7 Kerja Rumah Yang Harus Dielakkan Semasa Hamil
Assalamualaikum ibu-ibu & bakal ibu sekalian.
Entry kali ini Tinie nak berkongsi dengan anda semua 1 artikel yang sangat menarik daripada laman web theAsianparent Malaysia. Actually artikel ni telah diterbitkan semula daripada laman web theAsianparent Singapura.
Semoga perkongsian ini dapat membantu para ibu yang sedang menanti kelahiran permata hati supaya lebih berhati--hati dalam melakukan kerja-kerja rumah seharian. Rutin kerja rumah tu memang tak boleh dielakkan lagi kan. Tapi beberapa perkara harus kita titik beratkan agar kandungan dalam keadaan selamat dan kesihatan ibu sentiasa dalam keadaan terbaik. Sesekali apa salahnya dapatkan bantuan daripada suami tersayang dalam menyelesaikan beberapa kerja rumah. 😉
Apabila anda hamil, anda tidak dapat melakukan tugas seperti biasa. Biarpun anda teringin nak membersih dan menyediakan rumah untuk bayi yang bakal lahir, tapi anda perlu mengikut pantang larang semasa mengandung.
Semasa hamil, anda perlu mempertimbangkan kesihatan diri dan mengambil kira jika anda mempunyai sebarang komplikasi.
Ini kerana sesetengah kerja rumah tangga boleh membahayakan diri dan anak yang sedang berkembang di dalam kandungan.
Jadi, ibu-ibu hamil digalakkan untuk tidak buat 7 pantang larang semasa mengandung ini:
Produk pencuci rumah tinggi kimia merbahaya kepada ibu dan bayi dalam kandungan |
1. Elak guna produk pencuci yang kuat
Produk-produk seperti penyembur ubat nyamuk, sabun pembersih ketuhar dan peluntur semuanya diperbuat dari bahan kimia yang senang mengewap.
Jika anda perlu menangani masalah banyak nyamuk, ketuhar dan tandas yang kotor semasa hamil, cari produk alternatif.
Kapur semut dan pelekat lalat lebih selamat. Anda juga boleh menggunakan larutan cuka atau jus lemon dengan serbuk penaik baking soda untuk dijadikan pengganti produk-produk mencuci buatan kimia.
Mencari produk mencuci paling selamat untuk ibu hamil? Klik di sini.
2. Elak angkat barang-barang berat
Elakkan dari mengangkat barang-barang berat atau aktiviti berat seperti mengalih perabot. Ini pantang larang semasa mengandung yang kita sering dengar.
Apabila perut semakin besar, ini akan memberi tekanan tambahan kepada tulang belakang. Dapatkan bantuan orang lain dan jangan cuba nak hero. Kalau sakit pinggang nanti siapa yang tanggung?
Bahaya bela kucing bagi wanita hamil - Risiko bayi mati dalam kandungan, buta mata & cacat otak |
3. Jangan bela haiwan peliharaan
Menukar dan mencuci bekas najis dan kencing kucing atau haiwan kesayangan anda boleh mendedahkan anda kepada pelbagai parasit dan kuman.
Risiko paling besar kepada janin ialah toksoplasmosis, iaitu sejenis jangkitan yang boleh didapati dalam najis kucing.
Jika anda perlu mencuci dan menguruskan haiwan peliharaan anda, jangan lupa untuk pakaikan sarung tangan dan membasuh tangan selepas itu.
4. Cuci kipas siling dan salin langsir
Cuba elak dari melakukan kerja-kerja di mana anda perlu memanjat atau naik atas kerusi mahupun tangga.
Dengan adanya perut yang besar, wanita hamil mungkin rasa kekok dan senang terjatuh. Jangan berdiri di atas meja, bangku mahupun tangga yang rendah, kesannya amat merberbahayakan.
5. Mengemop atau menyapu rumah
Sememangnya rumah anda tidak akan bersih secara automatik. Tapi kurangkan kerja rumah mengemop dan menyapu ke tahap minima untuk mengurangkan sakit belakang dan tekanan kepada otot-otot di belakang lutut anda.
Semasa mengemop atau menyapu, kadang-kadang ibu hamil perlu tunduk ke bawah atau bercangkung untuk menyapu bawah perabot.
Jika anda perlu mop lantai, pastikan anda berhenti dengan kerap untuk berehat, dan awas, lantai sangat licin ya!
“Saya tidak dapat mencuci pinggan kerana perut saya yang besar. Saya juga tidak dapat membasuh baju kerana jika saya bercangkung untuk memasukkan baju ke dalam mesin, saya akan menghadapi masalah untuk menaikkan badan saya kemudian.
Suami pun melarang saya untuk mengemop kerana takut kayu mop tercucuk perut. Dia kata pantang larang semasa hamil, ” kongsi Winona Tay.
Mop lantai dengan pencuci super power dengan kandungan semulajadi ada di sini.
6. Mencuci pinggan mangkuk
Pantang larang semasa mengandung yang baru ke ni? Bunyi macam alasan untuk escape cuci pinggan saja?
Nasihat ini ada sebabnya: kulit wanita boleh menjadi lebih sensitif apabila mereka hamil. Jadi jangan lupa untuk pakaikan sarung tangan apabila mencuci pinggan!
Dapatkan pencuci pinggan mangkuk bebas kimia di sini.
7. Memvakum
Ibu hamil senang letih jika dia perlu mengangkat mesin vakum merata-rata.
Okaylah, saya tahu ini bukan patang larang semasa hamil, tetapi anda pernah cuba tukar penapis mesin vakum dengan perut yang besar?
Bukan senang tau! Selain itu penapis yang perlu ditukar sudah pasti penuh dengan debu dan spora yang boleh merengsakan mata dan paru-paru anda.
Cakap je senang bukan? Akhirnya kita juga yang kena mencuci dan mengemas rumah. Tapi, gunakan peluang ini untuk berehat dan mengajak suami melakukan kerja rumah juga.
9 bulan jadi “princess” pun jadilah! 😊😊😊
Suzaitini Muhammad
013-7796796