KENALI JENIS DAN BAGAIMANA CARA MENGATASI JERAWAT DENGAN SELAMAT DAN BERKESAN

12:26 0 Comments A+ a-


Jerawat merupakan jenis penyakit kulit yang sering tumbuh di wajah dan sangat mengganggu hingga mempengaruhi kecantikan wajah seseorang. Wajah mulus tanpa jerawat mungkin saja menjadi impian setiap orang. Ramai berasa tidak selesa dan kurang keyakinan diri untuk berkomuniasi dengan keadaan muka berjerawat.


APA ITU JERAWAT?



Jerawat terjadi disebabkan oleh pori-pori yang tersumbat sehingga sehingga tumbuhnya benjolan berwarna merah yang mengandungi nanah. Jerawat merupakan penyakit kulit yang hampir semua orang pernah mengalaminya. Jerawat timbul kerana perubahan hormon dan biasanya muncul ketika sedang mengalami menstruasi, dalam proses kehamilan, serta mengalami stress yang berlebihan.

Ramai yang tidak sedar bahawa jerawat terdapat dalam berbagai-bagai jenis. Antaranya ialah:


Jerawat Biasa



Hampir sebagian besar orang pernah mengalami jerawat seperti  ini. Jerawat ini mudah dikenali kerana bentuknya yang kecil dan berwana putih kemerahan. Jerawat ini timbul disebabkan oleh pori-pori yang tersumbat dan jangkitan bakteria propionibacterium acne. Bakteria tersebut hidup di kawasan yang menghasilkan asid lemak pada kantung kelenjar yang tersembunyi di bawah permukaan kulit atau sering juga disebut sebagai kelenjar sebaceous. Bakteria ini juga boleh menimbulkan iritasi pada bahagian wajah disekitarnya.


Jerawat Batu



Jerawat batu memiliki ukuran saiz yang lebih besar daripada jerawat biasa. Jerawat batu berwarna lebih merah dan meradang. Jika terus dibiarkan, jerawat batu akan meninggalkan bekas yang susah dihilangkan. Jerawat batu atau yang sering disebut juga Cystic Acne disebabkan oleh kelenjar minyak yang terlalu banyak dan pertumbuhan sel yang tidak normal. Jerawat batu tergolong jerawat yang parah. 

Komedo (Whiteheads / Blackheads)



Jerawat jenis komedo disebabkan oleh sel-sel kulit mati dan rembesan kelenjar minyak yang berlebihan. Komedo terbahagi kepada dua jenis yakni komedo tertutup (whiteheads) dan komedo terbuka (blackheads). Komedo tertutup kelihatan seperti unjuran kecil berwarna putih. Sedangkan komedo terbuka kelihatan seperti pori-pori yang membesar dan menghitam.

Jerawat Juvenil


Jerawat ini biasanya timbul dalam lingkungan umur 14-20 tahun. Penyebab jerawat ini ialah masalah hormon yang belum stabil.


Jerawat Vulgaris



Jerawat vulgaris merupakan semacam kelainan kulit yang ditandai dengan rangkaian komedo terbuka, komedo tertutup maupun jerawat yang diikuti dengan kulit kemerahan serta bersisik. Jerawat ini biasanya timbul pada masa remaja dan berlanjutan sehingga dewasa. Jerawat ini disebabkan oleh kelebihan minyak, perubahan hormon, produk kosmetik serta kulit mati.


Jerawat Rosacea



Jerawat ini biasanya timbul pada wanita yang berusia 30-50 tahun. Pada mulanya, jerawat ini akan tampak kemerahan yang dapat menimbulkan peradangan sehingga boleh menimbulkan sisik pada lipatan hidung.

Jerawat Nitrosica



Jerawat jenis ini harus diberi lebih perhatian kerana jika dibiarkan akan menyebabkan lubang pada kulit wajah.

Set Penjagaan Kulit Sensitif, Berminyak & Berjerawat



 Purifying Cleasing Gel
  • Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.
  • Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut.
  • Mencerahkan tona kulit.
  • pH yang seimbang.
  • Hipoalergenik.

 Balancing Moisturizer
  • Formula Ringkas untuk Menyubur dan Melembapkan Kulit
  • Formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat.

  • Terbukti secara klinikal:
         -   146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
         -   268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
         -   173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
         -   Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
         -   Hipoalergenik


 Eye Treatment
  • Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara
  • Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.

  • Terbukti secara klinikal:
         -   233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu.
         -   120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu.
         -   209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu.
         -   32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih
             lama dalam masa lapan minggu.

         -   Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu.
         -   Kandungan botani anti-penuaan dan Vitamin C memberika faedah yang
             ketara pada kulit halus di sekeliling mata.

         -   Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut.
         -   Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk
             pemakai kanta lekap.