KENAPA WANITA LEBIH RAMAI OSTEOPOROSIS : LANGKAH PENCEGAHAN OSTEOPOROSIS YANG PATUT ANDA TAHU

12:29 0 Comments A+ a-

Sekurang-kurangnya satu pertiga daripada wanita dan satu perlima daripada lelaki di usia atas 50 tahun mungkin mengalami osteoporosis atau penyakit yang berkaitan tulang rapuh / patah dalam hidup mereka.


Apa Osteoporosis ?


Osteoporosis bermaksud tulang poros. Ia adalah satu keadaan disebabkan kemerosotan seni bina mikro tulang itu sendiri. Ini bermakna, walaupun tulang mungkin tidak mengecil secara fizikal, tetapi rasuk dan tiang yang membuat seni bina tulang menjadi semakin nipis dan lemah sehingga akhirnya tulang osteoporosis ini lebih mudah patah atau rosak.

Pencegahan, pengesanan dan rawatan awal boleh membantu mencegah keretakan tulang. Keretakan tulang berkaitan dengan osteoporosis bukan sahaja memberi kesan amat buruk kepada gaya hidup, malahan ada keretakan yang terbukti secara statistik memendekkan jangka hayat seseorang.

Osteoporosis adalah penyakit sistamik, yang bermaksud keadaan ini melibatkan semua tulang di dalam badan walaupun sebahagiannya lebih cenderung reput dan mudah patah berbanding yang lain. Osteoporosis juga merupakan penyakit 'senyap' kerana selalunya hanya disedari apabila terdapat atau berlaku keretakan tulang pada seseorang itu.


Bahagian sendi yang biasa dan mudah patah adalah pergelangan tangan, tulang belakang dan tulang pinggul. Komplikasi ini menimbulkan masalah kesihatan terutama di kalangan warga tua. Keretakan pinggul terutamanya, telah dikaitkan bukan sahaja dengan 'morbiditi' malah mortaliti (risiko kematian) lebih tinggi.

Kunci untuk memahami osteoporosi adalah dengan memahami bagaimana zat kalsium 'dimetabolismekan' dan disimpan di dalam badan. Kalsium daripada makanan diserap dalam usus dan disimpan terutamanya dalam tulang. Proses penyerapan dan penyimpanan dibantu oleh Vitamin D. Vitamin D diperoleh daripada diet dan juga daripada kulit apabila terdedah kepada cahaya matahari yang mencukupi.


Bagaimana Osteoporosis Berlaku ?



Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan pada 1997, insiden keretakan pinggul di Malaysia di kalangan individu melebihi 50 tahun adalah 90 bagi setiap 100,000 orang. Angka ini meningkat dengan ketara di kalangan kumpulan umur yang lebih tua.

Osteoporosis lebih kerap berlaku di kalangan wanita. Ini disebabkan oleh kehilangan jisim tulang yang semakin cepat dengan berkurangnya hormon estrogen selepas menopaus. Keadaan ini dikenali sebagai osteoporosis menopaus.

Walaubagaimanapun, keadaan ini bukanlah berlaku secara eksklusif di kalangan wanita sahaja, kerana lelaki juga boleh mengalaminya tetapi biasanya pada umur yang lebih tua. Osteoporosis senile (age related osteoporosis) berkait rapat dengan umur yang meningkat, memberi kesan yang serupa kepada lelaki dan wanita yang berumur.

Selain itu, osteoporosis boleh berlaku pada usia yang lebih muda disebabkan oleh penyakit lain, misalnya disebabkan penggunaan steroid, perubahan hormon disebabkan penyakit lain. Walau bagaimanapun, keadaan ini agak jarang berlaku.


Cara Mencegah dan Mengatasi Masalah Osteoporosis Dengan Supplement Shaklee



Ostematrix

Ostematrix mengekalkan kekuatan tulang, Magnesium, & boron membatu memastikan kalsium di dalam tulang




Collagen Powder

Bahagian-bahagian tulang banyak dibuat daripada kolagen


Sustained Release Vita C

Membantu menghasilkan kolagen (protin yang penting untuk menguatkan tulang dan tisu penghubung)


BComplex

B6, folic menyediakan lebih perlindungan untuk kesihatan tulang
















ESP

Membantu penyerapan kalsium & kekuatan tisu penghubung


JOM JAGA KESIHATAN TULANG KITA SEBELUM TERLAMBAT 😍



DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DARI SAYA 😊


Shaklee Independent Distributor Suzaitini Muhammad ( 1071549) 


Call/Whatsapp/Sms : +6013-7796 796

Email : suzaitini@gmail.com

Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia 

Saya akan konsult tentang cara penggunaan produk khas kepada para pelanggan-pelanggan saya. 😊


*****

Mahukan harga lebih jimat? Daftar saja sebagai ahli. Sekali untuk seumur hidup dan anda akan dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Anda juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan!