Pengalaman Berpantang Sendiri Dengan Set Pantang Paling Best. Anda Mesti Cuba!

Hari ni tengok adik update status facebook makan sarapan hasil air tangan mak. Dia dah 26 hari berpantang. Dalam hati terdetik rasa cemburu. Dulu Tinie pantang sendiri jer. Masak nasi sendiri. Siang ikan sendiri. Bakar ikan sendiri. Rasa nak menitik air mata kalau kenang balik. Tapi tak pe la. Pengalaman berharga kan. Dapat berdikari.

Sejak anak ke 2 Tinie dah berpantang sendiri. Mak mertua ada datang jenguk juga tapi kebanyakan kita buat sendiri. Masak sendiri. Urus anak kecil sendiri.


Bukan tak nak duduk dengan mertua, tapi mungkin lebih selesa di rumah sendiri. Cara berpantang kami pun berbeza. Tinie berpantang cara orang pantai timur. Makan kering-kering jer. Dah lama sikit baru la berkuah. Nak balik kampung? Suami izinkan. Tapi kasihan kan mak sebab jaga abah sakit. Tak nak susahkan. Kesiankan suami juga sebab kena ulang-alik setiap minggu.

Jadi memang struggle sangat waktu berpantang. Pernah juga menangis sendiri. Tapi kuatkan juga semangat. Sebab Tinie nak duduk rumah sendiri kan. Mak Tinie tak boleh teman sebab jaga abah yang sakit.

Dalam seminggu pertama mungkin ringan sikit sebab suami cuti. Lepas tu memang berdikari. Rasa sedih ke sunyi ke tolak tepi sebab tak nak layan. Takut juga kalau kena meroyan. Lagi susah.

Masa berpantang dulu kena rengat. Nurse cakap sebab rahim kita sedang mengecut. Sebab tu sakit. Tapi memang sakit giler. Lagi-lagi waktu menyusukan baby. Serius nak nangis. Sakit giler!

Berpantang anak ke 4 baru Tinie ambil supplement. Sebelum-sebelum tu ambil ubat tradisional jer. Then kalau anak tak tahan kena stop dulu sebab jamu-jamu ni panas kan. Lepas berpantang anak ke 3 Tinie kenal Shaklee. Masa tu sebab nak tambah susu. Tinie cuba ESP dan alfalfa. Alhamdulillah susu banyak. Anak pun cepat kenyang.

So bila pregnant anak ke 4 (Tinie anak 5 tau 😉) Tinie start dengan set berpantang Shaklee. Tinie kumpul duit ambil full set. Walaupun orang cakap mahal, tapi nekad kumpul duit sebab nak jugak. Tinie tak susahkan suruh suami bayarkan sebab Tinie yang nak. So guna duit sendiri. Ketepikan dulu nafsu nak shopping beg atau baju cantik. Hahah.

Alhamdulillah nampak perbezaan selepas amalkan set hamil shaklee tu. Tenaga lebih cergas. Waktu pregnant anak ke 4 tu Tinie berulang ke tempat kerja jauh tau. Drive sendiri setiap pagi sejam lebih. Petang balik lagi sejam lebih. Kalau ikutkan waktu tu memang tak larat. Tapi entah macam mana tenaga tu ada. Kerja pula kawasan tapak pembinaan. Jalan masuk ke ofis confirm la tak rata. Melantun-lantun. Nasib baby kuat. Hehehe.

Selain tenaga, lagi satu perubahan Tinie rasa adalah krem kaki. Selalu orang panggil simpul biawak atau simpul mengkarung. Tak pasti kenapa biawak dan mengkarung boleh terjebak. Hahaha. Pregnant dulu-dulu memang selalu kena krem kaki. Selalunya waktu malam. Tengah tidur. Tiba-tiba kaki kejang. Keras. Sakit giler. Sampai nak cakap dengan suami pun tak boleh. Hanya mampu tunjuk kaki je. Lepas suami urut sikit-sikit baru boleh bengkokkan kaki. Tak sakit dah. Memang igauan setiap kali pregnant bab krem ni.

Konsisten set hamil pun alhamdulillah bacaan HB cantik. Tak la teruk macam sebelum-sebelum tu. Asyik merah je buku pink tu. Sampai doktor bagi ubat tambah darah tu. Besar gedabak. Serius tak leh telan.

Banyak la perbezaan yang boleh nampak sebelum dan selepas guna  set hamil shaklee tu. Selepas bersalin anak ke 4 Tinie teruskan set berpantang pula. Tapi masa tu belom ambil vivix. Almaklumla mahal kan. Telan air liur tengok botol merah tu. Tapi alhamdulillah walaupun pantang baby ke 4, kena jaga anak-anak lain lagi. Tinie ok. Tak penat. Tak lesu.

Waktu pantang selalunya Tinie train anak tu bukak pampers. Waktu tu je kita ada kat rumah 24 jam kan. Nak train waktu biasa nanti kesian kat anak konfius. Kat rumah buka pampers. Rumah pengasuh kena pakai pula. Kita kalau boleh tak nak susahkan pengasuh. Betul tak. Fuh. Memang mencabar. Asyik keluar masuk bilik air je. Then kalau dia terlepas dalam seluar, kena lap lantai pulak. Kalau dulu Tinie buat macam tu rasanya dan bentan kot. Dah menggigil dalam selimut. Selepas konsisten supplement (set pantang masa tu) rasa badan kuat. Rasa boleh handle 3 anak + baby baru lahir.

Selepas positif pregnant anak ke 5 Tinie pasang niat nak pantang dengan set pantang + vivix kali ni. So memang berjimat. Ada offer vivix, Tinie beli. main kutu vivix. Share vivix promosi dengan kawan-kawan. Macam-macam lah. Tapi betul la orang kata. Kalau kita nak sesuatu tu kita akan usahakan juga sampai dapat. Alhamdulillah berderet vivix dalam peti ais tu. Sepanjang pantang Tinie habiskan 5 botol.

Seriously memang best pantang dengan vivix ni. Luka cepat baik, tak ada sakit rengat, tak ada krem kaki, rahim kecut, susu banyak, tak lesu, tak pucat. Badan rasa ringan sangat. Train anak ke 4 bukak pampers pun tak penat. Banyak lagi la yang best. Sekarang ni anak dah setahun. Tinie dah capai semula berat ideal. 49kg. Mak anak 5 berat 49kg.. Ramai makan hati. 😂

Panjang pulak ngomel pasal pantang ni. Kalau korang nak tau apa yang Tinie makan sepanjang pregnant dan berpantang, Tinie share kat bawah ni ok. Tinie harap korang dapat lalui pengalaman hamil dan berpantang yang best macam Tinie. Time pantang tak nak moodie-moodie. Nak happy-happy je.


Ini dia set yang Tinie ambil sepanjang pregnant. Ada 6 jenis iaitu:
- Bcomplex
- Omega
- ESP
- Vitalea
- Vitamin C
- Ostematrix

Untuk tau khasiat setiap produk boleh klik KEPERLUAN NUTRISI LENGKAP IBU HAMIL

Selepas bersalin Tinie amalkan set hamil ni juga sebab keperluan nutrisina lebih kurang sama dengan berpantang. Cuma tambah alfalfa waktu berpantang. Set pantang ni jugak adalah sama dengan set menyusu. Targetnya adalah untuk bagi ibu dan anak nutrisi yang diperlukan untuk sihat dan bertenaga. Juga untuk tambah susu ibu.


Klik SET MENYUSU PREMIUM SHAKLEE

Nak tau kenapa Tinie tergoda tambah vivix untuk pantang anak ke 5. 5 kali bersalin kan. Mesti lagi banyak urat putus. Banyak sel nak kena repair. Badan nak pakai lama. So kena jaga betul.

Ini antara kelebihan vivix untuk ibu berpantang.
  • Menyembuhkan organ peranakan.
  • Memulihkan kesihatan rahim selepas bersalin.
  • Memulihkan luka bersalin sama-ada luka luaran atau dalaman.
  • Mengembalikan kecantikan tubuh.
  • Mengelakkan stress atau gila meroyan.

Ramai yang dah berpantang. Tengok feedback semua puas hati. Sebab tu teringin sangat berpantang dengan si merah tu. Memang mahal sikit la. Tapi Tinie rasa lebih berbaloi daripada habiskan duit beli set pantang kat kedai tu. Sebab vivix ni memang terbukti jaga dalaman kita betul-betul.

Orang bersalin kan banyak urat putus. Banyak nak kena repair. So vivix je boleh buat. Biar cantik dalaman, insyaAllah luar pun cantik nanti. Tak nak la cantik luar tapi dalam banyak tak settle.

Selain Tinie, ramai puas hati sangat dengan vivix. Kat bawah ni antara feedback puas hati dengan vivix.






Banyak pulak Tinie membebel 😂. Memula tadi just nak share jeles kat adik jer. Teruja pulak cerita pasal pengalaman pregnant dan berpantang. Hahaha. Tak pe lah. Benda baik kita share moga dapat bagi kebaikan kepada orang lain apa salahnya.

Ok lah. Kepada sesiapa yang nak cuba set hamil dan berpantang Shaklee boleh hubungi Tinie. Detail semua ada kat bawah. Happy pregnancy & selamat berpantang uolls! 😍


DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DARI SAYA 😊

Shaklee Independent Distributor Suzaitini Muhammad ( 1071549)


Call/Sms : +6013-7796 796


Email : suzaitini@gmail.com

Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia


7 Sebab Utama Kenapa Kita Perlukan Makanan Tambahan. Anda Mesti Terkejut Dengan Sebab Ke 7!

Apabila bercerita tentang makanan tambahan atau supplement, ramai yang fikir negatif dari positif. Ramai yang nampak kesan buruk dulu kan. Alasan utama, supplement akan menyebabkan buah pinggang rosak. Fakta ni ada yang betul dan ada jugak tak betulnya. Tak kurang juga supplement banyak membantu dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan.



7 Sebab Kita Perlu Ambil Makanan Tambahan


1. Penggunaan racun perosak, racun serangga dan baja kimia berlebihan

Sejak kecil kita diajar untuk mengambil makanan seimbang & berkhasiat. Terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran. Seiring dengan perkembangan teknologi, kualiti tanaman yang dihasilkan semakin baik dan cantik tanpa sedikit pun dicemari oleh ulat atau serangga perosak. Sedarkah kita bahawa kualiti ini sebenarnya banyak disumbang oleh penggunaan racun dan baja? Petua ada mengatakan, sayur yang selamat adalah sayur yang dimakan ulat. Jika ulat pun tidak mampu hidup selamat pada tanaman tersebut, selamatkah kita?

2. Gaya hidup kurang sihat

Amalan merokok, kurang bersenam, diet tidak seimbang, rehat dan tidur yang tidak mencukupi menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan yang kronik seperti sakit jantung, strok, dan diabetis.

3. Stress atau tekanan

Hidup di era yang serba maju dan berteknologi bukan sahaja memberi impak positif, malah boleh menjadi punca kepada tekanan hidup seharian. Persaingan yang semakin meningkat setiap hari menjadikan tubuh kita penat dan stress. Sedarkah bahawa keadaan ini mengakibatkan tubuh kita kehilangan vitamin B dan C setiap masa. Sedangkan kita perlukan vitamin ini untuk menjaga sistem pertahanan tubuh kita.

4. Kehilangan nutrisi semasa penyediaan makanan

Nutrisi di dalam sayuran berada ditahap terbaik dalam keadaan segar atau tanpa dimasak. Sebab itu kita digalakkan mengambil salad setiap hari. Apabila terdedah kepada haba, vitamin dan nutrisi di dalam sayuran semakin berkurangan. Menyebabkan tubuh kita tidak mendapat nutrisi yang cukup daripada makanan tersebut.

5. Menyokong sistem pertahanan tubuh

Dalam keadaan tertentu, tubuh kita berhadapan dengan kecederaan atau ancaman yang memerlukan tubuh bertindak untuk memperbaiki kerosakan sel dan menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat. Sebagai contoh, vitamin c dapat membantu menguatkan sistem imun tubuh, protein membantu menghasilkan sel kulit baru, vitamin e bertindak sebagai antioksida melawan radikal bebas dan kalsium menyokong kesihatan tulang.

6. Menampung keperluan nutrisi tubuh

Sedarkah kita bahawa wanita hamil dan menyusukan bayi memerlukan nutrisi yang lebih berbanding individu biasa yang lain? Ini kerana mereka memerlukan nutrisi untuk 2 tubuh yang berbeza. Kekurangan nutrisi menyebabkan tubuh si ibu lemah dan tidak bertenaga.

7. Pencemaran alam sekitar

Jika di fikir sepintas lalu, mungkin kita tidak sedar bahawa pencemaran alam sekitar di sekeliling kita juga menjadi faktor pentingnya pengambilan supplement setiap hari. Asap rokok, asap kenderaan, bau cat dan pemeluwapan dari bahan-bahan di dalam kereta menyumbang kepada serangan radikal bebas secara terus. Radikal bebas menyerang sistem pertahanan tubuh menjadi faktor utama penyebab pelbagai penyakit di dalam tubuh. Pengambilan supplement tinggi antioksidan seperti vitamin A, C, dan E dapat membantu tubuh dari dalaman.

SUPPLEMENT TERBAIK PALING SELAMAT!

Ramai yang masih ragu-ragu dalam pemilihan supplement yang selamat terutama apabila mengambil kira faktor keselamatan buah pinggang. Berikut adalah ciri-ciri supplement daripada produk Shaklee yang telah dijamin selamat dan berkesan untuk kesihatan tubuh badan anda.

Selamat

Produk yang selamat datangnya daripada bahan-bahan yang berkualiti, dan itulah yang Shaklee gunakan. Keselamatan mutlak amat penting di Shaklee, dan kami tegaskan bahawa standard Shaklee tiada tandingan.

Bahan-bahan untuk produk Shaklee dipilih secara teliti untuk memenuhi standard prestasi dan penyaringan yang tinggi. Malah, standard ketulenan Shaklee adalah antara yang paling ketat dalam industri nutrisi dan pemakanan berkhasiat untuk memberi jaminan bahawa semua produk Shaklee adalah selamat.

Terbukti

Para saintis kami sentiasa mencari bahan dan ramuan yang tulen dan mujarab dari alam semula jadi, semakan terbitan saintifik dan melakukan kajian mereka sendiri untuk mengesahkan keberkesanan dan kemujarabannya.

Berkesan

Kajian Suplemen Pemakanan Shaklee adalah kajian perintis mengenai pengguna suplemen pemakanan jangka panjang yang menunjukkan bahawa mereka yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik, berbanding mereka yang mengambil multivitamin jenama lain atau tiada multivitamin sama sekali.

Bagaimana nak dapatkan produk Shaklee?

Hubungi Tinie sekarang untuk mendapatkan produk Shaklee anda. Kita nak sihat kan? Bertindak sekarang. Tinie akan berikan konsultasi terbaik dan cara makan berkesan sebagai hadiah kepada setiap pelanggan Tinie.

Hubungi Tinie di 0137796796 atau anda boleh rujuk maklumat seperti di bawah.


DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DARI SAYA 😊

Shaklee Independent Distributor Suzaitini Muhammad ( 1071549)


Call/Sms : +6013-7796 796


Email : suzaitini@gmail.com



Kuatkan Tulang Dengan Nutrisi Secara Semulajadi

Seorang bayi dilahirkan dengan 300 tulang semasa lahir. Sesetengah tulang anak anda terdiri daripada tulang rawan (tisu elastik, licin dan bertekstur seperti getah) manakala sebahagian tulang lagi terdiri daripada bahan yang sama. Apabila mereka membesar, tulang ini bergabung bersama, tulang rawan pula mengeras dan akhirnya tinggal 206 tulang yang terdapat pada kita sebagai orang dewasa.



Memelihara tulang anak anda sejak kecil adalah penting kerana apabila mencapai usia 20 tahun, pertumbuhan tulang mereka berhenti (jisim kemuncak tulang). Tambahan pula, tulang kita menjalankan banyak fungsi utama seperti:

  • Melindungi organ sensitif dan penting (contohnya otak yang dilindungi tengkorak dan jantung dilindungi oleh rusuk)
  • Bersama otot rangka, tendon, ligamen dan sendi, tulang juga membolehkan pergerakan dan fungsi utamanya adalah sebagai tuil
  • Sumsum merah membantu menghasilkan sel darah merah dan sel darah putih
  • Menyimpan mineral seperti kalsium dan fosforus
  • Sumsum kuning tulang panjang membantu menyimpan lemak
  • Sesetengah tulang membantu menghasil dan menyimpan ciri pertumbuhan
  • Tulang halus dalam telinga membolehkan kita mendengar
  • Membebaskan dan menyerap garam alkali untuk mengekalkan imbangan pH

Antara faktor yang boleh mempengaruhi kesihatan tulang anak anda adalah pengambilan kalsium dan vitamin D yang tidak mencukupi dan kurang senaman menahan berat. Jadi, inilah masanya untuk mengoptimumkan jisim tulang anak anda bagi mencegah osteoperosis dan tulang rapuh.

Diet yang sihat dan seimbang akan membekalkan semua nutrisi, termasuk vitamin dan mineral untuk membina tulang kuat. Tetapi dua nutrien yang amat penting ialah kalsium dan vitamin D.

Kalsium ialah mineral yang diperlukan untuk membina tulang dan mengekalkannya sihat. Sekitar 99 peratus daripada kalsium tubuh didapati dalam tulang dan ia diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tulang yang normal. Ia juga membantu pembekuan darah, transmisi neuron dan pengecutan otot.

Baca juga : Tanda-Tanda Osteoporosis 

Makanan sumber kalsium yang baik termasuk:

  • Susu dan hasil tenusu seperti keju dan yogurt
  • Ikan yang tulangnya boleh dimakan seperti sardin dalam tin dan ikan bilis
  • Kacang dan produk kekacang seperti dal, tauhu dan tempe
  • Sayur seperti bayam, selada air, sawi, cekur manis, pucuk ubi, kailan, brokoli
  • Alternatif lain ialah makanan proses yang diperkaya dengan kalsium seperti bijirin sarapan, biskut, susu soya, roti dan jus

Vitamin D memainkan peranan penting dalam pembentukan tulang yang kuat. Ia penting untuk penyerapan dan penggunaan kalsium bagi perkembangan serta kesihatan tulang dan fungsi lain. Ada dua bentuk vitamin D iaitu D2 dan D3.

Vitamin D2 adalah buatan manusia dan ditambah ke dalam makanan. Vitamin D3 pula dihasilkan secara semula jadi oleh manusia di dalam kulit apabila terdedah pada cahaya matahari. Vitamin D3 juga boleh didapati daripada beberapa makanan berasaskan haiwan.

Makanan yang membekalkan vitamin D termasuk ikan berlemak (contohnya salmon, sardin, makeral), minyak ikan dan kuning telur. Ia juga ada dalam makanan yang diperkayakan dengan vitamin D seperti susu dan bijirin.

Bagaimanapun, vitamin D hanya terdapat dalam beberapa makanan sahaja dan lazimnya dalam jumlah yang kecil. Maka, pendedahan pada sinaran matahari secara langsung adalah cara terbaik untuk mencapai paras vitamin D optimum. Galakkan anak anda meluangkan sedikit masa bermain di luar rumah untuk mendapat cahaya matahari agar tubuh boleh menghasilkan vitamin D.

SUSU - MAKANAN BERKHASIAT!


Susu dan produk tenusu adalah sumber baik kalsium dan vitamin D serta nutrien penting lain untuk tulang. Piramid Makanan Malaysia menyarankan dua hingga tiga sajian susu dan produk tenusu setiap hari. Ia bersamaan tiga gelas susu sehari, ataupun satu gelas susu dengan satu cawan yogurt dan satu keping keju sehari!

Nutrien lain seperti vitamin A, B, C, E, folat dan mineral seperti kuprum, zink, selenium, zat besi dan magnesium, juga memainkan peranan penting dalam pembentukan dan pemeliharaan tulang kuat.

MAKANAN TAMBAHAN PENGUAT TULANG SIHAT


Semakin meningkat dewasa, pengambilan susu semakin berkurangan dan diganti dengan minuman tinggi gula tidak berkhasiat. Aktiviti riadah dan senaman juga semakin berkurangan faktor daripada kesibukan kerja seharian. 

Pengambilan makanan tambahan / supplement dapat mengisi kelompongan nutrisi setiap hari bagi menyokong kesihatan dan kekuatan tulang. Seterusnya dapat mengelakkan penyakit berkaitan tulang seperti tulang rapuh dan osteoporosis.

Ostematrix

Ostematrix lengkap dengan unsur Kalsium, Magnesium, dan Vitamin D. Vitamin D dalam ostematrix penting untuk memastikan penyerapan kalsium dalam darah dengan lebih efektif.

Baca juga : Sumber Kalsium Terbaik Untuk Tulang

Carotomax 

Kaya dengan vitamin A. Menurut International Journal of Environmental Research and Public Health, individu yang kekurangan vitamin A lebih berisiko tinggi untuk mengalami patah tulang berbanding individu yang mengambil vitamin A secukupnya.

Vitamin B-Complex

Kekurangan vitamin B12 mampu melemahkan tulang. B-Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

Vitamin C

Dalam proses pembentukan tulang, vitamin C berfungsi untuk kestabilan kolagen dan pembentukan tulang. Kekurangan vitamin C dikaitkan dengan gangguan hubungan antara tisu badan.

Vitamin E

Pengambilan vitamin E dengan yang secukupnya dapat membantu mengurangkan risiko patah tulang pada orang yang lebih tua dan membantu memenuhi pemakanan tulang dan membantu dengan kepadatan tulang.

Zink

Zink merupakan bahan asas untuk membuat kolagen dalam tulang. Zink merupakan komponen hidroksiapatit, yang merupakan garam yang menjadikan matriks tulang kuat dan keras. Oleh sebab itu  zink mesti ditambah kepada pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang, terutamanya apabila anda berumur lebih tua atau jika anda menunjukkan tanda-tanda penuaan pramatang atau osteoporosis.


Bagaimana nak dapatkan produk Shaklee?

Hubungi Tinie sekarang untuk mendapatkan produk Shaklee anda. Kita nak sihat kan? Bertindak sekarang. Tinie akan berikan konsultasi terbaik dan cara makan berkesan sebagai hadiah kepada setiap pelanggan Tinie.

Hubungi Tinie di 0137796796 atau anda boleh rujuk maklumat seperti di bawah.


DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DARI SAYA 😊

Shaklee Independent Distributor Suzaitini Muhammad ( 1071549)


Call/Sms : +6013-7796 796


Email : suzaitini@gmail.com

Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia

Anda juga boleh membuat pesanan sepantas kilat terus dari HQ dengan klik gambar di bawah.



Turunkan Tekanan Darah Tinggi Tanpa Ubat? Bagaimana caranya?

Penyakit tekanan darah tinggi di kalangan rakyat Malaysia cukup sinonim. Kebanyakan rakyat kita yang mencecah umur 40an mula tunjukkan simptom-simptom darah tinggi. Lebih membimbangkan ada juga di awal 30an dah mula di intai penyakit darah tinggi. Apabila dah positif darah tinggi, kita akan dibekalkan dengan ubat untuk kawal tekanan darah tinggi.

Selain bergantung dengan ubat, apa lagi cara kita boleh buat untuk menurunkan tekanan darah tinggi serta memastikan tekanan darah berapa pada tahap stabil?


Apa punca tekanan darah tinggi? Klik SINI


Tapi tahukah anda, banyak lagi cara boleh kita buat untuk kawal dan turunkan tekanan darah tinggi tanpa ubat! Semestinya lebih semulajadi dan menyihatkan tanpa kesan negatif pada masa hadapan. Kalau boleh kurangkan kebergantungan pada ubat, kenapa tidak?

Di sini saya kongsikan dengan anda beberapa cara alternatif yang boleh kita buat bagi menurunkan tekanan darah tinggi tanpa ubat.

Secara ringkas, anda boleh tonton video di bawah.

1. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM


Kita masak kalau tak ada garam memang tak sedap kan. Tapi kalau terlebih garam masalah pula timbul. Tekanan darah tinggi. Belum lagi bila makan nasi panas-panas dengan ikan kering dan ulam cicah sambal belacan. Sedap tak terkata. Nyum2. 😅

Sebenarnya garam bukanlah penyebab utama tekanan darah tinggi. Tapi kalau terlalu banyak pengambilan garam dalam diet kita, boleh ganggu keseimbangan cecair dalam badan.

Apabila kandungan garam berlebihan, sumber cecair akan diambil daripada tisu dalam badan kita untuk pam garam berlebihan tersebut. Jadinya jantung kita akan kerja lebih untuk mengepam dan tekanan darah kita akan naik. Kesiaaan jantung kita.

2. MAKAN BUNGA RAYA


Haa? Makan bunga raya? Jarang pula kita jumpa orang makan bunga raya. Sedap ke? Hehe

Sebenarnya bunga raya ni memang telah digunakan secara semulajadi untuk rawat masalah tekanan darah.

Bunga raya telah digunakan secara semula jadi untuk merawat tekanan darah. Namun begitu, kajian menunjukkan khasiat bunga raya bukan sekadar itu sahaja. Malah, bunga raya juga berfungsi sebagai diuretik, yang menarik keluar natrium dari saluran darah, seterusnya mengurangkan tekanan pada dinding arteri.

Apa yang lebih menarik ialah bagaimana Bunga Raya boleh menyerupai perencat kepada Angiotensin Converting Enzyme (ACE). Perencat ACE tergolong dalam kumpulan yang sama dengan ubat-ubatan farmaseutikal yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi.

Mereka berfungsi dengan menghalang enzim penukar angiotensin, yang memainkan peranan penting dalam sistem hormone renin-angiotensin yang mengawal tekanan darah dan keseimbangan cecair. Hasil daripada perencatan ini, jumlah darah diturunkan dan mengurangkan tekanan darah dalam saluran.


Apa yang anda perlukan?:

-1-2 camca teh bunga raya kering
-1 cawan air masak
-Madu, lemon, atau 1-2 batang kayu manis (pilihan)

Cara-caranya:

Didihkan air dan tambahkan bunga raya dan kayu manis dan biarkan selama 5 minit. Tambah madu atau limau untuk perasa, dan minum 2-3 kali sehari. Ia juga sesuai dijadikan teh ais semasa musim panas.

3. MINUM AIR KELAPA


Air kelapa segar mengandungi kalium dan magnesium, kedua-duanya berkaitan dengan fungsi otot biasa dan organ lain termasuk jantung. Terdapat beberapa kajian yang melaporkan air kelapa boleh membantu mengurangkan tekanan darah.

4. AMBIL MINYAK IKAN


Mungkin anda sudah jemu mendengar tentang khasiat minyak ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 dan sangat baik untuk jantung anda. Walaupun kajian masih dijalankan tentang fungsi minyak ikan dalam mengurangkan risiko serangan jantung atau angin ahmar, ia telah terbukti dapat menurunkan tekanan darah, di samping mengurangkan trigliserida dan meningkatkan kolesterol HDL (“baik”).

5. HERBA HAWTHORN UNTUK JANTUNG


Hawthorn Adalah herba ruji untuk kesihatan jantung kerana kandungannya yang kaya dengan flavonoid, iaitu procyandins oligomerik (OPC) dan quercetin.

Flavonoids dipercayai dapat merawat pelbagai jenis penyakit jantung seperti aritmia, rasa berdebar-debar, meningkatkan fungsi kapilari, mengawal metabolisme glukosa dan, sudah tentu, mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

6. SENAMAN


Tidak ada benda lain yang dapat menggantikan manfaat senaman terutamanya apabila teknologi menjadikan masyarakat semakin kurang aktif, dan ia merupakan terapi yang paling bagus untuk merawat tekanan darah tinggi. Jantung diperbuat daripada otot, dan otot akan menjadi lebih kuat dengan senaman.

7. AMBIL BAWANG PUTIH


Bawang putih bermanfaat untuk menangani pelbagai penyakit, termasuk tekanan darah tinggi. Allicin, yang merupakan sebatian organosulphur yang kurang stabil, dan biasanya dinyahaktifkan apabila ia bersentuhan dengan bahan dengan pH rendah daripada 3, seperti asid perut kita. Walau bagaimanapun, apabila diambil dalam bentuk tablet, hasilnya lebih berkesan untuk menurunkan tekanan darah. Kajian mendapati, setiap dos yang mengandungi 1.8 miligram Allicin dapat menurunkan tekanan darah sebanyak 10% dalam tempoh 12 minggu.

8. AMBIL TEMBIKAI DI PAGI HARI


Tembikai sering dianggap sebagai buah-buahan untuk musim panas, malah ia juga boleh membantu menurunkan tekanan darah. Apabila memakan tembikai, sejenis bahan organik yang dipanggil citrulline, a-asid amino akan ditukarkan kepada asid amino L-arginine, seterusnya menghasilkan nitrik oksida yang berfungsi dalam mengawal sel-sel dan sistem dalam badan serta meluaskan saluran darah, mengurangkan rintangan vascular dan seterusnya merendahkan tekanan darah.

9. TEH HALIA-PELAGA


Satu hasil kajian yang dilakukan pada bulan Disember 2009 yang disiarkan dalam Jurnal India Biokimia & Biofizik menunjukkan sekumpulan peserta yang diberi 1 sudu teh serbuk buah pelaga setiap hari selama beberapa minggu menunjukkan pengurangan yang ketara dalam tekanan darah.

Dengan gabungan halia dan kayu manis, kedua-dua rempah panas ini dapat meningkatkan peredaran darah dan menyihatkan jantung anda.

10. SIRAP BLUBERI


Sirap semula jadi yang dibuat sendiri di rumah adalah yang terbaik untuk diri anda. Bluberi kaya dengan quercetin dan flavonoid, dan mempunyai khasiat yang sama seperti hawthorn. Anda boleh mencampurkannya dengan beri yang lain untuk menjamin kesihatan jantung anda!

Macam-macam cara kan kita boleh ambil untuk atasi masalah tekanan darah tinggi selain bergantung semata-mata pada ubat. Secara ringkasnya, jaga pemakanan dan gaya hidup.

Pengambilan nutrisi yang betul boleh mengelakkan kita daripada darah tinggi. Untuk mereka yang agak susah untuk mengambil pemakanan yang betul setiap hari boleh menggunakan cara ringkas seperti pengambilan supplement. Pengambilan suppliment dapat menjamin tubuh kita mendapat nutrisi yang kita perlukan.

Berikut adalah beberapa supplement yang boleh diambil bagi mengelak dan mengatasi masalah darah tinggi.

VIVIX >> Kandungan resveratrol di dalam vivix dapat membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolestrol, merendahkan tekanan darah, dan mengurangkan berat badan.

OMEGA GUARD >> Bertindak menurunkan tekanan darah, membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan keradangan.

GARLIC >> Membantu melancarkan peredaran darah dengan sempurna, mengurangkan peras kolestrol dan tekanan darah, dan meningkatkan daya imunisasi badan.

ALFALFA COMPLEX >> Membuang toksin dalam badan dan merendahkan tekanan darah.

COQTROL PLUS >> Menggalak fungsi jantung yang sihat. Kandungan CoQ10 di dalam CoQtrol Plus telah dikaji dapat menurunkan tekanan darah tanpa kesan sampingan yang ketara.

VITAMIN C >> Vitamin C Shaklee mengandungi bioflavonoid yang dapat mempertingkatkan lagi keberkesanan dalam mengurangkan risiko darah tinggi serta bertindak sebagai antioksidan yang baik untuk badan.

OSTEMATRIX >> Kandungan magnesium yang terkandung dalam ostematrik dapat menjaga fungsi otot termasuk otot jantung.

Jangan ambil ringan jika ada tanda-tanda darah tinggi. Kena beringat selalu, lebih-lebih lagi yang sudah meningkat usia. Jagalah kesihatan diri anda.

Bagaimana nak dapatkan produk Shaklee?

Hubungi Tinie sekarang untuk mendapatkan produk Shaklee anda. Kita nak sihat kan? Bertindak sekarang. Tinie akan berikan konsultasi terbaik dan cara makan berkesan sebagai hadiah kepada setiap pelanggan Tinie.

Hubungi Tinie di 0137796796 atau anda boleh rujuk maklumat seperti di bawah.


DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DARI SAYA 😊

Shaklee Independent Distributor Suzaitini Muhammad ( 1071549)


Call/Sms : +6013-7796 796


Email : suzaitini@gmail.com

Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia

Anda juga boleh membuat pesanan sepantas kilat terus dari HQ dengan klik gambar di bawah.





Cara Turunkan Tekanan Darah Tinggi Dengan Selamat Dan Berkesan Tanpa Ubat

Adakah anda sering berasa sakit kepala, hidung berdarah, muntah dan kebas-kebas? Awas! Anda mungkin mempunyai masalah darah tinggi.

Tahukah anda, tekanan darah tinggi adalah faktor yang boleh menyumbang kepada penyakit yang lebih serius seperti serangan sakit jantung, jantung lemah, angin ahmar, diabetis dan juga kegagalan buah pinggang. 

Awas! Masalah tekanan darah tinggi juga tergolong sebagai "pembunuh senyap!"

Tonton video ini sekarang sebelum tekanan darah tinggi anda semakin parah.


Tekanan darah yang tinggi sangat merbahaya, jika anda tidak perihatin dengan kesihatan anda. Mungkin anda nampak sihat,tetapi tekanan darah yang tinggi adalah penyakit dalaman yang sukar dikesan dengan mata kasar.

Komplikasi yang berlaku disebabkan tekanan darah tinggi akan menyebabkan kos rawatan semakin meningkat berserta kehilangan kemampuan untuk berkerja

Anda mungkin telah melakukan pelbagai cara untuk menurunkan tekanan darah tinggi anda. Tapi masih belum berjaya. 

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda cara turunkan tekanan darah tinggi dengan selamat dan berkesan tanpa ubat.
Sesi konsultasi bersama seorang pelanggan

Kenalpasti Tekanan Darah Anda

Bagaimana untuk mengenal pasti jika anda mengalami masalah darah tinggi? Pemeriksaan ringkas boleh dilakukan dengan alat bacaan tekanan darah. 

Anda mengalami masalah tekanan darah tinggi jika tekanan darah melebihi 140/90 mmHg. Tekanan darah tersebut mestilah secara konsisten tinggi pada 2 ataupun lebih waktu yang berasingan.

Berikut adalah jadual bacaan tekanan yang boleh anda rujuk.


Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. 

Darah tinggi atau Hipertensi (Inggeris = Hypertension) merujuk kepada tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik. 

Apakah Punca Penyebab Tekanan Darah Tinggi?

Penyebab tekanan darah tinggi boleh dibahagikan kepada dua iaitu Primer dan Sekunder. 

Tekanan darah primer adalah merangkumi 90-95% mereka yang mengalami tekanan darah bagi orang dewasa. 

Hanya dalam bilangan kecil sahaja iaitu 2-10% yang mengalami tekanan darah disebabkan penyebab skunder.

PRIMER - faktor risiko yang berasal daripada persekitaran mahupun keturunan. Jika seseorang itu mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah tekanan darah tinggi, maka dia pun mempunyai faktor risiko yang sama juga.

Beberapa faktor risiko yang akan meningkatkan kebarangkalian untuk menghadapi tekanan darah jenis ini adalah:
  • Ahli keluarga yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi
  • Berlebihan berat badan
  • Mempunyai penyakit kencing manis
  • Pengambilan garam yang berlebihan
  • Tidak mengawal permakanan
  • Kurang bersenam
  • Tekanan perasaan / stress

SEKUNDER - disebabkan masalah lain yang berlaku di dalam badan seperti masalah pada buah pinggang, masalah hormon/endokrin, masalah pada saluran darah dan beberapa masalah yang lain
Pelanggan yang telah mendapatkan produk daripada saya

Bagaimana Cara Turunkan Darah Tinggi?

Tekanan darah meningkat kerana saluran darah menjadi sempit akibat dari timbunan lemak pada dinding-dinding (atherosclerosis). Sering dikaitkan dengan kolestrol tinggi dan ini berlaku perlahan-lahan dengan chronic inflammation. 

Bila saluran darah sempit, jantung perlu mengepam darah dengan kuat dan tekanan darah meningkat untuk menyampaikan bekalan oksigen dan makanan kepada tisu-tisu dalam organ-organ terpenting. 

Menurut Dr. Hamid Arshat, terdapat beberapa cara boleh dilakukan bagi mengawal dan menurunkan tekanan darah tinggi. Antaranya adalah seperti berikut :

1. Kawal Berat Badan

Kegemukan adalah salah satu penyebab tekanan darah tinggi. Kurangkan makanan bergula dan karbohidrat. Kurangkan makanan bergoreng, bersantan, kuih-kuih manis, coklat manis. Jauhkan air minuman soda. Kurangkan makan daging merah - lembu dan kambing. 

2. Lakukan Senaman

Lakukan senaman 30 minit setiap hari. Senaman meningkatkan aliran darah kepada tisu-tisu dan organ. Disamping menurunkan kolestrol dan gula dalam darah, senaman mencetuskan keluar endorphin dari otak menjadikan kita tenang dan ceria. 

3. Kawal Stress

Minda yang tenang dan emosi ceria dapat kawal tekanan darah. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup.
Pengambilan supplement yang sesuai mampu menurunkan dan mengawal tekanan darah tinggi anda secara semulajadi

4. Vitamin Tambahan

Makanan-makanan yang mengandungi vitamin c, beta carotene, flavonoid, antioksidan boleh membantu mengawal tekanan darah dengan menyekat chronic inflammation dan bantu baikpulih sel-sel dan tisu-tisu. Amalkan juga fish oil yang kaya dengan omega 3 dan DHA yang anti inflammatory. 

Untuk mendapatkan vitamin tambahan untuk membantu anda menurunkan tekanan darah tinggi, saya mencadangkan beberapa jenis produk yang sangat sesuai dan berkesan. Produk-produk ini juga disahkan selamat dan semulajadi. Telah dikaji dan mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. 

Saya ada produk dan teknik berkesan untuk bantu anda. Dengan cara ini masalah tekanan darah tinggi anda dapat diselesaikan.

Disclaimer: Kesan produk berbeza mengikut individu. Produk tak bertujuan untuk merawat dan menyembuh. Namun begitu ramai yang mendapat kesan baik.




Ramai pengguna telah berjaya mengawal masalah tekanan darah tinggi mereka dengan produk ini. Jom kita lihat hasilnya.

Disclaimer: Kesan produk berbeza mengikut individu. Produk tak bertujuan untuk merawat dan menyembuh. Namun begitu ramai yang mendapat kesan baik.

Disclaimer: Kesan produk berbeza mengikut individu. Produk tak bertujuan untuk merawat dan menyembuh. Namun begitu ramai yang mendapat kesan baik.



Berapa lama kesan yang boleh saya dapat daripada produk ini?


Kesan ke atas setiap individu adalah berbeza-beza. Apa yang penting adalah anda secara konsisten mengambil produk-produk tersebut dengan cara yang betul. Anda akan kagum dengan masalah kesihatan yang semakin berkurangan 👍

Ada apa-apa kesan sampingan tak?


Ada. Kesannya sampingannya adalah anda akan mula berasa tahap kesihatan anda bertambah baik dari semasa ke semasa. Monitor simptom darah tinggi anda yang semakin berkurang. Anda pasti tersenyum gembira 😃

Bagaimana cara pengambilan produk?


Konsultasi cara pengambilan secara esklusif dan berkesan akan saya berikan hanya kepada pelanggan-pelanggan saya sahaja. Rugi tau beli tanpa konsultasi berkesan dari saya. 

Anda dah cuba macam-macam produk tapi masih tiada perubahan. Mengapa?


Kebanyakan produk di pasaran tiada kajian saintifik oleh pakar dan saintis. Hanya bergantung kepada kajian jangka pendek. Produk tersebut tidak membantu menyelesaikan masalah anda dari peringkat akar umbi. Keputusannya masalah masih berulang-ulang tidak selesai.

Kenapa produk ini paling berkualiti untuk masalah anda?


Produk ini terbukti semulajadi, selamat dan berkesan! Produk ini dijamin keselamatan tanpa syarat. Pakar telah menjalankan lebih 350 ujian ke atas setiap ramuan untuk logam berat, racun serangga atau beratus-ratus bahan cemar berbahaya yang lain. Lebih 80,000 ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan dan keselamatan bagi setiap produk. Dijamin 100% selamat untuk digunakan.

Produk ini dijamin keberkesanan penuh. Berbanding produk syarikat lain, produk ini mempunyai bukti yang dapat dilihat di dalam lebih 100 kertas kerja saintifik. Lebih daripada US$250 juta dilabur dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan. 

Dalam 2007 Kajian Landmark yang dijalankan dengan usahasama penyelidik dari Sekolah Kesihatan Awam UC Berkeley yang menunjukkan bahawa orang-orang yang mengambil supplemen makanan shaklee mempunyai kesihatan dengan ketara lebih baik daripada mereka yang mengambil multivitamin tunggal atau tidak mengambil supplemen langsung. 

Bagaimana nak dapatkan produk best ni?

Dapatkan produk terbaik ini daripada saya sekarang

Jangan tunggu tekanan darah anda naik lagi. Dapatkan segera produk ini melalui saya & dapatkan konsultasi berkesan secara percuma! Ingat, tekanan darah yang dianggap remeh boleh membuat anda diserang strok. 

Anda boleh WhatsApp saya dengan menekan butang order di bawah.


Untuk pembelian terus menggunakan kad debit / kredit, anda boleh menekan butang di bawah. Jangan lupa, selepas membeli, hubungi saya yer. Saya akan berikan konsultasi pemakanan kepada anda dengan percuma.