Kuatkan Tulang Dengan Nutrisi Secara Semulajadi

16:11 0 Comments A+ a-

Seorang bayi dilahirkan dengan 300 tulang semasa lahir. Sesetengah tulang anak anda terdiri daripada tulang rawan (tisu elastik, licin dan bertekstur seperti getah) manakala sebahagian tulang lagi terdiri daripada bahan yang sama. Apabila mereka membesar, tulang ini bergabung bersama, tulang rawan pula mengeras dan akhirnya tinggal 206 tulang yang terdapat pada kita sebagai orang dewasa.



Memelihara tulang anak anda sejak kecil adalah penting kerana apabila mencapai usia 20 tahun, pertumbuhan tulang mereka berhenti (jisim kemuncak tulang). Tambahan pula, tulang kita menjalankan banyak fungsi utama seperti:

  • Melindungi organ sensitif dan penting (contohnya otak yang dilindungi tengkorak dan jantung dilindungi oleh rusuk)
  • Bersama otot rangka, tendon, ligamen dan sendi, tulang juga membolehkan pergerakan dan fungsi utamanya adalah sebagai tuil
  • Sumsum merah membantu menghasilkan sel darah merah dan sel darah putih
  • Menyimpan mineral seperti kalsium dan fosforus
  • Sumsum kuning tulang panjang membantu menyimpan lemak
  • Sesetengah tulang membantu menghasil dan menyimpan ciri pertumbuhan
  • Tulang halus dalam telinga membolehkan kita mendengar
  • Membebaskan dan menyerap garam alkali untuk mengekalkan imbangan pH

Antara faktor yang boleh mempengaruhi kesihatan tulang anak anda adalah pengambilan kalsium dan vitamin D yang tidak mencukupi dan kurang senaman menahan berat. Jadi, inilah masanya untuk mengoptimumkan jisim tulang anak anda bagi mencegah osteoperosis dan tulang rapuh.

Diet yang sihat dan seimbang akan membekalkan semua nutrisi, termasuk vitamin dan mineral untuk membina tulang kuat. Tetapi dua nutrien yang amat penting ialah kalsium dan vitamin D.

Kalsium ialah mineral yang diperlukan untuk membina tulang dan mengekalkannya sihat. Sekitar 99 peratus daripada kalsium tubuh didapati dalam tulang dan ia diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tulang yang normal. Ia juga membantu pembekuan darah, transmisi neuron dan pengecutan otot.

Baca juga : Tanda-Tanda Osteoporosis 

Makanan sumber kalsium yang baik termasuk:

  • Susu dan hasil tenusu seperti keju dan yogurt
  • Ikan yang tulangnya boleh dimakan seperti sardin dalam tin dan ikan bilis
  • Kacang dan produk kekacang seperti dal, tauhu dan tempe
  • Sayur seperti bayam, selada air, sawi, cekur manis, pucuk ubi, kailan, brokoli
  • Alternatif lain ialah makanan proses yang diperkaya dengan kalsium seperti bijirin sarapan, biskut, susu soya, roti dan jus

Vitamin D memainkan peranan penting dalam pembentukan tulang yang kuat. Ia penting untuk penyerapan dan penggunaan kalsium bagi perkembangan serta kesihatan tulang dan fungsi lain. Ada dua bentuk vitamin D iaitu D2 dan D3.

Vitamin D2 adalah buatan manusia dan ditambah ke dalam makanan. Vitamin D3 pula dihasilkan secara semula jadi oleh manusia di dalam kulit apabila terdedah pada cahaya matahari. Vitamin D3 juga boleh didapati daripada beberapa makanan berasaskan haiwan.

Makanan yang membekalkan vitamin D termasuk ikan berlemak (contohnya salmon, sardin, makeral), minyak ikan dan kuning telur. Ia juga ada dalam makanan yang diperkayakan dengan vitamin D seperti susu dan bijirin.

Bagaimanapun, vitamin D hanya terdapat dalam beberapa makanan sahaja dan lazimnya dalam jumlah yang kecil. Maka, pendedahan pada sinaran matahari secara langsung adalah cara terbaik untuk mencapai paras vitamin D optimum. Galakkan anak anda meluangkan sedikit masa bermain di luar rumah untuk mendapat cahaya matahari agar tubuh boleh menghasilkan vitamin D.

SUSU - MAKANAN BERKHASIAT!


Susu dan produk tenusu adalah sumber baik kalsium dan vitamin D serta nutrien penting lain untuk tulang. Piramid Makanan Malaysia menyarankan dua hingga tiga sajian susu dan produk tenusu setiap hari. Ia bersamaan tiga gelas susu sehari, ataupun satu gelas susu dengan satu cawan yogurt dan satu keping keju sehari!

Nutrien lain seperti vitamin A, B, C, E, folat dan mineral seperti kuprum, zink, selenium, zat besi dan magnesium, juga memainkan peranan penting dalam pembentukan dan pemeliharaan tulang kuat.

MAKANAN TAMBAHAN PENGUAT TULANG SIHAT


Semakin meningkat dewasa, pengambilan susu semakin berkurangan dan diganti dengan minuman tinggi gula tidak berkhasiat. Aktiviti riadah dan senaman juga semakin berkurangan faktor daripada kesibukan kerja seharian. 

Pengambilan makanan tambahan / supplement dapat mengisi kelompongan nutrisi setiap hari bagi menyokong kesihatan dan kekuatan tulang. Seterusnya dapat mengelakkan penyakit berkaitan tulang seperti tulang rapuh dan osteoporosis.

Ostematrix

Ostematrix lengkap dengan unsur Kalsium, Magnesium, dan Vitamin D. Vitamin D dalam ostematrix penting untuk memastikan penyerapan kalsium dalam darah dengan lebih efektif.

Baca juga : Sumber Kalsium Terbaik Untuk Tulang

Carotomax 

Kaya dengan vitamin A. Menurut International Journal of Environmental Research and Public Health, individu yang kekurangan vitamin A lebih berisiko tinggi untuk mengalami patah tulang berbanding individu yang mengambil vitamin A secukupnya.

Vitamin B-Complex

Kekurangan vitamin B12 mampu melemahkan tulang. B-Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

Vitamin C

Dalam proses pembentukan tulang, vitamin C berfungsi untuk kestabilan kolagen dan pembentukan tulang. Kekurangan vitamin C dikaitkan dengan gangguan hubungan antara tisu badan.

Vitamin E

Pengambilan vitamin E dengan yang secukupnya dapat membantu mengurangkan risiko patah tulang pada orang yang lebih tua dan membantu memenuhi pemakanan tulang dan membantu dengan kepadatan tulang.

Zink

Zink merupakan bahan asas untuk membuat kolagen dalam tulang. Zink merupakan komponen hidroksiapatit, yang merupakan garam yang menjadikan matriks tulang kuat dan keras. Oleh sebab itu  zink mesti ditambah kepada pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang, terutamanya apabila anda berumur lebih tua atau jika anda menunjukkan tanda-tanda penuaan pramatang atau osteoporosis.


Bagaimana nak dapatkan produk Shaklee?

Hubungi Tinie sekarang untuk mendapatkan produk Shaklee anda. Kita nak sihat kan? Bertindak sekarang. Tinie akan berikan konsultasi terbaik dan cara makan berkesan sebagai hadiah kepada setiap pelanggan Tinie.

Hubungi Tinie di 0137796796 atau anda boleh rujuk maklumat seperti di bawah.


DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DARI SAYA 😊

Shaklee Independent Distributor Suzaitini Muhammad ( 1071549)


Call/Sms : +6013-7796 796


Email : suzaitini@gmail.com

Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia

Anda juga boleh membuat pesanan sepantas kilat terus dari HQ dengan klik gambar di bawah.