ibu dalam tempoh berpantang sangat menyakitkan. Selepas melahirkan, perkara pertama yang akan kita fokuskan adalah bagaimana untuk sembuhkan luka bersalin secepat mungkin. Namun begitu, ada lagi satu masalah yang kadang-kadang para ibu terlupa iaitu masalah bengkak susu semasa berpantang.



Mungkin sesetengah kita tidak menduga kita akan menghadapi masalah ini. Tetapi bengkak susu ini boleh memberi kesan yang sangat besar kepada proses berpantang malah boleh memudaratkan kesihatan dalam jangka waktu panjang. 

Sebelum Tinie teruskan dengan 6 cara atasi masalah bengkak susu, TInie ada menyediakan satu video untuk tatapan anda. Tengok yer. Tinie harap video ini dapat memberi manfaat kepada anda.




Klik butang di bawah untuk membuat pesanan sekarang.


Apa Tanda Bengkak Susu?



Antara tanda bengkak susu adalah rasa sakit dan tegang pada payudara, terasa keras, sedikit panas, dan jika disentuh, ada ketulan di dalamnya. Keadaan ini sedikit sebanyak turut mempengaruhi kondisi puting payudara. Bayi mungkin akan berasa sedikit sukar untuk melekap seperti biasa akibat puting yang tenggelam.

Nampak remeh, tetapi sebenarnya bengkak susu tidak patut dianggap ringan kerana ia boleh menyebabkan masalah yang lebih serius seperti mastitis sehingga memerlukan pembedahan.

Maka, Tinie ingin kongsikan beberapa cara atasi bengkak susu agar ianya dapat dikawal secepat mungkin terutama kepada ibu-ibu yang sedang berpantang.


6 Cara Mudah Atasi Masalah Bengkak Susu

1. TUAM AIR PANAS


Semasa payudara terasa sakit dan berat, cubalah lakukan tuaman air panas di rumah.

Terdapat beberapa cara melakukannya, sama ada menggunakan pek air panas, tuala yang direndam dengan air suam, dan mandian air panas di pancuran (shower). Dengan cara ini, dapat melancarkan perjalanan air susu di saluran yang tersumbat.


2. URUTAN PAYUDARA


Anda mungkin berasa sangat sensitif apabila payudara anda disentuh, apatah lagi diurut, bukan? Tetapi, jangan biarkan perasaan ini menghalang anda untuk melakukan urutan.

Urutan pada payudara amat membantu mengurangkan bengkak susu. Jadi, rajin-rajinkan mengurut payudara dengan menggunakan 4 jari dari arah atas ke arah puting. Lakukan sekeliling payudara, terutamanya ketika anda sedang mengepam atau menyusu bayi.

Anda juga boleh menggunakan sikat rambut yang bersih untuk membuat urutan dan menghilangkan ketulan-ketulan pada payudara.


3. GUNAKAN PAM  SUSU


Jika susu terlalu penuh, gunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan lebihan susu. Namun, pastikan anda mempunyai jadual mengepam yang konsisten.

Jangan keterlaluan dalam mengepam kerana ia boleh merangsang penghasilan susu yang berlebihan dan melebihi keperluan bayi hingga menyebabkan anda sering mengalami bengkak susu, melainkan anda ingin mengumpul stok susu apabila mula bekerja kelak.

Cara Melekap Yang Betul

4. MENYUSUKAN BAYI DENGAN KERAP


Anda akan mendapati bayi sukar melekap dengan betul akibat puting yang terlalu tegang atau tenggelam. Seperkara lagi, bayi mungkin tidak mahu menyusu apabila anda mengalami bengkak susu akibat aliran susu yang terlalu laju.

Jadi, anda boleh cuba memerah keluar sedikit susu lebihan dengan menggunakan tangan. Dengan cara ini, bayi lebih mudah untuk menyusu seperti biasa.

Jangan lupa gilirkan payudara dan pastikan bayi turut menyusu pada waktu malam.



5. GUNAKAN BRA MENYUSU YANG SESUAI


Payudara yang terlalu penuh akan terasa berat dan boleh menyebabkan ibu berasa lenguh, bisa, dan letih yang luarbiasa.

Oleh itu, penggunaan bra yang sesuai amat penting bagi memastikan payudara anda disokong sepenuhnya oleh struktur bra menyusu yang baik.



6. PENGAMBILAN SUPPLEMENT SEPERTI LECITHIN


Menurut Doktor Jack Newman, lecithin membantu mengatasi dan menghalang susu tersumbat mungkin kerana Lecithin mengurangkan kelikatan susu, dengan cara mengurangkan peratusan asid lemak politaktepu di dalam susu.

Lecithin ialah sejenis pengemulsi lemak dan minyak. Lecithin banyak digunakan sebagai aditif makanan, dan turut dijumpai secara semulajadi dalam pelbagai makanan.

Secara mudahnya, lecithin bertindak sebagai pemecah lemak. Susu yang tersumbat  (lemak susu) di saluran susu dapat diuraikan dan mengalir dengan lancar.

Suplemen Lecithin sesuai untuk ibu menyusu. Sehingga ke hari ini, tiada sebarang kontraindikasi dilaporkan sekiranya Lecithin diamalkan oleh ibu menyusu.


CEPAT AMBIL TINDAKAN


Dalam sesetengah keadaan, bengkak susu boleh menyebabkan demam atau mastitis, iaitu jangkitan bakteria yang turut disebabkan oleh puting melecet atau puting tersumbat. Oleh itu, sekiranya anda mendapati payudara anda terlalu penuh, cepat-cepatlah pastikan agar anda mengambil salah satu tindakan di atas.

Seperkara lagi, jangan jadikan masalah bengkak susu sebagai penghalang untuk anda menyusukan bayi anda dengan kerap atau seperti biasa.

Bagi mengelakkan bengkak susu terjadi, amalkan pengambilan Lecithin setiap hari supaya anda tidak perlu menanggung kesakitan akibat bengkak susu.






Bagaimana nak dapatkan Lecithin Shaklee?


Hubungi Tinie sekarang untuk mendapatkan Lecithin atau produk Shaklee anda. Kita nak sihat kan? Bertindak sekarang. Tinie akan berikan konsultasi terbaik dan cara makan berkesan sebagai hadiah kepada setiap pelanggan Tinie.

Hubungi Tinie di 0137796796 atau anda boleh rujuk maklumat seperti di bawah.


DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DARI SAYA 😊

Shaklee Independent Distributor Suzaitini Muhammad ( 1071549)


Call/Sms : +6013-7796 796


Email : suzaitini@gmail.com

Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia

Anda juga boleh membuat pesanan sepantas kilat terus dari HQ dengan klik gambar di bawah.