KERANA CEMBURU SAYA NEKAD!!! BISNES INI PELUANG SAYA...

09:16 6 Comments A+ a-

PERNAH TAK ANDA TERFIKIR?


BESTNYA KERJA DARI RUMAH
SANTAI-SANTAI DENGAN ANAK
KALAU ANAK DEMAM, BOLEH JAGA ANAK TANPA PERLU AMBIL CUTI
JIMAT DUIT MINYAK SEBAB PEJABAT DALAM RUMAH
BOLEH BUAT JADUAL SENDIRI SETIAP HARI
NAK BERCUTI DENGAN FAMILY BILA-BILA MASA... DI MANA JUA... 
OHHHH.... 


Dulu saya berhempas pulas dalam SPM sebab nak dapatkan keputusan terbaik untuk masa hadapan saya. Alhamdulillah... berpeluang buat diploma selama 2 tahun setengah. Kemudian saya sambung ke peringkat ijazah sarjana muda pula selama 2 tahun. Semuanya kerana inginkan sebuah pekerjaan yang selesa dan mampu menampung hidup saya.

Selesai belajar, saya terus berjaya dapatkan pekerjaan. Adat makan gaji, sepanjang bulan berhempas pulas siapkan arahan bos. Tunggu hujung bulan untuk dapatkan gaji yang sama setiap bulan. Sambil harapkan bonus hujung tahun ataupun bonus hari raya. ;-)



So begitulah setiap bulan. Bulan demi bulan... tahun demi tahun. Walaupun beberapa kali bertukar kerja, tapi adat bekerja la kan... masuk kerja pagi, lewat petang baru balik. Nak jalan-jalan tunggu hujung minggu yer... atau pun ambil la cuti. hehe... apa-apa pun, enjoy!

Hingga la berkahwin, ada anak... masih gigih menjalani rutin yang sama. Pagi kerja, petang balik. Sampai rumah mengadap anak pulak... letih oii! (bukan nak cakap anak tu beban ok, tapi itu la tanggungjawab sebagai ibu kan. Hehe...) err... bila nak kaya nih?

Ops! lupa nak bagi tau... saya ada 4 orang anak. 3 lelaki & seorang perempuan... (Alhamdulillah, saya kaya anak. Hehe...)




So agak-agak dengan 4 orang anak ni masih boleh enjoy macam dulu ke? Masih boleh keluar pagi balik lewat? Oh tidaaaaaakkk.... ada jugak anak tak kenal mak nanti kang. Erk?!!

MASALAH BERMULA


Sebenarnya masalah saya bermula sejak anak pertama lagi. Dilema kebanyakan wanita pertama kali menjadi ibu bila mana anak sering melekat dengan ibu sebab tak puas menyusu (kalau orang jawa cakap “ngempeng”). 

Berejam ngempeng pun masih macam tak kenyang / tak puas. Dah la kita ni kerja dari pagi sampai petang. Balik rumah anak nak ngempeng lama pulak. Kerja rumah banyak lagi belum settle tu. Husband banyak jugak membantu. Tapi tak kan la semua dia nak buat sorang-sorang kan... dia pun penat kerja seharian. Waktu tu memang stress jugak la... badan penat.. anak tak nak berenggang... then saya cuba satu produk ni. Katanya untuk tambah susu... cuba la. Tapi masih sama, masalah tak selesai... tak serasi agaknya. 

Sehingga la saya bersalin anak ke-3 (lama tuuuu.....) saya terbaca sesuatu di facebook. Hati teringin nak cuba. Almaklum la... 3 anak lelaki... semua kuat menyusu.

First time saya cuba ESP dan Alfalfa. Alhamdulillah, hari pertama kerja selepas ambil ESP dan Alfalfa, saya bengkak susu. 

SUSU MELIMPAH DALAM OFIS! WAAAAAHHHH!!!! MISSION ACCOMPLISHED!

KERJA...KERJA...KERJA... BILA NAK KAYA???


Soalan yang setiap orang ada dalam hati rasanya. Kita kerja untuk apa? Mesti la untuk dapatkan kehidupan yang lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga betul tak? Kerja bertahun-tahun... setiap tahun ada la naik sikit gaji. Tapi gaji naik, harga barang pun naik... Haish!! macam mana nak holiday ni? Huhuhu... stress mak!


Belek-belek facebook, nampak seorang kawan ni. Aktif dia berniaga. Income setiap hari masuk... surirumah jer kot! (Nampak tak pemikiran negatif saya di situ?) Pagi, hantar anak ke sekolah. Petang, ambil anak balik sekolah. Boleh masakkan untuk keluarga setiap hari. Anak-anak semua depan mata! Hmmm....

 Saya??? (Sedih kejap!)

Pagi kelam kabut ke pejabat, tengahari ambil anak bawa pergi makan (kat kedai jer..) Kelam kabut hantar anak ke sekolah agama pulak. Habis sekolah agama, anak naik van ke rumah transit sementara tunggu kami balik kerja. Malam, kalau larat masak (selalunya larat order kedai jer) Lepas makan semua dah penat. Tidur. Alahai... kita main enjit-enjit semut dalam mimpi je la anak-anak yer. 

So, diam-diam saya skodeng facebook dia. Setiap kali skodeng, setiap kali tu jugak la CEMBURU! 
CEMBURU SEBAB DIA URUSKAN MASA SENDIRI, BUKAN MASA URUSKAN DIA

Faham ke faham?

Saya cemburu sebab dia ada income tapi membesarkan anak sendiri tanpa kos.

Saya cemburu sebab saya ada income tapi anak-anak saya membesar di rumah orang lain yang dibayar setiap bulan!

Saya cemburu sebab dia ada masa 24 jam melihat anak-anak membesar di depan mata.

Saya cemburu sebab banyak masa habis dan saya tak sedar bila anak-anak saya membesar?

Kalau nak di senaraikan cemburu tu memang banyak... tapi untuk apa???


So saya buat keputusan... PM facebook dia... tanya macam mana  dia buat...
Alhamdulillah, berkat tunjuk ajarnya dan leader lain yang sangat supportive, saya nampak hasil di situ. Biasa lah dalam bisnes, siapa yang rajin dia yang dapat. Tapi yang paling best, tak perlu tunggu hujung tahun untuk naik gaji!hehe..

Doakan saya untuk terus beristiqomah dalam bisnes ini. Mana tau muncul lagi seorang JUTAWAN dalam Malaysia ni kan? Semua tu tak mustahil... I believe I can fly!

So, sesiapa yang ada niat untuk merubah kehidupan yang lebih baik, lebih tenang, lebih gembira, lebih lapang, dan lebih INCOME, boleh hubungi saya seperti di bawah. In Syaa Allah... sama-sama kita tingkatkan kehidupan secara berjemaah dengan bantuan leader-leader yang telah berjaya dan bantuan daripada BIG BOSS di atas sana... amin... :)




6 comments

Write comments
Norfaziela
AUTHOR
31 July 2016 at 19:44 delete

Kalau join bawah puan , puan ajar tak nanti ? Kata la kalau saya minat ?

Reply
avatar
suzaitini
AUTHOR
1 August 2016 at 10:00 delete

In Syaa Allah... Saya akan bimbing bersama sehingga berjaya.. :)

Reply
avatar
yani
AUTHOR
1 August 2016 at 12:33 delete

Best baca entry tini ni. InsyaaAllah.satu hari nanti impian tini mesti tercapai.

Reply
avatar
Nas Ibrahim
AUTHOR
1 August 2016 at 13:05 delete

Akak pun macam sama dgn kes puan. Anak ramai, membesar dgn pengasuh. Balik sekolah, maknya tak ada kat rumah.
Betul ke pilihan ini sesuai utk akak?

Reply
avatar
suzaitini
AUTHOR
1 August 2016 at 16:51 delete

Amin.... sama2 doakan eh yani...

Reply
avatar
suzaitini
AUTHOR
1 August 2016 at 16:53 delete

sangat sesuai kak... kesian kat anak2 membesar sendiri... dengan bisnes ni kita boleh rancang sendiri apa yang kita nak buat hari2... :)

Reply
avatar