CARA SELAMAT ATASI EYE BAG DENGAN EYE TREATMENT CREAM. MATA CANTIK & BERSERI!
Kata orang, dari mata turun ke hati. Tapi bila bertentang mata tiba-tiba muncul briefcase besar bawah mata tu macam mana ye? Masalah besar tu. Muka dah cantik, lipstik dah merah ala Cik Ta... tup-tup tang mata tu ada iras panda pula. Hmmm... macam mana nak buat tu?
Kenapa mata kita boleh jadi macam tu?
1. Keturunan
Cuba kita tengok semula dalam kalangan famili, ada tak yang mempunyai masalah eye bag atau lebam bawah mata? Sebab genetik. Kalau mak / ayah kita memang ada gejala ni, tak mustahil la kita turut mudah sangat mendapat beg free di bawah mata.
2. Alergi
Kepada yang ada masalah alergi pun turut mudah mendapat eye bag ini. Tak kisah la alergi makan ke, habuk ke. Apabila alergi yang turut mengakibatkan gatal-gatal di sekitar mata, kita akan cenderung untuk menggaru atau menggosaok bahagian tersebut. Itu tindakan spontan. Tahukah anda, kulit di sekitar mata sangat sensitif. Apabila kita menggosok mata, darah akan memenuhi pembuluh di bawah mata dan menjadikan bawah mata kelihatan agak gelap.
3. Pendedahan kepada cahaya skrin komputer
Mata juga perlukan rehat, seperti anggota badan yang lain. Pendedahan mata kepada cahaya komputer dalam jangka masa panjang dan lama boleh menyebabkan mata letih akibat kurang rehat dan cahaya daripada komputer itu sendiri yang terlalu terang. Apa salahnya rehatkan mata anda seketika semasa bekerja.
4. Anemia
Anemia bermaksud kekurangan darah/zat besi. Pada masa kehamilan atau menstruasi kulit menjadi lebih pucat kerana kurang zat besi, untuk mengatasi masalah ini pengambilan suplimen tertentu amatlah penting.
5. Toksin berlebihan
Toksin terjadi berpunca daripada tabiat pengambilan makanan yang tidak seimbang dan tidak berkhasiat, Seterusnya menyebabkan racun terkumpul dalam badan dan tidak dicernakan dengan baik. Ini mengakibatkan kulit di sekitar mata hitam serta nampak lebam.
Untuk mengatasi masalah ini, saya mencadangkan KRIM ENFUSELLE EYE TREATMENT dari Shaklee.
Ia amat berkesan dalam tempoh yang tidak terlalu lama. Mengamalkannya secara konsisten setiap hari boleh memberikan kesan positif seperti berikut:
- Terbukti berkesan secara klinikal
- 233% pengurangan kedutan dalam tempoh dua minggu
- 120% peningkatan keanjalan dan ketegangan kulit dalam tempoh dua minggu
- 209% pengurangan garis-garis halus yang ketara dalam tempoh lapan minggu
- 32% peningkatan lembapan kulit yang berpanjangan dalam tempoh lapan minggu
- Tona kulit yang nyata lebih sekata dalam tempoh 12 minggu
- Botani anti penuaan dan vitamin C membekalkan manfaat yang ketara untuk kulit lembut di sekitar mata