Ketahui 3 Tahap Dalam Proses Melahirkan & Jangan Lakukan 3 Perkara Ini Semasa Meneran!
Hai ibu-ibu sekalian! Anda sedang menanti kehadiran permata hati? Perasaan mesti bercampur baur kan? Sama la macam Tinie sekarang ni. Due date lagi sehari dua jer. Tapi masih belum ada tanda-tanda baby nak keluar lagi. Hehe.
So, sementara tunggu baby keluar, apa kata kita buat ulangkaji sikit tentang proses bersalin dan apa perkara yang perlu kita elakkan semasa bersalin nanti. Harap-harap nanti dalam labour room tak lupa la perkara-perkara ni kan. Almaklum la tengah sakit. Tak sedar apa jadi dah. 😅
Semasa proses bersalin, terdapat 3 tahap yang perlu ibu-ibu lalui, iaitu :
Tahap 1 : Tahap Pembukaan
Tahap ni tahap paling lama yang harus ibu hamil lalui ketika memilih untuk melahirkan secara normal. Tahap ni dimulai dengan kontraksi di dinding rahim hingga saluran rahim terbuka secara penuh oleh kepala bayi.
Kebiasaannya bagi ibu yang pertama kali melahirkan akan mengalami nyeri sekitar 12-14 jam dan 6-10 jam untuk kehamilan berikutnya.
Tahap 1 lengkap ketika pembukaan jalan lahir menjadi 10cm. Maksudnya, pembukaan sempurna dan bayi bayi bersedia keluar dari rahim.
Tahap 2 : Tahap Pengeluaran Bayi
Tahap ini bermula apabila pembukaan telah penuh 10cm hingga bayi dilahirkan. Bayi akan lahir melalui mulut rahim dan vagina, sebelum ditarik keluar oleh doktor.
Bagi ibu pertama kali melahirkan, masa yang diambil pada tahap 2 ini sekitar 1 jam. Bagi kelahiran seterusnya mengambil masa sekitar 20 minit. Namun bergantung juga pada tahap tenaga seseorang ibu untuk menolak bayi keluar.
Tahap 3 : Tahap Pengeluaran Plasenta
Setelah bayi keluar, kontraksi rahim masih berlaku, menekan pembuluh darah untuk mengurangkan pendarahan. Dalam masa 10 hingga 20 minit, plasenta atau uri akan tertanggal dari dinding rahim dan keluar melalui vagina.
Fuh... tiba-tiba baby dalam perut ni mengeras pulak bila bercerita tentang kontraksi ni. Berapa jam pulak la kontraksi bersalin kali ni. Harap-harap tak lama la kan. 😰
3 Perkara Mesti Dielakkan Semasa Bersalin
Proses bersalin dah tau. Seterusnya, apa perkara yang kita mesti elakkan semasa proses bersalin. Atau lebih tepat lagi, semasa kita meneran.
1. Berteriak
Berteriak / menjerit tidak akan membuat rasa sakit ketika kontraksi berkurang. Sebaliknya berteriak boleh menyebabkan hipoksia (tubuh kekurangan oksigen), sehingga boleh mempengaruhi bayi dalam kandungan, tali pusat dan lain-lain. Sewaktu kontraksi datang, lembutkan tubuh, biar otot-otot dalam keadaan relaks. Tarik nafas panjang dan hembuskan perlahan-lahan kerana ibu harus menyimpan tenaga untuk meneran nanti.
2. Menutup mata
Sewaktu melahirkan anak sebelum ini, nurse ada menegur supaya jangan pejamkan mata semasa meneran. Menutup mata boleh menyebabkan gangguan pada mata. Mata boleh menjadi merah dan pembuluh darah di bahagian mata pecah.
3. Mengangkat punggung
Mengangkat punggung semasa meneran boleh menyebabkan koyakan menjadi lebih besar dan lebih banyak jahitan diperlukan.
Tinie harap dengan sedikit perkongsian ni dapat memberi sedikit panduan kepada bakal-bakal ibu di luar sana. Terutamanya kepada yang pertama kali akan bergelar ibu.
Tinie doakan kelahiran anda dipermudahkan dan selamat melahirkan bayi yang comel dan sihat.
Oh ye, anda berpantang nanti macam mana yer? Waktu pantang ni adalah waktu kritikal untuk si ibu kembalikan kesihatan tubuh pada tahap optimum. Jadi, jaga pemakanan sebaiknya. Berikan nutrisi yang tubuh kita perlukan. Sepanjang 9 bulan hamil dan proses menyusu akan menyebabkan tubuh kita kehilangan nutrisi dan memerlukan lebih khasiat untuk dikongsi bersama si comel.
Jadi Tinie sangat sarankan Set Berpantang Shaklee untuk kembalikan kesihatan tubuh dan mempercepatkan luka bersalin.
Bagaimana nak dapatkan Set Bersalin Shaklee?
Hubungi Tinie sekarang untuk mendapatkan Set Bersalin Shaklee atau produk Shaklee anda. Kita nak sihat kan? Bertindak sekarang. Tinie akan berikan konsultasi terbaik dan cara makan berkesan sebagai hadiah kepada setiap pelanggan Tinie.
Hubungi Tinie di 0137796796 atau anda boleh rujuk maklumat seperti di bawah.
Hubungi Tinie di 0137796796 atau anda boleh rujuk maklumat seperti di bawah.
DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DARI SAYA 😊
Shaklee Independent Distributor Suzaitini Muhammad ( 1071549)
FB : Suzaitini Muhammad
Call/Sms : +6013-7796 796
Email : suzaitini@gmail.com
Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia
Anda juga boleh membuat pesanan sepantas kilat terus dari HQ dengan klik gambar di bawah.