VITAMIN C SHAKLEE DARI SUDUT PANDANGAN DAN PENGALAMAN SAYA
Kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua berkenaan VITAMIN C. Rata-rata ramai yang agak biasa mendengar dengan vitamin ini. Ia juga banyak digunakan secara meluas termasuklah dalam bidang kecantikan. Tapi apa yang saya nak kongsikan di sini adalah berkenaan SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS keluaran Shaklee. Apa bezanya? Sebenarnya baaaaaanyak bezanya. :)
APAKAH VITAMIN C?
Vitamin C adalah salah satu jenis vitamin yang larut dalam air dan memiliki peranan penting dalam menangkal berbagai penyakit. Vitamin ini juga dikenal dengan nama kimia dari bentuk utamanya yaitu asam askorbat. Vitamin C termasuk golongan vitamin antioksidan yang mampu menangkal berbagai radikal bebas ekstraselular.
Vitamin C ialah nutrisi yang diperlukan untuk pelbagai fungsi termasuk ketahanan imun, integriti sel, kesihatan gigi, gusi, tulang dan fungsi tubuh secara amnya.
BEZA VITAMIN C BIASA DAN SUSTAINED RELEASED VITA-C PLUS
Shaklee Sustained Release Vita-C Plus menawarkan manfaat vitamin C tulen melalui kaedah penghantaran proprietari serba semula jadi yang berperanan melepaskan vitamin C secara berperingkat ke dalam tubuh. Ini bermakna, setiap khasiat di dalam vitamin c Shaklee di manfaatkan secara maksimum kepada tubuh manusia. Berbeza dengan vitamin c lain di pasaran yang mengakibatkan vitamin c terbazir melalui air kencing dan peluh. Fungsi ini juga tiada pada mana-mana vitamin c lain di pasaran.
MANFAAT UTAMA VITAMIN C SHAKLEE
1. Membentuk Kolagen
Sustained Released Vita-C Plus merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.
2. Memperbaiki Simptom Pendarahan
Kekurangan vitamin c adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
3. Peningkatan Sistem Imun
Vitamin c membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Ia juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan sistem flu dan selsema.
4. Memerangi Kanser
Vitamin c adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Vitamin c juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
5. Mencantikkan Kulit
Ambil vitamin c setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
6. Memperbaiki Insomnia
Vitamin c memperbaiki insomnia, stres masalah berkaitan mental seperti keresahan.
7. Mengekalkan Kolestrol Sihat
Ianya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, dan pendarahan serebral dan skurvi.
1 BATANG ROKOK MAMPU MELUPUSKAN 50-100MG VITAMIN C
KERESAHAN AKAN MEMPERCEPATKAN PENYUSUTAN VITAMIN C
KONTRASEPTIF DAN PIL PENAHAN SAKIT AKAN MENYUSUTKAN VITAMIN C YANG BANYAK
TERLEBIH DOS VITAMIN C (MELEBIHI 12 KAPSUL) AKAN MENYEBABKAN CIRIT-BIRIT
ANDA TAHU TAK?
Haiwan menghasilkan vitamin c mereka sendiri, seperti arnab mampu menghasilkan 18g vitamin c. Sedangkan manusia tidak dapat menghasilkan vitamin c. Tambahan pula, vitamin c larut-air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita. Oleh yang demikian, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin c setiap hari. Jangan risau, vitamin c tidak memberi kesan toksik.
Kajian daripada Dr. James Scala telah menunjukkan, adalah selamat untuk mengambil 5,000mg (10 tablet) hingga 10,000mg (20 tablet) vitamin c setiap hari.
SAYA SUKA MAKAN BUAH. PERLU LAGI KE MENGAMBIL VITAMIN C?
Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin c. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin c yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh yang demikian, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan vitamin c yang sedikit. Kandungan vitamin c pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan dimusnahkan apabila terdedah kepada kepanasan.
PENGALAMAN SAYA DENGAN VITAMIN C SHAKLEE
- SISTEM IMUN LEBIH BAIK -
Sejak mengamalkan Sustained Release Vita-C Plus ni, saya dapati tahap kesihatan bertambah baik. Bukan lah maksudnya tiada demam langsung. Tapi jarang sangat. Selalunya bila asyik terbersin dan tekak rasa semacam, mesti cepat-cepat saya telan vitamin c. Alhamdulillah memang berkesan. Memang tak jadi nak demam. Berbeza dengan dulu setiap kali bersin, kemudian mula la selsema, sakit tekak dan demam. Sekarang tidak lagi... alhamdulillah. :)
- PARAS BACAAN HB SEWAKTU MENGANDUNG MENINGKAT -
Pengalaman semasa mengandung anak ke-4, saya mengalami penurunan paras hemoglobin@HB setiap kali waktu pemeriksaan kandungan. Kes saya amat merisaukan jururawat kerana due date saya yang semakin hampir. Saya pun risau sangat sebab HB yang rendah boleh mengakibatkan saya tumpah darah sewaktu bersalin. Jadi saya dibekalkan Iberet Folic oleh doktor selepas iron tablet & obimin tidak berjaya menaikkan paras HB saya. Namun bacaan HB tetap rendah. Setelah berbincang dengan jururawat ( ala2 borak santai ) saya mengambil keputusan untuk menggandakan dos vitamin c saya. Saya mengambil Sustained Released Vita-C Plus.
Hasilnya memang saya terkejut! Bacaan HB meningkat cantik. Saya beritahu klinik apa yang saya makan. Klinik suruh saya sambung ambil Sustained Release Vita-C Plus. :)
Sekarang ni saya dan suami memang pengguna tegar vitamin c Shaklee. Memang tak tukar brand lain dah. Selain semulajadi & selamat, ia memang berkesan untuk kami. Vitamin C Shaklee sentiasa ada di rumah.
Saya sangat syorkan anda turut mencuba kebaikan vitamin c Shaklee sebab memang tidak menghampakan. Selain untuk mengatasi masalah kesihatan kita, vitamin c juga sangat sesuai dijadikan sebagai supplimen harian untuk menjaga kesihatan dalam jangka panjang. Sekali cuba pasti jatuh hati. :)
Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan vitamin c Shaklee, sila hubungi saya seperti berikut:
Whatsapp 'vitamin c' ke 0137796796.
Saya sedia memberikan nasihat dan konsultasi percuma kepada anda.
Suzaitini Muhammad
Pengedar Shaklee bertauliah
#COD sekitar Batu Pahat
#Pos Laju ke seluruh Malaysia.
Whatsapp 'vitamin c' ke 0137796796.
Saya sedia memberikan nasihat dan konsultasi percuma kepada anda.
Suzaitini Muhammad
Pengedar Shaklee bertauliah
#COD sekitar Batu Pahat
#Pos Laju ke seluruh Malaysia.
2 comments
Write commentsMakan buah-buahan pun tak lengkap untuk sumber vitamin C atas beberapa faktor. Betulkan sis?
ReplyBetul tu... dan tak ramai yg konsisten hari2 mkn buah dlm kuantiti secukupnya..
Reply