Turunkan Tekanan Darah Tinggi Tanpa Ubat? Bagaimana caranya?

12:54 0 Comments A+ a-

Penyakit tekanan darah tinggi di kalangan rakyat Malaysia cukup sinonim. Kebanyakan rakyat kita yang mencecah umur 40an mula tunjukkan simptom-simptom darah tinggi. Lebih membimbangkan ada juga di awal 30an dah mula di intai penyakit darah tinggi. Apabila dah positif darah tinggi, kita akan dibekalkan dengan ubat untuk kawal tekanan darah tinggi.

Selain bergantung dengan ubat, apa lagi cara kita boleh buat untuk menurunkan tekanan darah tinggi serta memastikan tekanan darah berapa pada tahap stabil?


Apa punca tekanan darah tinggi? Klik SINI


Tapi tahukah anda, banyak lagi cara boleh kita buat untuk kawal dan turunkan tekanan darah tinggi tanpa ubat! Semestinya lebih semulajadi dan menyihatkan tanpa kesan negatif pada masa hadapan. Kalau boleh kurangkan kebergantungan pada ubat, kenapa tidak?

Di sini saya kongsikan dengan anda beberapa cara alternatif yang boleh kita buat bagi menurunkan tekanan darah tinggi tanpa ubat.

Secara ringkas, anda boleh tonton video di bawah.

1. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM


Kita masak kalau tak ada garam memang tak sedap kan. Tapi kalau terlebih garam masalah pula timbul. Tekanan darah tinggi. Belum lagi bila makan nasi panas-panas dengan ikan kering dan ulam cicah sambal belacan. Sedap tak terkata. Nyum2. 😅

Sebenarnya garam bukanlah penyebab utama tekanan darah tinggi. Tapi kalau terlalu banyak pengambilan garam dalam diet kita, boleh ganggu keseimbangan cecair dalam badan.

Apabila kandungan garam berlebihan, sumber cecair akan diambil daripada tisu dalam badan kita untuk pam garam berlebihan tersebut. Jadinya jantung kita akan kerja lebih untuk mengepam dan tekanan darah kita akan naik. Kesiaaan jantung kita.

2. MAKAN BUNGA RAYA


Haa? Makan bunga raya? Jarang pula kita jumpa orang makan bunga raya. Sedap ke? Hehe

Sebenarnya bunga raya ni memang telah digunakan secara semulajadi untuk rawat masalah tekanan darah.

Bunga raya telah digunakan secara semula jadi untuk merawat tekanan darah. Namun begitu, kajian menunjukkan khasiat bunga raya bukan sekadar itu sahaja. Malah, bunga raya juga berfungsi sebagai diuretik, yang menarik keluar natrium dari saluran darah, seterusnya mengurangkan tekanan pada dinding arteri.

Apa yang lebih menarik ialah bagaimana Bunga Raya boleh menyerupai perencat kepada Angiotensin Converting Enzyme (ACE). Perencat ACE tergolong dalam kumpulan yang sama dengan ubat-ubatan farmaseutikal yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi.

Mereka berfungsi dengan menghalang enzim penukar angiotensin, yang memainkan peranan penting dalam sistem hormone renin-angiotensin yang mengawal tekanan darah dan keseimbangan cecair. Hasil daripada perencatan ini, jumlah darah diturunkan dan mengurangkan tekanan darah dalam saluran.


Apa yang anda perlukan?:

-1-2 camca teh bunga raya kering
-1 cawan air masak
-Madu, lemon, atau 1-2 batang kayu manis (pilihan)

Cara-caranya:

Didihkan air dan tambahkan bunga raya dan kayu manis dan biarkan selama 5 minit. Tambah madu atau limau untuk perasa, dan minum 2-3 kali sehari. Ia juga sesuai dijadikan teh ais semasa musim panas.

3. MINUM AIR KELAPA


Air kelapa segar mengandungi kalium dan magnesium, kedua-duanya berkaitan dengan fungsi otot biasa dan organ lain termasuk jantung. Terdapat beberapa kajian yang melaporkan air kelapa boleh membantu mengurangkan tekanan darah.

4. AMBIL MINYAK IKAN


Mungkin anda sudah jemu mendengar tentang khasiat minyak ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 dan sangat baik untuk jantung anda. Walaupun kajian masih dijalankan tentang fungsi minyak ikan dalam mengurangkan risiko serangan jantung atau angin ahmar, ia telah terbukti dapat menurunkan tekanan darah, di samping mengurangkan trigliserida dan meningkatkan kolesterol HDL (“baik”).

5. HERBA HAWTHORN UNTUK JANTUNG


Hawthorn Adalah herba ruji untuk kesihatan jantung kerana kandungannya yang kaya dengan flavonoid, iaitu procyandins oligomerik (OPC) dan quercetin.

Flavonoids dipercayai dapat merawat pelbagai jenis penyakit jantung seperti aritmia, rasa berdebar-debar, meningkatkan fungsi kapilari, mengawal metabolisme glukosa dan, sudah tentu, mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

6. SENAMAN


Tidak ada benda lain yang dapat menggantikan manfaat senaman terutamanya apabila teknologi menjadikan masyarakat semakin kurang aktif, dan ia merupakan terapi yang paling bagus untuk merawat tekanan darah tinggi. Jantung diperbuat daripada otot, dan otot akan menjadi lebih kuat dengan senaman.

7. AMBIL BAWANG PUTIH


Bawang putih bermanfaat untuk menangani pelbagai penyakit, termasuk tekanan darah tinggi. Allicin, yang merupakan sebatian organosulphur yang kurang stabil, dan biasanya dinyahaktifkan apabila ia bersentuhan dengan bahan dengan pH rendah daripada 3, seperti asid perut kita. Walau bagaimanapun, apabila diambil dalam bentuk tablet, hasilnya lebih berkesan untuk menurunkan tekanan darah. Kajian mendapati, setiap dos yang mengandungi 1.8 miligram Allicin dapat menurunkan tekanan darah sebanyak 10% dalam tempoh 12 minggu.

8. AMBIL TEMBIKAI DI PAGI HARI


Tembikai sering dianggap sebagai buah-buahan untuk musim panas, malah ia juga boleh membantu menurunkan tekanan darah. Apabila memakan tembikai, sejenis bahan organik yang dipanggil citrulline, a-asid amino akan ditukarkan kepada asid amino L-arginine, seterusnya menghasilkan nitrik oksida yang berfungsi dalam mengawal sel-sel dan sistem dalam badan serta meluaskan saluran darah, mengurangkan rintangan vascular dan seterusnya merendahkan tekanan darah.

9. TEH HALIA-PELAGA


Satu hasil kajian yang dilakukan pada bulan Disember 2009 yang disiarkan dalam Jurnal India Biokimia & Biofizik menunjukkan sekumpulan peserta yang diberi 1 sudu teh serbuk buah pelaga setiap hari selama beberapa minggu menunjukkan pengurangan yang ketara dalam tekanan darah.

Dengan gabungan halia dan kayu manis, kedua-dua rempah panas ini dapat meningkatkan peredaran darah dan menyihatkan jantung anda.

10. SIRAP BLUBERI


Sirap semula jadi yang dibuat sendiri di rumah adalah yang terbaik untuk diri anda. Bluberi kaya dengan quercetin dan flavonoid, dan mempunyai khasiat yang sama seperti hawthorn. Anda boleh mencampurkannya dengan beri yang lain untuk menjamin kesihatan jantung anda!

Macam-macam cara kan kita boleh ambil untuk atasi masalah tekanan darah tinggi selain bergantung semata-mata pada ubat. Secara ringkasnya, jaga pemakanan dan gaya hidup.

Pengambilan nutrisi yang betul boleh mengelakkan kita daripada darah tinggi. Untuk mereka yang agak susah untuk mengambil pemakanan yang betul setiap hari boleh menggunakan cara ringkas seperti pengambilan supplement. Pengambilan suppliment dapat menjamin tubuh kita mendapat nutrisi yang kita perlukan.

Berikut adalah beberapa supplement yang boleh diambil bagi mengelak dan mengatasi masalah darah tinggi.

VIVIX >> Kandungan resveratrol di dalam vivix dapat membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolestrol, merendahkan tekanan darah, dan mengurangkan berat badan.

OMEGA GUARD >> Bertindak menurunkan tekanan darah, membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan keradangan.

GARLIC >> Membantu melancarkan peredaran darah dengan sempurna, mengurangkan peras kolestrol dan tekanan darah, dan meningkatkan daya imunisasi badan.

ALFALFA COMPLEX >> Membuang toksin dalam badan dan merendahkan tekanan darah.

COQTROL PLUS >> Menggalak fungsi jantung yang sihat. Kandungan CoQ10 di dalam CoQtrol Plus telah dikaji dapat menurunkan tekanan darah tanpa kesan sampingan yang ketara.

VITAMIN C >> Vitamin C Shaklee mengandungi bioflavonoid yang dapat mempertingkatkan lagi keberkesanan dalam mengurangkan risiko darah tinggi serta bertindak sebagai antioksidan yang baik untuk badan.

OSTEMATRIX >> Kandungan magnesium yang terkandung dalam ostematrik dapat menjaga fungsi otot termasuk otot jantung.

Jangan ambil ringan jika ada tanda-tanda darah tinggi. Kena beringat selalu, lebih-lebih lagi yang sudah meningkat usia. Jagalah kesihatan diri anda.

Bagaimana nak dapatkan produk Shaklee?

Hubungi Tinie sekarang untuk mendapatkan produk Shaklee anda. Kita nak sihat kan? Bertindak sekarang. Tinie akan berikan konsultasi terbaik dan cara makan berkesan sebagai hadiah kepada setiap pelanggan Tinie.

Hubungi Tinie di 0137796796 atau anda boleh rujuk maklumat seperti di bawah.


DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DARI SAYA 😊

Shaklee Independent Distributor Suzaitini Muhammad ( 1071549)


Call/Sms : +6013-7796 796


Email : suzaitini@gmail.com

Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia

Anda juga boleh membuat pesanan sepantas kilat terus dari HQ dengan klik gambar di bawah.